Tuesday, May 19, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 08 - Train Ride : Nanu Oya to Ella

Perjalanan berterusan merentasi kawasan gunung ganang dengan pemandangan ladang ladang teh terbentang saujana mata memandang.

Sememangnya route dari Hatton menuju ke Nanu Oya adalah route paling scenic untuk train ni.


Ladang ladang teh


Dan train melintas sangat dekat macam boleh dicapai jer ( kalau tangan panjang )

Dan selepas tu train mula bergerak perlahan dan berhenti di station di puncak gunung ganang ni. Waktu tu separuh daripada penumpang turun.

Memang station ni menjadi station tumpuan. Nanu Oya !

Station Nanu Oya

Station ini adalah perhentian bagi mereka yang mahu ke Nuwara Ellya, salah satu lokasi percutian yang terkenal dan mendapat jolokan Litte England di Sri Lanka ni.

Dari station ni, kena ambik tuk tuk untuk ke Nuwara Ellya tersebut. 

Sebab dah ramai penumpang train turun, maka banyak dah seat kosong ! Dan train bergerak semula meninggalkan station Nanu Oya tadi untuk ke destinasi seterusnya.

Layan gambar gambar perjalanan train dari Nanu Oya ke Ella.

Perjalanan dari Nanu Oya ke Ella mengambil masa lebih kurang 3 jam lagi

Di kawasan tanah tinggi, banyak kebun kebun sayur dan tanaman yang di tanam menghiasi laluan di atas kawasan pergunungan ini

Pakcik yang menjual sayur kepada penumpang keretapi

Terasa aman dan damai je perjalanan ni. Angin sejuk sejuk membelai menemani

Family 3 beranak tadi dah turun kat salah satu station lepas tu. Dan tempat depan aku digantikan dengan pakcik ni. Tapi dia tidur je la manjang

Kebun kebun sayur kelihatan

Dan train berhenti lagi di station seterusnya

Kalau tadi keretapi melepasi kawasan pergunungan dengan tanaman teh, tapi kali ni memang kawasan pergunungan dengan hutan rimba. Scenic jugak la pemandangan

Sebab train merentas kawasan pergunungan, perjalanan agak slow.. tapi sebab pemandangan lawa jadi tak terasa

Pemandangan gunung ganang

Keretapi menyusuri tebing tebing tanah tinggi

Melepasi terowong dan bukit bukit.

Penumpang dalam train masing masing ada yang tidur dan ada yang melayan perasaan sendiri

Kawasan menghijau

Salah satu station di pergunungan Sri Lanka. Haputale

Train bergerak lagi

Bukit bukau dan gunung ganang menghiasi perjalanan

Dan bergerak lagi 

Dan depan aku bertukar bersilih ganti. Minah ni dari China. Aku tanya dia, dia travel time raya dia tak raya Cina ke? Dia kata parent dia dah tak de so every time cuti dia akan travel. Dia pun nak ke Ella. Travel solo jugak. Keje dia membuta jugak

Salah satu station laluan

Keretapi bergerak perlahan

Ada yang berseronok duduk di muka pintu

Train berhenti di Bandarwela

Station di atas pergunungan

Ada masjid ! Ke bukan? Sebab tak de menara.

Kawasan perkampungan seterusnya

Dengan suasana desa

Dan ladang 

Petani berbakti kepada tanah

Memang ralit melayan view. Bagi aku perjalanan dari Nanu Oya not bad jugak view dia. Lebih pada nature dan alam sekitar. Kalau dari Hatton ke Nanu Oya tadi lebih kepada ladang ladang teh.

Tapi laluan ni memang lawa dan cantik. Memang wajib dilalui dan di nikmati pemandangannya bagi sesiapa yang ke Sri Lanka ni.

Akhirnya setelah penat duduk dalam train, keretapi bergerak pelahan dan aku sampai ke destinasi impian. Ella !

* cemolot Ella tepi station sampai pengsan

Penat jugak la kalau 7 jam dalam train ni saja. So aku berharap benar dapat sampai ke hotel dan boleh rest kan badan. Akhirnya jam 4 petang aku berjaya jejakkan kaki di Ella.

Dan harapan aku untuk menghabiskan hari ini dengan perasaan ceria dan gembira dan berharap tidak ada lah masalah masalah melanda ternyata tak kesampaian.

Selepas turun dari train di Ella.. Berjalan mencari penginapan yang aku dah booking. Dengan tempat yang agak ntah hapa hapa nak mencari dan akhirnya aku dapat pulak jawapan yang tak ingin aku dengari.

"Sorry Sir. We are fully booked !"

Fak !

Aku dah booking dengan booking.com. Dah confirmed walaupun tanpa credit card atau bayaran pendahuluan. Apa kes tetiba tak de bilik untuk aku?

Mamat hotel tu macam bangang je. Dia boleh buat tak tau pulak tu. Alasan dia ingat aku tak datang sebab dah petang. So dia bagi bilik aku kat orang lain. Cis ! Pastu dia suruh aku contact booking.com cakap aku nak cancel booking aku sebab kalau tak dia kena bayar komisyen kat depa..

Dia saja buat aku rasa macam mengemis di tanah orang !

Oh Tuhan. Ke mana nak aku tuju ni? Dan la penat satu hari dalam train baru nak berehat rehat kat bilik..... bilik nan ado !!

