Mari mari marilah Maria...
Pengunjung ke sini hampir mencecah 20,000 orang.
Terima kasih. Walaupun aku menulis feeling feeling syok sendiri dan bukan mencari khalayak. Jauh sekali hendak menjadi kaya raya dengan duit Nuffnang, tetapi ada jugak la orang yang sudi menjengah di sini.
Seperti yang di janjikan Peraduan untuk Pengunjung Bertuah Ke 20,000 akan berlangsung.
So kepada pengunjung yang ke 20,000 nanti sila claim hadiah anda.
Nak tahu Hadiahnya? Jeng Jeng Jeng!!!
Seperti Peraduan Pengunjung Bertuah di coust mammoth, Pemenang akan menerima hadiah misteri mimpi syakilla. Pengubahsuaian rumah sewa dengan wang sendiri, trip percutian 30 hari 30 malam tak balik balik ke mana saja destinasi pilihan anda.
Bagi pembaca bertuah yang membaca blog ini dengan berpakaian warna Merah. Anda jugak bakal membawa pulang peralatan elektrik 2nd hand bersama sama dengan pakej mimpi ngeri dalam tidur anda malam ini.
Tahniah kepada pengunjung yang ke 20,000. Ini bermakna kata bahawa, andalah orang yang ke 20,000 menyesal selepas masuk ke blog ini.
kalo jdi org yg ke 200001 bace how how?? arghhhhhhhhhh ehhee
ReplyDelete*gilos*