Monday, May 18, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 07 - Train Ride : Kandy to Nanu Oya

Dekat 30 minit jugak train tu stall kat situ. Aku harap dia tak tersadai lama lama. Bukan apa, perjalanan aku masih jauh. Susah kalau aku sampai di destinasi nanti waktu malam. Lagi haru biru sebab train ni adalah salah satu train scenic di dunia, so kalau malam buta apa benda nak scenic nya?

Kan Janet kan?

Sudahnya lepas tu train bergerak semula. Tak tau la apa jadi yang cedera tu. Hantar spital la kot. Apa apa pun berita sahih pun aku tak pasti apa sebenarnya terjadi. Unsolved misteri.

Next perjalanan aku cuma berdiri je. Nak tengok view kat luar pun tak berapa nampak. Tapi masa 2 jam pertama tu memang nampak perkampungan dan bandar je. Tak de la menarik mana. Biasa biasa je.

Kebanyakkan penumpang dalam train ni memang ramai nak menuju ke pusat pusat peranginan di tanah tinggi seperti di Hatton ( untuk mendaki Adam's Peak ), Nanu Oya ( untuk ke Nuwara Ellya ) ataupun ke Ella. Macam aku jugak.

Aku still berdiri kat area Markonah tu. Dia sibuk la berbincang hal duniawi dengan 3 makcik makcik yang lain. Salah sorang makcik tu bagitau aku, dia nak turun lepas tu so aku boleh duduk tempat dia.

Pergh. Rasa mendapat berita paling gembira sebab penantian aku akhirnya tiba juga. Dah kejang kaki berdiri lama lama. Nak bergerak pun susah.

Suasana dalam train masih macam biasa. Ada yang berborak. Yang berjual masih ke hulu dan ke hilir. Aku naik muak dengar perkataan Vadai tu.

Jual Vadai

Bayangkan penjual vadai ni start sama macam aku dari station Kandy. Pastu dia ke depan ke belakang usung bakul dia ni, sampai ke tengahari dan petang vadai yang sama !

Dan menjelang petang abis jugak vadai dia orang ni. Tak tau la port mana dia orang stop dan turun. 

Selain tu ada jugak yang jual buah buahan. Macam nenas dan pisang. Jual kacang dan macam macam.

Kacang ! Kacang !

Masa train berhenti di station seterusnya, salah sorang makcik geng geng Markonah tu turun. So dia memang dah nak bagi aku duduk situ. Dan dan tu ada pakcik dari mana ntah tetiba muncul. Nak tak nak tak sampai hati aku nak duduk dan dia berdiri.

So aku sambung berdiri.

Berdiri dan terus berdiri sampai la pakcik tu turun di perhentian seterusnya. Dekat 2 jam lebih dah masa tu berdiri. Aku nak jugak bergerak jalan jalan dalam train tapi sebab train penuh tak selesa. Lagipun aku takut nak tinggal beg aku kat situ. Takkan nak usung. Kalau dekat pintu in between train tu lagi la penuh orang. Yang pelancong dan yang local sama sama dok bertenggek kat situ.

Redha dan pasrah. 

Aku malas nak berharap sangat sangat dah, nanti aku frust, bila frust aku kecewa pastu bila kecewa mood tak best. Now aku redha je lah apa apa pun. Take it easy !

Alhamdulillah lepas tu pakcik tu turun then dia bagi aku duduk. Nasib baik lah tak de orang tua ke budak budak, kalau tak macam rasa bersalah jugak. Tapi kat Sri Lanka ni aku tengok semua selamba je. Tua ke, budak ke.. janji kau dapat seat, duduk buat keras kat situ sebab nak dapat seat memang lah tak mudah !

One thing aku rasa nak memudahkan keadaan. Ambik je la First Class seat then kalau nak merayau, boleh je merayau ke 2nd Class Coach. Jiwa raga pun aman damai. Betul tak? 

Aku dapat duduk sebelah Markonah !

Markonah dah start membuta

Ni makcik depan Markonah dengan anak dia.

Aku lapar. So ada bekalan cokelat. Aku makan cokelat tu ada 2 bar. 1 bar lagi aku bagi kat budak lelaki tu. Boleh pulak makcik tu nak jugak. Berebut dengan anak dia !

Even dapat duduk tapi kalau tak dapat spot yang cantik nak ambik gambar pun payah.

