Last entry untuk trip ni. Hoyeh !
Dari Galle Face Green, aku merayap pegi ke area bangunan bangunan tinggi tu.
Pejabat Presiden Sri Lanka
Tak tau statues sapa. Bekas bekas presiden kot
Bangunan bangunan tinggi. Hilton. Word Trade Center dan lain lain
Jumpa temple ni tepi landasan keretapi
Panggung wayang di Colombo
Sri Lanka Convention Center
Lepak lepak tepi tasik. Penat berjalan bawak beg. Cuaca lak panas. Tu Colombo Lotus Tower. Dalam pembinaan
Destinasi aku seterusnya adalah nak pegi ke Pettah Market pastu nak ambik bas ke airport. Bus ke airport ni kena ambik depan Colombo Fort. Station keretapi utama di Colombo ni.
Landasan keretapi..
Dutch Museum kalau tak silap
Colombo Fort station. Bangunan station keretapi
Opposite pada station keretapi tu ada Pettah Market yang terkenal sebagai pusat jualan cenderamata di Colombo ni. Kat situ ada bus station. Ada bnayak banyak bas kat situ dan salah satu route bas adalah pegi ke airport.
Jalan jalan ke Pettah market dulu.
Ada banyak kedai tapi jual barang ntah hapa hapa. Banyak jual kasut dan beg je.
Aku usha usha macam tu je. Tak de apa yang menarik yang boleh di tengok
Sebab dah tak tau nak gi mana, kebetulan nampak bus ke airport dah siap sedia menunggu. Aku terus je naik bas.
Bas ke airport. Cari yang nombor 187. Ada local bus dan ada private mini bus ( yang kecik sebelah bas besar tu ). Private bus ada aircond !!
Kalau nak senang, sila tunggu bas di awal awal Pettah Market sebab bas airport berhenti kat tempat bermulanya Pettah Market tu. Sebab kalau tunggu belah tengah sikit, nanti bas penuh dan susah nak letak beg. Space agak limited dalam bas.
Kalau susah, dengar je la ada konduktor bas tu akan menjerit berulang ulang kali panggil penumpang.
"Yayaport... Yayaport"
Ada gak la bunyi macam airport kan?
Dalam bas ke airport
Jalan raya di Colombo menuju ke airport
Tambang private mini bas ke airport adalah 200 Rupee dan jarak perjalanan lebih kurang 1 jam setengah. Sebenarnya kalau ikut KM tak jauh mana tapi sebab jalan jem tu yang jadi lama. So kena pepandai spare masa.
Aku hari tu sampai agak awal la kat airport ni. Pukul 12 setengah dah sampai sana walhal flight pukul 4 petang !
Lepak jap kat luar airport hisap rokok
Terminal perlepasan di Bandaranaike International Airport. Airport dia kecik jer
Masuk ke terminal
Lawa gak airport dia, banyak pokok pokok
Sebab aku masih ada banyak duit rupee yang tersisa, aku gi tukar terus kat forex kat airport. Dapat la balik semula 100 USD. Cuma ada saki baki LKR je simpan sikit buat kenang kenangan.
Departure... Seychelles anyone?
Urusan check in apa semua pantas. Cuma tu la lugagge aku masa pegi 8 kilo. Masa balik 8.4 kilogram. Rugi je kalau beli baggage kan? Nasib la dapat free.
Urusan imigration pun pantas juga. Masuk dalam airport tu berlegar legar buang masa. Sempat la aku isi perut dengan membeli makanan.
Perut lapar.
Vegeterian Burger.. cost burger dan air dan samosa tu semua kat RM 15
Kedai kedai di Duty Free airport
Livery Emirates dengan Sri Lankan Airlines lebih kurang sama jer. Berani buat buat salah naik flight sebab nak merasa naik Emirates?
Yeay... kapal terbang aku dah sampai !
Laluan ke gate berlepas. Airport dia tak de free wifi
Tapi ada smoking room.
Airport dia nak masuk kena bukak kasut !
Tunggu pesawat tiba then kami semua boarding dengan jayanya !
Tepat jam 4 petang pesawat mula beredar ke landasan dan take off meninggalkan airport Colombo ni.
Tepat jam 4 petang pesawat mula beredar ke landasan dan take off meninggalkan airport Colombo ni.
Bye bye Colombo
Siang
Petang
Senja
Sunset dalam flight
Dah nak malam
Selamat malam !
Masa dalam flight balik aku suka betul dengar suara Stewardess tu bagi announcement. Suara smooth dan lemak merdu.
Perjalanan jugak agak smooth. Lagipun cuaca dah nak malam so layan view je lah. Flight agak penuh sebenarnya tapi sebelah aku kosong so aku ada ruang nak bergerak santai.
Akhirnya kapal terbang selamat mendarat di KLIA2. Yeay !!!
Masa on the way keluar dari pesawat, aku nampak stewardess yang bagi announcement tu kat pintu. Aku dah ingat nama dia masa dia buat annoucement tu lagi.
"You ke Azrina?"
"Haah"
"You've actually got a very good voice"
* tolak Ramli MS jatuh moto
Aku rasa dia terkejut. Terus terdiam.
5 langkah aku jalan keluar dari pesawat tetiba aku dengar dia menjerit.
"Terima kasih Encik !!!!!"
Hahahah.
Tak pe. Memang suara dia sedap. Sedap di dengar. Cakap Melayu pun best. English pun tak over. Lagipun tu je cara aku nak menyedapkan hati dia. Ingat keje airlines crew ni tak letih ke? Letih wooo macam jalan kaki dari Colombo ke Kuala Lumpur. Kejap ke depan kejap ke belakang.
