Friday, May 8, 2015

Fatburger @ Citta Mall : Burger Gemuk, Hati Remuk, Perut Mengamok

Tema untuk hari ni adalah GEMOK !

Jangan sentap lagi. Gemuk is awesome !!!!

Dah lama jugak aku usha resto ni. Teringin nak duduk makan makan tapi tak terduduk duduk. 

So kali ni cuba nak try test Fatburger yang di buka di Citta Mall.

Restoran terletak di tingkat bawah satu row dengan Chili's dan Bubba Gump. 

Kenapa nama dia Fat Burger? Sebab burger dia gemuk tahap obese kah?

Mari cuba burger burger gemuk yang awesome di sini. Awesome ke?

Fatburger

Ruang makan di belah dalam

Ruang makan di belah luar


Buku menu

Story pasal Fatburger

Story pasal buffalo wings

Pilihan menu - Appetizers

Main burger sets

Kepak kepak kerbau

Set dia ada burger dan fries sekali. Biasanya dia akan tanya nak sauce apa. Ada beberapa pilihan sauces untuk burger dan jugak kepak kepak kerbau  ( buffalo wings ) tu.

Sebab banyak sangat sauce dan aku pun jadi tak pasti. Main belasah je. 

Kami order kepak kepak kerbau dan jugak burger set. Nak tengok besar mana burger yang gemuk ni?

Cawangan mereka di serata dunia. Encik Ghaz.. kat Calgary ada jugak neh !!!!

Dining area

Nampak ala ala Hollywood tapi senyap sunyi je. Selain daripada tak ramai orang, tak de jugak muzik dimainkan. Rasa macam makan tepi kubur !!!!!!

Vanilla Shake with strawberry untuk OR dan Hero

Buffalo;s Wings aka Kepak Kepak Kerbau.. Satu hot satu lagi Terriyaki Sauce

Dalam menu tulis 6 ketul tapi dia kepak kepak kan dah. So kiranya 3 ketul jer lah. Ada penipuan terancang di situ !

Cappucino untuk aku

Chicken Crispy Burger set dengan slim fries untuk orang orang yang slim macam habang ! * pengsan

Tak de la besar mana size dia. Tak cukup gemuk.

Apache Chicken untuk OR share dengan Hero

With fat fires

Beza fat fries dengan slim fries

Makan fries je pun dah kenyang

Verdict aku.

Milkshake tu sedap !

Burger dia biasa biasa je. Tak besar dan tak sedap mana. Remuk jugak la hati rasa macam tertipu dengan nama FAT tu. Tak fat langsung ! Maybe fries tu yang FAT so kena tukar jadi FATFRIES Restoran.

Dan aku tak tau apa yang tak kena. Maybe sauce yang aku ambik kot. Lepas makan jer terus rasa perut tak sedap macam nak terberak. Perut bergelora berkocak kocak dengan amokan padu dek kerana ketidak sedapan itu.

Sakit perut weh. Sakitnya tuh di sini !

* sungkit ponggong Kim K.

Dah la aku ni tak leh nak berak kat tenpat awam. Rasa tak sedap.

Bergegas balik rumah. Nasib baik la sempat. Tapi betul betul buat perut rasa tak sedap. Maybe aku salah pilih sauce dan memilih sos yang sememangnya tak sedap.

Tapi overall memang tak sedap mana dan aku tak recommend ! Harga makanan pun macam tak sedap di dengar. Semua RM 100 ++

Sorry ! Aku terpaksa pangkah. Tak sedap !

See.... berapa kali aku ulang tak sedap?

Tapi aku rasa banyak sangat options untuk sos tu buat kita keliru. Lagi lagi kita yang tak biasa makan ala ala western ni. Tak tau mana satu sebenarnya yang sedap.

By the way FAT stands for Fresh, Authentic and Tasty.

Walaupoooooooooooooooooooon .........................

So sesapa kena keji sebab gemuk, cepat cepat cakap.

"Yes I am FAT. Fresh, Authentic and Tasty !!!"

* pejam mata dan register dalam minda sendiri

FB mereka : Fatburger Malaysia

Untuk hiburan, dipersilakan Akak Plus Size nyanyi lagu tema untuk FatBurgers : Fool That I Am.



