Thursday, May 14, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 03 - Sigiriya Rock - Part I

Dari tempat bas berhenti tepi jalan besar tu dah boleh nampak Sigiriya Rock ni.

Sigiriya Rock dari tempat bas berhenti

Tapi kena jalan kaki dan masuk ke kiri ada simpang jalan bertanah merah. Aku pun tak pasti, tapi tu yang konduktor bus tu tunjuk. Masa turun bas tu ada dalam 5-6 orang Mat Salleh sama dengan aku turun, tapi tak tau dia orang ke mana. Aku rasa dia orang naik Tuk Tuk masuk ke dalam sebab ada drebar tuk tuk jugak kat tempat bas berhenti tu mencari pelanggan.

Sebab aku malas layan, aku jalan je terus seperti yang di bagitau oleh konduktor bus tadi tu. Dan bersama sama dengan aku ada sorang mamat mat salleh ni, tapi dia jalan laju depan aku.

Dari simpang masuk tu kena lalu jalan macam ni dulu. Dan kat depan tu ada post guard

Malangnya, jalan ni tak leh terus. Post guard tu cuma tempat exit dari complex yang besar ni. Aku di arahkan untuk pusing ikut laluan lain ke main entrance. Di situ nanti beli tiket dan baru la boleh masuk ke area Sigiriya Rock ni. Kalau keluar boleh la ikut laluan ni.

Mat salleh tadi pun sama. So dia jalan depan tapi asyik asyik toleh belakang.

Ada kolam di sekitar kawasan

Pastu aku perasan mat salleh tu berhenti. Aku jalan je lah terus.

"Excuse me. Can you please stay here and look for any guard or police?"

Aku pelik jugak la kenapa. Then dia lari ke dalam semak. Rupa rupanya dia kencing belakang pokok !

Laaaa. Aku jadi pak pacak jap jaga kawasan.

Sambil sambil tu..

Say hello to lembu Sri Lanka. Macam takut je dia tengok aku.

Ada sekor lagi ni tengah meragut tanpa mempedulikan peminat

Mat salleh yang kencing tu bagi sign dia OK then aku pun jalan je terus. Jauh jugak la kena buat satu pusingan sebelum nak sampia ke main entrance.

Kat situ, ada kaunter jual tiket untuk masuk ke Sigiriya Rock ni.

Kompleks Sigiriya Rock

Di sambut dengan monyet monyet yang menjadi tarikan mat salleh. Excited betul dia orang ni jumpa monyet.

Dekat main entrance ni ada satu lagi kawasan parking. Banyak tuk tuk dan bas bas persiaran park kat situ. Aku cuma cari tempat beli tiket jer

NI tempat beli tiket

Entrance fee untuk masuk ke Kompleks Sigiriya Rock ni adalah USD30 bersamaan dengan 3900 Rupee. 

Masa depan kaunter tu, aku terus bagi duit 5000 Rupee kat akak kaunter. Dia macam terkejut.

"Where are you from Sir?"
"Malaysia"
"Oh. I thought you are Sri Lankan"

Motip sama kan aku dengan Sri Lankan? Baik lah. Lepas ni aku try pakai Qu Putih supaya nampak lebih cerah.

Qu Putih..Baru lah putih !

* tolak makcik Vida jatuh lombong arang

Tapi boleh je kan jadi local so boleh dapat harga murah. Harga entrance fee untuk local adalah 200 Rupee sajork ! Jauh beza tu. 

Lepas beli tiket tu, baru boleh masuk ke kawasan Sigiriya Rock. Ada satu lagi check point kat situ untuk check tiket.

Ni kolam sekeliling kompleks Sigiriya Rock ni

Ini tiket masuk. Tiket ni ada 3 keping yang akan di koyakkan, 1 untuk masuk Sigiriya Rock. 2 untuk masuk Mirror Wall dan 3 untuk masuk Sigirya Muzium.

Muzium tu sebenarnya belakang tempat tiket tadi tu jer, tapi ntah kenapa aku memula tak nak masuk so aku terus je jalan ke Sigiriya Kompleks ni.

Tips nya.. lepas beli tiket tu masuk terus ke Muzium sebab macam aku, terpaksa patah balik ke sini sebab nak masuk muzium ni padahal aku boleh ikut short cut je lepas balik untuk tunggu bas di tempat tadi tu.

