Sunday, May 24, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 13 - Memburu Sunset Di Mirissa Beach

Mirissa Beach ni tak leh panjang mana. Less than 1 kilometer je.

Aku just jalan menyusuri gigi gigi pantai sambil usha usha orang.

* tunjuk gigi rongak

Aim aku adalah nak sampai hujung dekat pulau kecik tu

Di Pantai Mirissa ni memang tak banyak penginapan, yang ada adalah restoran restoran dan port port untuk orang bersantai. Penginapan biasanya terletak belakang belakang.

Dan ramai juga yang beraktiviti di pantai petang petang begini

"Aku nak kau buat rumah banglo sebijik !! Cepat !!"

Ombak memang agak ganas tapi ramai je yang mandi manda dan berenang dengan ria

Kat tepi pantai ada banyak promo pasal Whale Watching di Mirissa ni. Dia orang siap tabulate berapa ekor paus dia orang jumpa untuk hari tu. Bayaran rata rata dalam 6000 Rupee. Aku just tengok tengok macam tu je lah memula

Hajat hati nak sampai ke pulau tu. Pulau kecik di hujung Mirissa Beach ni boleh pegi sebab air tak dalam

Tapi bila sampai kat pulau kecik tu nampak macam air dalam jugak. Ramai je yang mengharung naik ke atas, ada tangga di sediakan.

Tapi aku tak nak basah lagi dan orang pun macam ramai je kat atas tu so aku decide nak gi jalan ke pantai sebelah pulak.

Pantai ni agak secluded sikit sebelah dengan Mirissa Beach

Layan senja yang bakal tiba

Pasir dia kaler hitam dan kuning

Pantai belah sini tak semeriah Mirissa Beach tadi, ada few penginapan dan banyak bot bot nelayan tersadai.. Aku jalan je terus

Bot bot nelayan Sri Lanka tersadai tepi pantai. Lawa jugak

Deru angin Indian Ocean

Aku jalan sampai ke hujung, tapi ombak ni kuat gila. Membadai sampai ke atas. Nak tak nak memang kena harung. Basah jugak lah.

Jalan sampai ke hujung tanjung. Di sini la pertemuan dua ombak besar yang menjadi tumpuan para surfers di Mirissa ni

Para surfers tengah surfing

Ni pantai di belah sana lagi. Jauh sangat nak gi jalan ke sana

Aku duduk kat hujung tanjung tu layan sunset. Tapi macam tak berapa nak ada

Yang ada minah kacukan Jepun dan Inggeris.. Menyemak je depan mata. Dia dengan bf dia. Dia orang nak tempat aku duduk la kot agaknya. Last sekali dia orang dok tepi sikit dan feeling feeling bergambo pastu beromen romen depan aku. Cinabeng betul.

Aku lepak menanti sunset tapi macam tak mengancam sebab mendung dan banyak awan tebal.

Layan je lah diri sendiri yang kesepian. Layan perasaan sendiri sementara menanti matahari senja menghilang. Datanglah senja lawa lawa.. sempurnakan hari aku hari ni selepas jauh perjalanan nak tengok lautan di sini.



Aku di sini seorang diri
Berharap waktu berulang lagi
Saat ada dirimu bersamaku

Aku di sini yang menyesali
Menangisi kepergianmu kasih
Semua begitu salah tanpa dirimu disisiku

Tahukah dirimu
Kau bawa setengah hatiku hilang
Bersama hampa di hidupku
Hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
Oh mencintamu sempurnakan aku

Menangisi kepergianmu kasih
Semua begitu salah tanpa dirimu

Tahukah dirimu
Kau bawa setengah hatiku hilang
Bersama hampa di hidupku
Hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
Oh mencintamu sempurnakan aku

Kembalilah kepadaku
Aku mohon kepadamu

Tahukah dirimu
Kau bawa setengah hatiku hilang
Bersama hampa di hidupku
Hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
Oh mencintamu sempurnakan aku

Hanyalah dirimu yang mampu lengkapi
Oh mencintamu sempurnakan aku

Langit mendung menutupi sinar matahari so sunset pun tak berapa nak menjadi.  

Agak kecewa. Akhirnya aku patah balik semula ke arah Mirissa Beach tadi.

Di mana kau sunset?

Time aku datang la kau tak menjelma !

Sampai kat pilau tadi aku panjat jugak lah.. Basah seluar

Atas pilau tu. Ramai je yang melepak

Pandangan ke bawah

Lepak lepak lebih kurang, akhirnya aku patah turun ke pantai semula dan berjalan balik ke penginapan aku.

Aku pun tak pasti apa aku nak buat malam ni, tapi aku rasa macam esok aku nak pegi tengok paus tu. Dah bajet bajet macam mampu lagi lah. Pulak tu aku survey tadi, harga agak varies. Ada yang 6000 Rupee dan yang paling murah aku jumpa 2500 Rupee. Dalam RM 75 OK lah. Plus duit rasa macam banyak lagi so aku fikir bedal je lah. Bila lagi aku nak tengok kembar diri sendiri? Kan???

So misi aku adalah nak mencari tempat orang jual tiket Whale Watching untuk esok tu.

Senja makin menghilang

Satu kiosk ke kiosk yang lain tepi pantai tu aku usha, semua dah tutup ! Pulak dah.

Jumpa satu yang macam baru nak tutup, so aku tanya la dia tup tup harga dia USD 50 per pax ! Mahal nak mampus. Terus tak jadi.

Kecewa. Then aku redha je lah. Aku fikir memang tak de rezeki aku nak tengok paus tu. Kalau macam tu esok pagi aku bergerak terus ke next destinasi aku awal sikit. 