Hibanya rasa dalam hati......................

* nanges keluar cincau


Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa, adakah aku bersalah...

Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu, akulah suri hidupmu

Apakah upaya, diriku wanita
Dan yang tinggal kini, kedukaan
Tak akan ku jadi, pengemis cintamu
Akan kubuktikan, kepadamu

Luka di hati kurawat sendiri
Hari berlalu, musim berganti
Dan kini, kau ingin, diriku lagi

Apakah upaya, diriku wanita
Dan yang tinggal kini, kedukaan
Tak akan ku jadi, pengemis cintamu
Akan kubuktikan, kepadamu

Apakah upaya, diriku wanita
Dan yang tinggal kini, kedukaan
Tak akan ku jadi, pengemis cintamu
Akan kubuktikan, kepadamu...

bersambung.....

28 comments :

  1. Bang,
    Selama kat sana ada try teh Ceylon tak.. khabarnya best.

    P/s;
    Cepat sambung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah try. Biasa je sham... teh arab lagi sedap kot. hehehe

      Delete
  2. Tgk tren tu teringat cerita shah rukh khan chaiya chaiya..apa la yg ada kt Ella ni sampai Meng sanggup menghambakn diri kesini...lepas ni perjalnan balek Meng mesti dapat duduk kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh tak teringat kat hindustan dah. sibuk nak tangkap gambar jer..

      balik ikut laluan lain. lepas ni tak de naik train dah. naik bas pulak.

      ella sebenarnya tak de apa pun.. saja kalau nak rasa sejuk sejuk sikit oke la

      Delete
  3. alahaiiii.... kesian nyaa.... sekati ja dia buat macam tu....
    sibbek tak bagi di fully boxing kat muka dia.... heheheh

    tapiii kan... memang layann la tengok gambar2 kat sini...

    cepat sambung.... nak tengok lagi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. kejam betul. x de hati dan jantung. tak kesian aku menapak jauh jauh ni....

      oke nanti sambung. tunggu

      Delete
  4. Jangan cakap tido kat stesen keretapi dah lar ...

    nayaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. station ketapi tu mcm dlm hutan... atas bukit. takut la nak duk situ malam malam. ada hantu sri lanka nanti

      Delete
  5. xde bilik?? Ohmaiii nightmare!!

    suspen nk tunggu sambungan..cepat sambung pliss

    btw view lawa! ada rasa mcm dlm citer hindustan x bang? ahaks

    ReplyDelete
  6. last part tu tak best...boleh lak minta call booking.com ckp cancel semata2 nk elak dari dia perlu bayar komisyen..argghh...rasa nk tumbuk je muka mamat hotel tu..ehh...ni kenapa JM lak yg panas hati nih!!!...sian abam meng..7 jam dalam tren..sudahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sesapa pun boleh panas kalau di layan mcm tu kan?

      nak gaduh dah tapi sebab dah insaf lepas gaduh dgn drebar tuk tuk kat kandy tu. jadi malas la.. redha je lah

      Delete
  7. Dari lereng bukit sinilah agaknya daun-daun teh terbaik dunia dihasilkan....
    berangan hirup teh atas bumbung keretapi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kalau dlm train ni dpt teh o panas memang sedap sebab berangin.. tapi x de jual pulak. jual vadai tu ada la lalu tak abis abis.

      selagi tak abis sebakul dia

      Delete
  8. ewah suka2 hati je bagi bilik kau kat orang lain kan.
    keji nya. bukannya dah tengah malam pun kau sampai. baru pukul 4 petang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. tu yang aku menyirap bandung tu.....

      Delete
  9. ...bandarwela tu mcm nama dlm b.melayu la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul jugak tu. tapi nama nama tempat di sri lanka ni mcm ayu ayu belaka

      Delete
  10. alamak...aku pun ada guna booking.com booked hotel kat saigon minggu lepas...guna agoda/expedia boleh byr terus kan tapi guna kad kredit aku xnak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang salah tu bukan booking.com tapi org hotel ni.. makan kiri kanan... asal penuh bilik dia.. dia org pedulik apa kan. tak pe.. biar la dia.. dosa dia tanggung

      Delete
  11. dengan view seindah tu, berbaloi kot 7 jam kematu montot dalam train tu hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi kalau dpt duduk dan window seat.. hehehe kalau berdiri tak nampak apa laaa

      Delete
  12. situasi last tu memang tak best.Naik train dah 7 jam sampai hostel bilik kena sebat ngan orang lain.Jadi kat aku macam tu memang kat situ jugak aku amuk budak hotel.Paling fuck boleh pulak suruh ko call booking.com suruh cancel booking.cau cau sangat situasi iteww

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. nak je aku berak dan baling tahik kat dia....

      tapi masa tu tak de la pulak sakit perut nak terberak

      Delete
  13. Cantik view dia !!!

    Baru baca Ella skg nih ada kat London ... buat video Istimewah ker apa ker ... rasa nya, balik London sure dia singga di Ella ... terutama kat train station pun sign board tuh !!!

    Hehhehee suka ngan Ella manja manja ting tung dia !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ella penyanyi ke yang pegi london tu? sungguh mengikuti perkembangan artis. hahaha

      ntah2 ella tu pun tak tau wujudnya tempat nama ella ni.. kalau x mesti dia dah dtg melawat pose pose flip hair kat sini

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...