Sigiriya ( sebutannya Sigiri sahaja ) atau lebih di kenali sebagai Lion Rock merupakan bekas tapak istana purba yang terletak di atas sebongkah batu besar. Batu tersebut sebesar 200 meter (660 kaki ) tinggi. Menurut sejarah purba, tapak ini telah di pilih oleh King Kasyapa (477-495 CE). Beliau telah membina istananya di atas batu ini dan dihiasi dengan lukisan dinding yang berwarna-warni. Di atas bukit terdapat dataran kecil di mana beliau telah membina gerbang berbentuk seekor singa. Walaubagaimanapun, struktur dan kota Di Raja ini telah ditinggalkan selepas kematian raja tersebut. Ia telah digunakan sebagai sebuah biara Buddha sehingga abad ke-14.

Sigiriya hari ini adalah disenaraikan UNESCO Tapak Warisan Dunia . Ia adalah salah satu contoh terbaik perancangan bandar purba yang dipelihara.

Masuk masuk kawasan dia akan jumpa tapak arkeologi yang menempatkan taman, kolam dan beberapa tapak binaan lama.

Pastu baru la nampak sebongkah batu besar yang dikenali sebagai Sigiriya Rock ni

Boleh tahan jugak tinggi dia. Buat aku rasa was was je. Boleh ke aku naik ni?

Cuaca agak panas berdeting. Time ni betul betul waktu tengahari. Tu dari arah main entrance aku datang tadi

Di laman luar kompleks terdapat binaan binaan seperti kolam Octagon dan tali air yang di gunakan pada waktu itu

Then kena jalan terus naik tangga tangga ni. Time ni dah ada pokok pokok sikut. Dan ada jugak la penjual penjual yang menjual barangan dan sibuk sibuk nak jadi tour guide. Nasihat aku.. buat tak layan je kat dia orang ni

Terdapat gua gua kecil di kawasan laman bawah

Laluan untuk naik ke atas. Kena masuk celah celah batu tu. Masa kat sini, aku jumpa sorang pompuan Chinese Mainland kot tengah berduka. Sebabnya dia konon nak panjat pakai heels tapi ntah cemana, dia terkehel. Tips nya.. jangan nak mengada pakai heels nak naik Sigiriya Rock ni.

Laluan naik dan turun adalah berbeza so naik ikut belah kanan dulu sebab laluan tu akan membawa ke The Mirror Wall salah satu feature utama di Sigiriya Rock ni

Sayup mata memandang. Mampu ke aku naik ni?

Laluan dia ada disediakan dengan anak anak tangga. Tak de la steep sangat tapi sebab banyak anak tangga jadi boleh tahan la terpongeh. Aku pun mengah jugak. Siap berhenti kejap, lepak lepak dulu. Buat buat layan view padahal separuh mampus semput cari nafas.

Nampak budak budak muda laju jer naik buat aku rasa aku memang dah tua !

View laluan masuk tadi dari tahap suku Sigiriya Rock

Ini laluan ke The Mirror Wall dan tempat lukisan dinding. Untuk naik ke tempat lukisan tu ada tangga spiral di sediakan. 1 untuk naik dan 1 untuk turun. Ya.. kena naik dan turun balik semula !

Ni mungkin laluan lama. Agak scary

Ni tangga bulat untuk naik ke atas untuk sampai di kawasan gua yang menempatkan lukisan dinding purba

No flash photography

Ni kawasan lukisan dinding

Ni antara lukisan dinding yang ada di dalam gua ni. Actually kawasan gua ni terbuka dulunya, tapi dah di tutup rasanya nak elak cahaya matahari merosakkan lukisan lukisan ni kot.

Kawasan lukisan dinding ni tak besar pun. So dia macam limit jugak la orang turun naik. Tapi sebab tak de apa sangat, ramai je lepas ambik gambar terus turun balik.

Aku tak pasti apa significant lukisan lukisan di dinding ni. Tapi kebanyakkannya gambar wanita wanita zaman tu kot dengan memaparkan amalan amalan tertentu. Agak unik jugak lah.

Ni bahagian tepi batu yang menempatkan Lukisan dinding tadi

Lepas dah turun semula ikut tangga bulat tu, akan lalu di kawasan The Mirror Wall. Mirror Wall ni adalah dinding yang terbina di tepi batu ni dan keadaannya licin dan seolah olah seperti cermin. Dinding ni tak leh di pegang sebab tak leh dekat pun. Kena lalu kat tepi tepi dia jer.

Mirror Wall

Laluan melalui Mirror Wall.