Dalam pada tu aku sebenarnya masih berkira kira sebab penginapan untuk esok aku masih belum booking lagi di mana mana. Aku sendiri pun tak pasti samaada malam esok aku nak tido kat Unawatuna, Galle atau Colombo. Aku kena bajet time aku dulu sebab esok macam ada few places aku nak jejak lagi. Kalau tak sempat ke Colombo, maybe aku tidur di Galle dan lusa aku ambik bas dari Galle je terus ke airport.

Tapi kalau dapat tidur di Colombo pun tak de la aku rushing sangat lusa tu. Sebab Galle tu masih jauh nak sampai ke airport. Takut la apa apa jadi di perjalanan, tak sampai airport aku jadi nya.

So aku masih berkira kira lagi. Masih belum decided mana aku nak menginap esok. Tapi tak pe dekat chalet aku tadi wifi macam OK so aku survey survey online je la malam nanti.

Sambil jalan jalan tu aku dok usha kedai kedai yang dah pun rancak dengan pelanggan. Masing masing tengah promo seafood dan hidangan makan malam.

Sempat la aku usha garing.

Ketam dan udangan

Ikan ikan harus la aku rejek

Aku panggil ni udang ketak. Sedap jugak ni kalau dapat makan

Restoran restoran tepi pantai

Senja semakin hilang

Orang pun dah ramai memenuhi ruang

Memula aku macam nak makan tepi pantai ni je. Cas cas ambik feel la konon. Tapi macam sedih je nak duduk meja sorang sorang.

Last sekali aku decide nak cari kedai runcit je. Nak beli air, so aku naik atas ikut laluan jalan raya belah atas Mirissa Beach ni.

Jalan punya jalan. Ada jugak la kedai kedai makan kat belah jalanraya tu tapi orang pun boleh tahan ramai.

Tup tup aku nampak sorang mamat ni jual tiket Whale Watching dalam gelap. Dia dah nak tutup dah. Terus aku approached dia. Borak punya borak last sekali dia bagi aku harga 2500 Rupee ! Harga yang paling murah yang aku jumpa masa kat pantai tadi. Memula dia pun letak 3500 Rupee.

Terus je aku beli tanpa fikir panjang. At least aku tau pagi esok ada aktiviti yang aku nak buat.

Hati riang dan gembira. On the way balik ke chalet, aku singgah di restoran berdekatan belah hujung Mirissa Beach ni. Kira tepi laut la jugak. Boleh ambik ambik feel. Tapi aku tak tau nak makan apa. Nak makan seafood macam mahal dan tak berbaloi lagipun semua seafood tu dia grill jer. 

Last sekali makan nasi goreng je sudah !

Lepak kat resto ni. Yang penting tepi laut jugak. 

Dekat sangat sangat dengan air laut dan wifi pun bagus

Order Avocado Juice. Tak sedap.

Makan nasi goreng udang dengan harga RM 24. Langsung tak sedap !

Makan sekadar nak hidupkan ruh jer.

Sebab lapar. Habiskan jugak.

Lepas makan tu aku terus balik ke bilik. Tak jauh pun.

So sampai bilik. Lepak lepak jap then aku mandi apa semua. Dah siap tu aku konon nak bermalas malas je atas katil sambil nak wifi cari penginapan untuk malam esok. 

Siap siap pakai boxer jer. Pastu rasa nak hisap rokok so kena hisap kat luar.

Keluar nak hisap rokok aku perasan macam ada nyamuk so aku pun tutup la pintu. Tup tup pintu tu terkunci terus. Tak leh nak bukak dari luar !!!!!

Ala-Mak ! Ala-Ayah ! Cemana ni?????

Dah la aku sehelai sepinggang. Pakai boxer jerrrr.

"Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

* ambik lighter bakar bulu ketiak

Tengok kat luar tak de orang. Nak tak nak terpaksa aku dengan cuma berboxer mencari bantuan. Pegi ke lobby reception yang agak jauh tu. 

Minah kat reception tu tengok aku atas bawah. Apa kes mamat ni cuma berboxer malam malam tak pakai baju datang jumpa dia.

"Excuse me. I am so sorry......................................"

Aku cerita masalah aku terkunci dari luar sambil tangan tutup tetek sendiri dan buat muka kesian.

Ni baru betul pantun 2 kerat.

Pegi kedai nak beli coli, 
Tetek tak der... !!!

Tapi tetap kena kever... maluh !

bersambung.............

14 comments :

  1. Hampeh.
    Dah macam permulaan citer porno je ni Meng.
    Meh aku sambung...

    Tiba-tiba minah reception menghampiri ku...

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kau la suka nak porno pornokan citer aku..

      btw minah tu tak inzal lah.... hahaha

      Delete
  2. main pintu buka tutup
    pintu terkunci....hahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun 2 kerat eh????

      takut nyamuk gigit tetek.
      terkunci di luar terpaksa tunjuk tetek

      haaa gitu !

      Delete
  3. adeihhh.....

    ade cuba jampi serapah P.Ramlee bukak pintu gua tak masa tu...?!

    sori terketawa pulak..... kesian Meng....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de.. dah kalut. takut org skodeng aku mcm nak merompak kat situ

      Delete
  4. ok2...serius lawak pantun 2 kerat tu...hahahah

    ReplyDelete
  5. Mana ko tau minah salleh tu kacukan jepun inggeris...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. mereka berborak dlm bahasa jepun...

      telinga aku capang

      Delete
  6. Hahahahahahahhaa

    penuh drama !!!!

    Hahahhahaa ....

    Suka suka suka ....

    ReplyDelete
  7. hahahaha giler meng!hahahaha!drama sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. x leh nak buat cemana.. nak tak nak terpaksa la..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...