Thursday, May 21, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 10 - Ella - Part II : Ravanna Falls & Ella Rock Temple

Hari ke empat di Sri Lanka !

Aku bangkit awal pagi. Memang timing terkejut jam 5 pagi di sini dan guling guling tak tentu arah. Tapi aku mendapat tidur yang lena semalamnya walaupun tanpa kipas. Sejuk dingin suasana malam di sini.

Memula risau jugak sebab tak de kipas sebab aku cepat rasa lemas kalau tak de angin dalam bilik. Tapi nak mintak dengan Aisha aku segan. Dia pun macam lupa. Nasib baik aku letak kepala je terus hanyut. Tanda aku memang membutuhkan tidur yang lena semalamnya.

Tidur yang cukup sangat penting untuk keserian wajah dan kelangsingan tubuh badan !

Masalahnya tak langsing langsing pun.

Dua kali aku usha usha kat luar nak tunggu sunrise di sebalik Little Adam's Peak

Sunrise pagi tu di Ella. Tak berapa cantik tapi OK lah layan perasaan.

Aku keluar dari penginapan dan duduk depan homestay menghirup udara segar pagi. Hajat hati nak mintak air panas nak bancuh kopi tapi tengok dia orang macam tak bangkit bangkit pun lagi.

So aku hadap pemandangan sambil hisap rokok melayan sirna kabus pagi dan sinar cahaya matahari yang sudah mula memancarkan diri.



Mengapakah ku rasa
Kedinginannya malam
Sedangkan, tubuhku
Dibaluti selimut

Mengapa ku tersa
Sukar pabila bernafas
Sedangku berada
Di pasir tak tersentuh laut

Apakah rahsia, yang menirai diriku
Sehingga wajah, di cermin terlihat
Bukannya... diriku yang sejati...
Sebaliknya hanya...
Wajah penuh duka...

Dalam merawan hiba
Tidak hilang sesuatu berharga
Yang belum pun menjadi
Milik peribadiku semalam

Dalam merawan luka
Kabus dan sirna warna permata
Yang belum pun meninggalkan
Kesan sebenar nya dalam hidupku

Apakah rahsia, yang menirai diriku
Sehingga wajah, di cermin terlihat
Bukannya... diriku yang sejati...
Sebaliknya hanya...
Wajah penuh duka...

Dalam merawan hiba
Tidak hilang sesuatu berharga
Yang belum pun menjadi
Milik peribadiku semalam

Dalam merawan luka
Kabus dan sirna warna permata
Yang belum pun meninggalkan
Kesan sebenar nya dalam hidupku

Dalam merawan hiba
Tidak hilang sesuatu berharga
Yang belum pun menjadi
Milik peribadiku semalam

Dalam merawan luka
Kabus dan sirna warna permata
Yang belum pun meninggalkan
Kesan sebenar nya dalam hidupku

Hari ni aku ada plan sendiri !

Semalam masa borak borak dengan Aisha waktu malam tu, aku merangka apa aku nak buat di Ella pagi ni. Plan aku memang nak ambik bas terus ke destinasi seterusnya, tapi lepas borak borak dengan Aisha aku rasa ada few places aku nak usharina. Alang alang aku dah sampai.

Aku suruh Aisha carikkan aku tuk tuk aku bergerak pagi ni.

Plan aku adalah nak pegi ke tempat tempat yang orang biasa pegi di Ella ni then sebelum tengahari aku nak ambik bas ke Mirissa. Kata Aisha ada bus direct ke Galle melalui Mirissa pukul 6.30 pagi. Tapi macam awal lagi. So aku rasa aku opted untuk naik bas tukar tukar je nanti. 

Aku bajet dalam pukul 10 boleh la aku blah dari Ella ni. Lagipun perjalanan ke Mirissa agak jauh jugak so aku tak nak sampai di sana bila malam menjelma.

Pagi ni jugak aku suruh dia preparekan aku breakfast dengan bayaran 400 Rupee. OK lah tu. Mana lagi aku nak cari makanan? Oh semalam waktu aku borak dengan dia, aku dapat kepastian yang dia bukan Islam !

* pengsan.

Berpeluh jap aku dengar. Bukan apa, sebab aku dah makan lauk Ayam Kari semalam tu. 

Tawakal lah. Aku pun tak tau. Kalau aku tau dia memang bukan Islan sah sah aku tak order kari ayam. Tak tau mana silapnya, maybe masa borak borak petang semalam tu aku tersilap dengar or dia silap faham.

Ya Allah. Ampunkan lah diri ku ini.

* pose pose lesu mengalir airmata keinsafan.