Fool that I am for falling in love with you
And fool that I am for thinking you loved me too

You took my heart then played the part of little coquette
And my dreams just disappeared like the smoke from a cigarette

Fool that I am for hoping you'd understand
And thinking you would listen to all of the things
The things I had planned

But we couldn't see eye to eye
So darling
Darling
Darling this is goodbye

Oh
I still care
Fool that I am
Ooh
I still care
Fool that I am

23 comments :

  1. Aku dh lama tobat nk masuk kedai2 burger ni sejak Johnny Rocket. Mahal je lebeh sedapnya tidak. Insofff !!! Burger ramly tepi 7e lagi memuaskan tekak aku.

    FAT eh. Tengah register gak ni sbb lately rasa "awesome" ngat 😪😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nyaris nak pegi jhonny rocket tu sebab baca blog kau lah. nasib menahan diri dan napsu.

      tapi yang ni tak menahan sebab bila tengok wayang asyik lalu ker.. so kena la try... sudahnya.... hampeh jugak.

      Delete
  2. wow burger....semingu2 nih,, iolz dah makan beribu burger dah....tapi review tak buat-buat lagi..haiyo... tapi sejak dua menjak ni, banyak kedai burger muncul...taktau kenapa..musim burger kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak nya burger kau makan sampai beribu dlm masa seminggu. kau nak masuk pertandingan ke apa ni????

      kedai burger memang selalu timbul satu persatu.. tapi tak banyak yang sustain. burger tepi jalan tu jugak yang asyik bila di makan

      Delete
  3. Fatburger kat sini pun ada ... and my officemate kata sedap ... cuma dia kata tak ada HALAL option ler ... so memang dia orang tak pernah pelawa I ler ...

    Meng macam mana ... dah OK ker? Apa apa pun kita doakan Meng tabah dan redha dengan segala ujian yang mendatang ... agar Allah mempermudahkan segala urusan Meng ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah ok.. masalah dah selesai. skrg kena take up benda lain pulak.. tapi tak pe la... ikut flow je lah.. moga2 semuanya di permudahkan.

      thank you en ghaz !

      Delete
  4. makan burger abang ramely jelah klau gitu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol btol.... burger ramly buleh selalu selalu. fat burger ni sekali je la seumur hidup.. dah tak lalu....

      Delete
  5. beza betul fat fries dgn slim fries tu...
    patutla selalu lalu depan kedai ni ala2 sepi gituu...kurang sedap rupanya.

    ReplyDelete
  6. Sebagai pengemar burger meng, aku rasa kalau first try tu shud be burger daging atau lamb. Kalau ayam cam slalunya biasa biasa je. err tapi total ko makan tu rm100++ boleh pengsan okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya aku x suka daging. aku cuma makan double cheece burger mc d je sebab daging dia lembut.. kalau daging macam melenguh kan pipi kalau di kunyah.. memang aku tak redha... sudahnya masuk dalam tisu jer dan buang.

      Delete
    2. fatburger ni konon internasional... kena la mahal. heheheh

      Delete
  7. mahal sangat ni .. aku mampu makan burger ramly tepi jalan jer *nangis tepi lemari*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah nangis tepi lemari sambil makan burger ramly? sedap gak tu

      Delete
  8. Bagus.. suka dgn review tulus camni. Mudah.
    Kalau di review dek blogger yang dibayar/dijemput utk promo,
    semua pun tulis sedap..sedap..teringat2..meleleh ailiyo.
    Elleh....

    Camni best. Sedap tak sedap kita sendiri bayar, pastu kita sendiri nilaikan.
    Ailoike entry begini *thumbs up*

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. bab makan aku tak berkira sgt. kalau sedap boleh repeat dan kongsi dgn org lain.

      kalau tak sedap.. kongsi jugak dan kita sama sama keji ramai2 .. hehehehe

      Delete
  9. Fresh.Authentic.Tasty - semat ketat-ketat dalam hati...kuikuikui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..... tasty nya gadis ittewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww..

      * lari...........

      Delete
    2. bengong meng...hahahaha!weh aku br tau fatburger dah buka kat ioi city mall...okey aku nak try terjah gak nanti laaa....hehehe

      Delete
    3. jangan menyesal...................... hehehehe

      Delete
  10. Replies
    1. setuju !!! tapi tak leh nak elak. sekali sekala keinginan tu datang

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...