Pastu ikut laluan yang ada ke bahagian tepi Sigiriya Rock ni.

Pandangan ke arah bawah

Laluan menyusuri tepi batu. Agak agak gayat tak?

So dah abis bahagian bahagian tadi, laluan itu akan membawa naik ke kawasan pertengahan di mana ada dataran kecil.

Dan di sini la terdapatkan gerbang Lion Gate dan tangga untuk terus naik ke atas Sigiriya Rock.

Lion Gate dan tangga untuk naik terus ke atas.

Baru setengah perjalanan.

Aku rasa mengantuk dan penat gila. Perlu ke aku naik lagi ni?

Macam dah tak larat je dah. 

Fuh. Fuh. Fuh.  

Kumpul tenaga sambil seka linangan airmata terakhir....



Khabarnya, khabarnya kau dah jumpa
Pengganti teman hidup
Mungkin dialah bahagia mu
Semoga, semoga dia memberi secebis lebih hati
Dari segala yang ku mampu

Sebenarnya sejak detik berpisah
Ku damba rujuk semula
Mungkin tiba masa untuk ku sedar

Tak guna lagi aku berduka
Cinta yang mati takkan hidup semula
Tak guna lagi aku merintih
Jadikan titisan ini linangan terakhir

Cukuplah, cukuplah ku merindu
Orang yang sudah jauh meninggalkan hati berpaut
Ku coba, ku coba bunuh semua sisa cinta bernyawa
Di halaman hati yang keruh

Sebenarnya sejak detik berpisah
Ku damba rujuk semula
Mungkin tiba masa untuk ku sedar

Tak guna lagi aku berduka
Cinta yang mati takkan hidup semula
Tak guna lagi aku merintih
Jadikan titisan ini linangan terakhir

Aku harus tabah membina semula
Harapan yang musnah
Doakanlah agar diri ku ketemu setanding diri mu

Tak guna lagi aku berduka
Cinta yang mati takkan hidup semula
Tak guna lagi aku merintih
Jadikan titisan ini linangan terakhir

Yang paling terakhir
Jadikan titisan ini linangan terakhir

bersambung.....................

16 comments :

  1. gayatnya..scary betul lalu tepi batu tu...kalau jatuh, memang gone with the wind..

    fear is not a factor here..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gayat memang la cuak jugak. lagi kalau tangga rasa mcm tak kuat mana.

      naik atas tu angin lak kuat. kalau kurus melidi maunya melayang

      Delete
  2. Bang..
    Tak gayat ke bang naik tinggi-tinggi tu bang.. ikhlas tanya ni bang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik la bukan jenis yang gayat sham. ok je la. tapi kalau jenis gayat memang cuak gak la kot

      Delete
  3. batu seketul, unik! kawasan keliling pun cantik dan terjaga rapi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la zilla. dah di bayar mahal kena la jaga. lagipun sebab unesco site kan.. dia org maintain sebaik mungkin.

      kalau bukan. sah sah kotor dgn sampah. tapi sri lanka memang bersih

      Delete
  4. Sentiasa menunggu entry seterus nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tunggu la.. insya allah kol 12 kang muncul la

      Delete
  5. kesiannya ko dituduh dari sri lankan.Tak cukup hitaly agaknya

    panjat pakai heels sah pempuan tu bangang.Bahana makan oik oik banyak sangat.

    Banyak anak tangga nak kena daki tu.Tapi takpe sigiri cantik.Berbaloi kalau penat.


    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. tapi tak pe. kau tunggu la esok. ada tekaan yang buat aku senyum sampai ke malam !

      pompuan tu menyusahkan ahli rombongan dia. dek sebab dia.. pastu geng2 dia semua tak jadi nak naik. maybe tu alasan jugak la kot. hahah.. siap kena marah dgn pak guard sebab pakai heels.

      berbaloi baloi gak la

      Delete
  6. hapaaaaaaa dia ingat ko lokal meng?! melampau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann? dia tak tengok mata aku biru laksana dari pergunungan. kulit halus mulus bak sutera cina....

      ahaks...

      dah.. kau pun mesti tak caya...

      Delete
  7. Kalau saya naik tu ok, jangan pandang belakang terus je mendaki....tapi bila nak turun baru mengigil kepala lutut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol jugak tu. cuma ada satu part tu memang kena lalu tepi lereng bukit tu.. kalau tengok kiri memang menyeramkan.. lagi lagi sebab lantai dia papan je...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...