Ella Gap

Suasana pagi di depan homestay yang dingin dan nyaman. Ella Rock di sebelah kanan

Bagi peminat trekking, boleh trekking di ke dua dua mercu tanda di Ella ni. 

Ella Gap boleh di daki dalam masa 2 jam manakala Litte Adam's Peak cuma mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai ke puncak.

Tapi trekking trekking ni memang tak masuk dalam list aku lah. Naik Sigiriya pun aku separuh mampus lagi nak trekking yang lain lain.

Little Adam's Peak dinamakan sedemikian rupa kerana rupa bentuknya yang menyamai rupa Adam's Peak di Sabaragamuwa, Sri Lanka ni. Adam's Peak dikhabarkan sebagai tempat di mana Nabi Adam A.S pertama kali di turunkan di muka bumi ini. Wallahuallam.

Ella Rock pula menjadi tempat di mana para pendaki akan disajikan dengan pemandangan indah sekitar Ella dan kawasan gunung ganang di tengah Sri Lanka ini.

Dah puas melangut, aku masuk dalam dan mandi manda. Aisha dah cakap, breakfast akan di siapkan jam 7 pagi dan kawan dia drebar tuk tuk akan pick up aku pukul 7.30 pagi.

Breakfast pagi tu. OK lah...

Buah buahan adalah wajib dihidang

Burung burung yang di bela oleh ayah si Aisha

Tepat jam 7.30 pagi, drebar tuk tuk pun datang.

Aisha hantar aku di lorong atas dan perkenalkan pada member dia tu.

Aisha dan baby dia

"You let him know where I am planning to go"
"OK"
"And confirm the price with him"
"It is 2500 Rupee"
"What?"
"2500 Rupee"
"I thought you said last nite 250 Rupee?"
"Opss"

Dia pekup mulut.

Masa tu aku lak rasa terkecewa.

Gila !

Semalam masa aku borak dengan dia, aku dengar dia cakap tuk tuk bawak aku ke 4 tempat di Ella ni dan last sekali hantar aku ke Ella Junction untuk ambik bas ke Mirissa, charge dia adalah 250 Rupee. Sekarang ni jadi 2500 Rupee !!!

Banyak beza tu. RM 68 just untuk 3 jam? Kalau sehari tak pe la jugak.

Dan dan tu drebar tuk tuk terus gerak. Aku dah mati kutu. Terus otak mengira balik bajet yang ada. Sekarang tak de la burst bajet tapi aku ingat murah sebab tu aku macam tak kisah sangat.

Drebar tu tanya aku mana aku nak pegi dulu, so aku suruh dia bawak ke air terjun Ravanna.

Mamat ni memula OK.. Dia ada lah ajak borak borak dan aku layan layan macam tu je lah. Tapi otak aku masih dok fikir lagi pasal harga 2500 Rupee ni. Ergk.. Lagi aku fikir lagi rasa nak marah. Sampai satu tahap aku cakap kat diri sendiri. 

"Let it go ! Let it go ! Cant hold it back anymore......"

* feeling feeling Frozen naik tuk tuk

Tak payah aku nak pecah pecah otak lagi fikir. Tak nak rosakkan mood sendiri. Dah kalau banyak tu aku kena bayar, bayar je lah. Kalau nak cancel, aku jalan kaki je lah sendiri !

Masalahnya kawasan di Ella ni berbukit bukau. Nak jalan cari penginapan semalam pun aku rasa berpeluh ketiak, lagi aku nak jalan kaki sampai ke air terjun !

Aku redha je lah.

Jalan ke air terjun Ravanna Falls ni lebih kurang 15 minit je. Tak jauh, tapi jalan agak teruk dan sempit. Berselisih dengan bas dan lori buat perjalanan tuk tuk agak slow. 

Aku just duduk je diam diam dalam tuk tuk yang akhirnya membawa aku sampai ke Ravanna Falls ni.

Ravanna Falls ni tepi jalan je

Tempat ni memang menjadi tumpuan pelancong, tapi sebab masa tu masih awal pagi, tak de orang lagi.

Ravanna Falls dari celah celah gunung

Dan bertingkat tingkat turun ke bawah dan mengalir ke sungai

Ravanna Falls ini merupakan air terjun yang memiliki terjunan paling tinggi di seluruh Sri Lanka

Lagenda air terjun Ravanna ini dinamakan bersempena dengan Raja Ravanna yang berhubung kait dengan Raja Ramayana di India. Dikhabarkan pada ketika dulu Raja Ravanna iaitu Raja Sri Lanka telah menculik Puteri Sita dan menyembunyikannya di dalam gua di belakang air terjun ini. Sebab penculikan adalah kerana membalas dendam kerana Raja Ramayana telah memotong hidung kakak Raja Ravanna ( yang merupakan isteri Raja Ramayana )

Motip potong hidung? Dah kena potong hidung pegi je la buat plastik surgery kat Korea ke kan?