Sebab aku duduk mengadap belakang, dan bukan tepi tingkap jadi agak terbatas nak ambik gambar kat luar. Geram semacam je time tu sebab view dah start lawa lawa.

Ambik dari jauh jer.

Pastu train berhenti lagi kat satu station. Naik pulak makcik dengan baby. Tak sampai hati. Aku bagi dia duduk. So aku sambung berdiri.

Tak pe lah. Happy happy kan diri sendiri. Plus aku fikir, kalau train 6 jam contohnya. Kau duduk 3 jam, kau berdiri 3 jam kira OK la kan? 

Kalau duduk lama lama pun sakit ponggong jugak. Seat dia bukan lembut dan comfy pun.

Makcik dengan baby yang aku rasa baru berapa hari jer... 

Dan penantian aku dan doa dalam hati at least aku dapat seat yang bagus tertunai.

Sampai di station Hatton memang ramai yang turun. Memang kata suku daripada penumpang akan turun di Hatton ni sebab ni adalah kawasan tanah tinggi yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Ramai yang turun untuk bercuti dan ramai jugak yang nak mendaki.

Kat Hatton ni train tetiba jadi lapang. Lapang sikit la walau masih ada yang berdiri sebab tak cukup seat.

Station Hatton

Dan lepas pada ni aku dapat the best seat ever.

Tepi tingkap. Mengadap depan. Tak akan aku berikan dah seat ni pada orang lain. Hahaha. Tu pun seat ni aku dapat sebab budak budak remaja tadi tu turun kat Hatton. Dia orang pun macam baik je, cepat cepat panggil aku suruh duduk situ.

Yuhu.. dah dapat view lawa

Baru la sedap menembak

Memang view dari station Hatton ke Nanu Oya adalah paling scenic. Time ni memang semua gila layan view. Bagi yang ada kamera memang heaven la time ni. 

Dan depan aku ada adik ni. Dia malu malu. Aku bagi dia roti ( aku beli semalam masa cari makan kat Kandy ) tapi dia malu malu nak ambik. Mak dia yang ambikkan. Budak ni riang siap menyanyi nyanyi tepi tingkap

Layan view dari Station Hutton ke Nanu Oya !

Keretapi meluncur laju 

Melepasi lembah dan lurah

Dengan suasana menghijau dan angin yang dingin

Pekerja pekerja di ladang teh

Suasana nyaman dan memukau pandangan mata

Layan perasaan je la time ni

Ni parent budak tu. Ayah dia beriya jugak ambik gambar tapi pakai handphone je. Dia orang nak pegi kenduri kawin sedara dia orang kat mana ntah. Sempat la borak borak. Dia cakap Ella jauh lagi so aku kena duduk dalam train lama lagi. OK. Tak pe. Aku bertabah. Dengan view lawa macam ni, aku OK !

Train berhenti. Laluan train ni masih mengekalkan sistem lama British iaitu cuma satu train di benarkan bergerak pada satu masa bagi mengelakkan kemalangan. Cuma train yang pegang 'bendera' sahaja yang sah bergerak.

Train ni menunggu lama gak la kot bagi rail clear sebab railway track cuma 1

Tapi view memang menawan kalbu

Ada jugak orang jual strawberry. Family depan aku tu beriya riya suruh aku makan strawberry ni, aku tak mau. Malu ! Tapi strawberry nampak kecik kecik dan tak menarik

Train berhenti lagi di Station Great Western ni

Dan aku layan view lagi dan lagi

Oh.. jangan harap pandangan tenang macam ni tapi penjual vadai dah tak der ! Mereka masih ada dan lalu lalang sambil menyebut "Vadai Vadai Vadai Vadai " Laju laju.... aku nak ikut pun tergeliat lidah.

Tanaman teh di Sri Lanka

Tanaman sayur sayuran

Ada banyak air terjun kelihatan

Pekerja pekerja buat jalan

Train terus meluncur laju..... 

Pastu sampai di satu station, tiba tiba setengah daripada penumpang train tu turun.

Lepas tu train clear gila. Nak berlari lari dalam train pun boleh. Masa tu aku tau, aku dah sampai di station yang menjadi station tumpuan utama di tanah tinggi di Sri Lanka ini iaitu Station Nanu Oya. Ramai yang turun kat sini untuk ke Nuwara Ellya.

Angin bayu selembut sutera menerjah ke muka. Perjalanan aku masih jauh. Masih ada 2-3 jam lagi sebelum sampai di tanah Ella. 