Kadang kadang aku pulak rimas menengok.
Aku sampai KLIA 2 pukul 10.30 malam. OR dah siap siap menunggu.
Esoknya aku keje macam biasa. Masuk opis macam tak de apa apa yang berlaku. Tak de sesapa pun tahu aku baru balik dari Sri Lanka dan aku memang tak suka hebahkan.
Perjalanan jugak agak smooth. Lagipun cuaca dah nak malam so layan view je lah. Flight agak penuh sebenarnya tapi sebelah aku kosong so aku ada ruang nak bergerak santai.
Akhirnya kapal terbang selamat mendarat di KLIA2. Yeay !!!
Masa on the way keluar dari pesawat, aku nampak stewardess yang bagi announcement tu kat pintu. Aku dah ingat nama dia masa dia buat annoucement tu lagi.
"You ke Azrina?"
"Haah"
"You've actually got a very good voice"
* tolak Ramli MS jatuh moto
Aku rasa dia terkejut. Terus terdiam.
5 langkah aku jalan keluar dari pesawat tetiba aku dengar dia menjerit.
"Terima kasih Encik !!!!!"
Hahahah.
Tak pe. Memang suara dia sedap. Sedap di dengar. Cakap Melayu pun best. English pun tak over. Lagipun tu je cara aku nak menyedapkan hati dia. Ingat keje airlines crew ni tak letih ke? Letih wooo macam jalan kaki dari Colombo ke Kuala Lumpur. Kejap ke depan kejap ke belakang.
Kadang kadang aku pulak rimas menengok.
Aku sampai KLIA 2 pukul 10.30 malam. OR dah siap siap menunggu.
Esoknya aku keje macam biasa. Masuk opis macam tak de apa apa yang berlaku. Tak de sesapa pun tahu aku baru balik dari Sri Lanka dan aku memang tak suka hebahkan.
Maka tamatlah perjalanan ke Sri Lanka ini. Apa apa yang aku kongsi moga menjadi panduan dan teladan bagi sesapa yang berkeinginan untuk melawat Bumi Ceylon : The Pearl of Indian Ocean ni.
I love Sri Lanka ?
Do I love Sri Lanka? Yes !
Do I recommend Sri Lanka ? Yes !
Will I repeat Sri Lanka ? No !
Tapi aku galakkan kalau sesiapa nak melihat secebis kehidupan manusia yang agak berbeza. Menjelajah menimba pengalaman berharga, Menikmati keindahan alam semulajadinya, Semuanya dengan kos yang agak berpatutan, serta penduduknya yang ramah tamah, baik dan bersopan......
Sri Lanka adalah negara yang terbaik untuk di lawati.
Bohoma Stutiyi. Terima kasih Sri Lanka !
Sri Lanka adalah negara yang terbaik untuk di lawati.
Bohoma Stutiyi. Terima kasih Sri Lanka !
Bisikan rindu memanggil namaku
Dirikan coretan merebahkan naluri hatiku
Usah bimbang tentang aku
Ku selalu di sisimu
Hapuskan rasa ragumu
Ku cuma ada kamu
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Cinta, anugerah Maha Esa
Kita corak, kita gubah, kita dirikan
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti
Terima kasih cinta, kita kan bersama
Terima kasih cinta, buat selamanya
Seperti impian yang kita kejari
Semoga kita bersama hingga ke akhir nanti
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
TAMAT.
Love sri lanka... Repeat? No. hahaha...serik ye Meng.
ReplyDeleteheheh tak serik cuma x tau nak cover mana dah.. cukup la kot. pegi negara lain pulak lah
DeleteTamatnya drama yang begitu mengasyikkan ....
ReplyDeleteSo lepas nih cite apa lak?
citer citer local je.. x de trip ke oversea... dah lama x naik kapalterbang..
Deletekaki dah gatal
Tamat sudah drama di sri langka. Best...tunggu drama seterusnya.T.k kongsi cerita....
ReplyDeletesama sama.
Deletetq sudi baca
kurangkan merokok...
ReplyDeleteSetuju... untuk kesihatan tubuh badan Meng jugak...
Deleteinsya allah. tq
DeleteKecik2 pung, ada jgk flight gi Londang tuh. Bereh meng.
ReplyDeleteNext pls? HIks.
next tak de lagi. kena cari tiket dulu. x tau nak pi mana.. bajet tak berapa nak ada
Deleteuntung la terdengar suara stewardess lemak merdu. aku biasa dengar yang ntah pa pe...sore macam hidung tersumbat, ada juga yang slang over over tapi salah sebutan.
ReplyDeletehaishh sri lanka ni bleh la pegi..pahtu singgah maldives..pahtu singgah seychelles! hahak...brapa usd aku kene bawak niiii *perah tuala penuh peluh dalam besen
amboi.... impian terlarang..
Deletemaldives tu kena pegi trip sendiri laa sri lanka pun sebab kalau kejap sgt tak syok. tak puas... kena separate trip.
sychelles tu.. hmmm tiket je sure mahal nak mampus kan..
Helloo... kita datang nak study Sri Lanka pulak
ReplyDeleteSila sila !
DeleteJangan lupa kirim salam kat Ella nanti.
hoyeah. kebetulan minggu depan aku nak ke colombo. terjumpa blog ni waktu blogwalking. haha thanks bagi gambaran apa ada kat colombo. tak study pape pun lagi nak ke sana haha
ReplyDeleteredah je.. tak de apa sgt nak lawat kalau setakat di colombo tu... sehari dah boleh khatam
Delete