Itu cerita lagendanya.... Aku pun tak tau betul ke tak. 

Layan gambar air terjun ni.

Air terjunnya bertingkat tingkat dan setiap terjunan akan jatuh ke dalam kolam kecil

Boleh mandi manda. Tapi pagi tu air punya la sejuk. Tak lalu aku nak berendam kaki

Just lepak lepak dan pegi dekat je lah.

Air terjun ni terletak di tepi jalan je. So kalau sesapa nak ke sini boleh naik mana mana bas yang turun dari Ella, semua bas akan lalu kat air terjun ni. Boleh mintak di turunkan je tepi jalan.

Tapi tu kalau banyak masa la sebab nak turun naik bas tunggu bas memakan masa. 

Kalau tak banyak masa macam aku, naik je la tuk tuk.

Mamat Tuk Tuk tu tunggu la aku kejap then aku datang kat dia bagitau dia aku ready nak bergerak. Dia pun macam pelik sebab aku macam rushing, so aku cakap kat dia aku nak kejar bas ke Mirissa pukul 10. Then dia call sana sini dan confirm ada bas direct ke Galle melalui Mirissa pukul 11.30 pagi dan 12.30 tengahari nanti. 

So aku rasa, elok je aku naik bas pukul 11.30 pagi tu je. Naik bus direct tak perlu tukar tukar dah.

Baik jugak la kan mamat tuk tuk ni?

Baik??

Haaaaa..

Ada catch nya. Lepas tu dia sibuk nak suruh aku naik teksi member dia yang datang dari Galle dan balik kosong ke sana. Dia kata kalau aku naik boleh dapat setengah harga. Harga biasa adalah 12,000 Rupee so setengah harga 6,000 Rupee. 

Gila !

Bersamaan dengan RM 164. Kalau aku ramai tak pe jugak. Ni aku sorang sorang.

"No thanks. I will take the bus"
"But Sir.. but will be slow..7 hours.. if you go by taxi only 5 hours.... bla bla bla...."

Macam macam la alasan dia. Malas aku layan. Naik tuk tuk dia pun dah 2500 macam mahal je aku rasa, kalau nak bayar 6000 lari terus bajet aku nanti.

Mamat tuk tuk bawa aku bergerak ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya adalah Ella Rock Temple.

Rocker sungguh Ella ni.

Aku nak datang sini pun sebab Aisha cakap temple ni lawa, so since dah ada sini aku pegi je lah. Dari Ravanna Falls tu jalan patah balik ke Ella Junction, pastu mamat tuk tuk ni naik ikut jalan bukit.

Dia berhentikan aku di luar jalan dan suruh aku jalan kaki dalam 200 meter.

Gerbang Ella Rock Temple

Temple di bawah batu

Bahagian dalam temple

Kawasan perumahan dan kebun di bahagian lereng bawah kuil

Kuil ni mengadap homestay Aisha aku duduk. Nampak banyak hotel dan penginapan lain dari belah sini

Masa mula mula aku sorang sorang je kat kuil ni, so Sami pun tak de. Pastu ada 2 orang mat salleh sampai so Sami pun ada sekali dia bukakkan pintu kuil.

Pastu aku pegi la menyibuk jugak.

Kuil ni terletak di bawah batu di mana bahagian dalam kuil ni memang betul betul di bawah batu asli yang ada di lereng bukit ni.

Tak de apa yang menarik pun dengan temple ni bagi aku.

So aku tak spent banyak masa. Lepas ambik gambar lebih kurang, hisap rokok sebatang then aku pun blah pegi kat mamat tuk tuk tadi tu.

Sami ni tengah main handphone

Makcik makcik sedang berkebun sambil memberi senyuman manis ala ala sekilo gula kepada pembaca Supermeng Malaya

Selepas bergerak dari kuil ni, mamat Tuk Tuk tu patah balik ke Ella Junction dan dia bawak aku ke destinasi ke 3 untuk pagi ni. Tea Factory.

Dia rengsa betul sebab aku berjalan kejap kejap je. Dia cakap biasanya orang hire dia sehari dengan bayaran yang sama dan pelancong biasanya duduk lama lama dan dia akan menunggu. Tapi dengan aku macam lipas kudung. Aku singgah. Check tempat . Ambik gambar pastu aku muncul semula.

Dia nak baca surat khabar pun tak senang ! Dalam hati aku cakap ...