Jauh pulak laa Ella ni duduk !

;

Waktu itu engkau berlari
Menghampiri mentari
Mesra senyumanmu
Membenamkan hari itu

Walau kini sekian lama
Masih dalam ingatan
Tak pernah ku menduga
Kitakan terpisah

Cinta selembut sutera
Menjadi kaku sekeras hatimu
Dan kesilapanku
Membuat aku memendam rindu
Andai kini kita kembali
Bersama meniti kasih
Dalam ranjau cinta
Terhapuslah sepi di hati ini

Aku mengharap kasihmu
Aku tahu kerinduanmu
Kasih tawarkanlah
Keracunan di dalam dada
Kasih hapuskanlah rindu
Rindu dihati kita

bersambung............

22 comments :

  1. Adakah org sri lanka bercakap sambil menggeleng kepala mcm orng india? sbb tgk diorng ni mcm serumpun je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangat rasanya. lagipun bahasa dia orang pun macam lain lain... lagu pun berbeza.. india lebih macam nak bakar kampung.. sri lanka ni easy listening skit

      Delete
  2. Jauh sungguh ... berjam jam dok dlm keretapi ....

    ReplyDelete
  3. train yg ada bendera tu main pass2 kat tempat berhenti tu ke?

    ReplyDelete
  4. tgk kacang kacangan tu teringin nak mkn bila tgk JARI dia terus tak jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jari hitam tapi bersih. Jangan muka putih tapi hati hitam.....

      Delete
  5. klau dh malam...buta lagi mmg diri sendiri fun tak namfak lah abang meng oi hahahaah..sambung baca!

    ReplyDelete
  6. 2 jam lebih berdiri? fuhh...baru dgr dah rasa letih.. mmg macho lah...bagi org tua duduk...sst...cantik juga si markonah tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup ni kan karma.. time muda ni kita bagi kat org seat. nanti tua tua kita naik kenderaan awam orang bagi la kat kita pulop

      Delete
  7. sambungbaca dan sambung komen...berkat kesabaran...akhirnya....dapat view lawa meme pueh hati lah hai

    ReplyDelete
  8. Gigih sgt ko meng..kt mesia konpem xgigih cenggini...hehehe kat dlm ketapi ni xde sape lg ke teka kewarganegaraan ko meng?smpi hati sri lankan xde yg cam ko org hitaly!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah kau memang bistari DJ. Kat malaysia ni nak naik lrt pun aku tak pandai dan kalau boleh malas nak naik...

      maybe sebab kat malaysia ramai org pandang pandang sebab seluar dalam aku kat luar. kat oversea tak per.....

      Sampai sudah tak de orang teka aku dari Hitaly !!

      Tercalar sanubari aku tau tak?

      Delete
  9. Meng ...

    Wahhhh rindu sangat ngan entry Sri Lanka nih !!! Kita baru hari nih nak start baca ! Tapi dah terbaca yg ini dulu !!!

    JM tak suka kacang tuh, kita terliur sangat ... tetambah tgk ada daun kari yg ranggup tuh !!! Vadei dia sure heaven !!! You rasa tak????

    Nih terus terliur nih !!!!

    Makcik Makcik Kumpulan Markonah hahahahhahahahaaa , lain kali you join ler sama ngan dia orang sambil makan sireh (eh dia orang makan sireh tak????)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcik tua yang ada anak tu makan sireh.. kunyah kunyah sireh pastu spit luar tingkap.

      ngeri jerrr

      Delete
  10. Baik dan luhur sungguh hati abg meng bagi orang duduk.....
    balik msia naik lrt jangan buat-buat tidur...ker layan ketapi kt obersea jer, kt msia tak pernah naik lrt pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha btol tu. kat malaysia fikir 2-3 kali nak naik kenderaan awam....

      kat sana muda mudi dia tak de ambik port pun org bawak baby ke.. org tua ke. janji dpt duduk pastu buat bodo

      Delete
  11. aku dah cuba sebut vadai laju laju, mmg tak jadi. Sah aku tak leh jual vadai

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kan kau. aku pun dah cuba. tergeliat lidah...

      Delete
  12. betul lah orang kata ad sinar di penghujungnya. selepas bersusah-payah dapat the best seat ever. terbaik gmbr abang meng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Ajlaa.. tu laaa tuhan bagi rezeki. cuma kena uji je dulu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...