"Bersyukur je la aku bayar kau mahal aku guna kau 3 jam jer.. Lagi nak komplen !"

Dan destinasi kami adalah ke Kilang Teh di Ella ni.

Bangunan kilang teh

Ladang teh dengan pemandangan Ella Rock

Dia dropped aku kat luar kilang ni dengan harapan aku masuk dan habiskan berjam jam dalam ni.

Aku masuk dalam kilang ni, tapi aku usha macam tak de orang pun.

Tengok log buku tetamu. Tak de pulak nampak dari Malaysia

Teropong dalam kilang, nampak orang tengah proses teh

Ada tempat jual teh dan bayaran masuk ke dalam kilang tu adalah 300 Rupee.

Aku usha lebih kurang dan keluar balik jumpa mamat tuk tuk tu. Malas la nak masuk. Process buat teh je. Kat Cameron Highlands pun ada !

"I am done !"
"What?

Dia tak puas hati. Hahaha.

Memang aku tak rasa nak masuk dalam pun.

"Nevermind. You can stay here. I just wanna go around and take some photos"
"How long?"
"Half an hour?"
"OK"

Aku tinggalkan dia dan aku merayau keluar ke tepi pagar kawasan kilang.

Nampak view macam OK tapi ada pagar. Tepi pagar tu macam ada rumah orang, so aku pun masuk lah area rumah tu dan mula nak snappy.

Klik !

Baru start nak merasuk diri ambik gambar tiba tiba aku disergah oleh sorang lelaki.

"Hey !! This is a private property !!!"

Alamak ! Nak pecut lari ke nak buat buat pengsan ni?

Pecutttttttttttttttttttttttttttttttttttt.......................

* bertempiaran lari dengan dua dua tangan ke atas macam dalam cerita Tamil.

bersambung.................

20 comments :

  1. Byk betul dugaan Meng kali ni. tidak seperti trip2 yg sebelum nya...saya paling suka trip Meng di Europe...rasa mcm dlm movie je...drama bebagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la kena drama,.

      heheh citer europe tu dah jadi sejarah sama jugak dgn citer sri lanka ni nakal menjadi sejarah

      Delete
  2. hahahahaaaa..... baru nak gelakkkk .. dah bersambung.....

    rasa macam sama2 nak angkat tangan gak larik sama2.... haahahahaaaa...

    (kena hati2 pegi sini... bnyak sgt tipah tetipu tipah nya...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena hati hati sentiasa..... kalau x kena cincang jer laaa

      Delete
  3. apa ke motip si aisha ni kejap muslim kejap tak? aku rasa lenkali masa mlancong ko jadik je vegetarian gitu meng, slamat dunia akhirat lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab aku dgr dia ckp dia muslim tu la aku order ayam. kalau tak aku ambik je vege..

      dah nak terkena. tak tau la.. aku silap dgr ke apa. tapi aku yakin jawapan mula mula tu dia ngaku...

      Delete
  4. kalau x baca blog abg meng ni mmg tak tau pun wujud tempat nama Ella.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah aku pun x tau wujudnya tempat nama ella ni sebelum nak ke sri lanka. masa study study baru la baca dan tau

      Delete
  5. butuh...
    sirna...
    usharina...
    (tengah belajar bahasa baru)

    ..
    lari sambil mendepakan tangan
    .
    .
    noted with thanks on the tips..heheeh
    (semoga ada rezeki lain untuk kaver balik 'kemahalan' yang dikenakan itu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulllah.. bajet mencukupi. siap lebih lagi kak anash...

      Delete
  6. hai makcik makcik...nampak tak..i ni peminat tegar blog supermeng..tgk gambar dulu nanti baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcik tu tengok kasut JM terus mereka pengsan agaknya... tak pun dia curi utk buat gi kebun?

      hahahaha

      Delete
  7. siapa yg sergah tu...ntah2 owner ladang tu ke guard

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti. x sempat nak tanya.. nasib baik dia tak keluar pistol ke atau perambat dgn penyapu

      Delete
  8. rasanya si aishah buat komplot sorok dengan driver tu nak tipu superman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak kot..

      cuma mungkin dia tersilap cakap or aku yg tersilap dengar.. tak pe la... redha je lah

      Delete
  9. Nama Aisha ... dah sah sah Islam ... hehehhehee

    Memang ler , penuh drama ... kalah drama Korea !!!

    Dulu waktu sekolah, memang tau Ceylon terkenal ngan Teh !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkenal but nak ckp teh dia org really sedap tu. mcm tak jer. teh boh sedap lagi kot.. ntah lah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...