Wednesday, November 9, 2011

Aktiviti Kekeluargaan Bersempena Cuti Raya Haji

Horla..

Abang munchol. Mana korang? Apa? Masih beriang ria di kampung halaman?

Ya lah. Orang ada kampung.........

* simbah Tasya dan Ungu dengan cat Nippon Paint.

Ya lah. Abang tahu abang tak balik raya, tapi tak bermakna abang duduk rumah bermalas malasan saja. Ya bermalas malas juga tapi aktiviti tetap ada.

Mengambil sedia cuti yang ada, abang telah pun merayap sambil cuci cuci mata. Ke mana kah uols??

Jawapannya.. Pegi makan makan lah.

Makan di mana? Jawapannya. Tengok gegambar ini.







Makanan yang tidak kehabisan. 

Apakah bermakna abang sudah kurus dan menjaga pemakanan?

Jawapannya. Tidak !

Bungkus okeh mana yang tak abis tu then bawak balik. Ada dalam peti sejuk tu, nanti aku rajin boleh panaskan dengan menggunakan microwave.

Sapa nak makan sila datang rumah abang !

* kunci pintu rapat rapat.

Dan lepas makan tu kami pun merayau lagi lah. Memang dah plan nak gi merayap. So apa lagi, berbekalkan senjata abang tu, kami pun terus menuju ke satu destinasi yang belum pernah abang kunjungi.

Selalu dengar, macam dah lama nak pegi, tapi kali ni baru berkesempatan nak pegi.

Mana uols?

London? No ! No ! No !

Bukan London tapi di Morib sajork.

Hahahahaha.

Korang tau tak Morib tu macam jauh sebenarnya. Nampak macam tak jauh tapi sebenarnya jauh. Dari KL ni masuk Kesas dan terus exit ke Banting. Tu je dah dekat 31 KM. Pastu dari pekan Banting terus lagi ada dalam 10 KM.

Hujung hujung, dari Morib tu macam dah dekat nak pegi Port Dickson.

Perlu ke abang terus ke Port Dickson uols?

Jawapannya... No !!!!

Sudah tersemat di dalam hati, jadi kami terus ke Morib saja.

Aku tak pernah pegi tapi OR kata dia pernah pegi masa dia kecik kecik dulu. Tapi ! Kini semuanya sudah berubah, Morib dulu tidak seperti dulu lagi, kini Morib dah tak ubah seperti.. Miami Beach !!!!!!!!!!!!!

Tipu la aku ni kan?

Hahahaha.

Kawasan pantai tu dah jadi tempat riadah dah banyak kemudahan tapi apa yang tak bestnya, natural pantai juga telah berubah. Tidak ada lagi pantai pantai, yang ada cuma tembok, pastu ada kedai kedai makan, ada taman permainan kanak kanak dan sebagainya.

Pendek kata, tempat ni dah jadi kawasan liburan para penduduk setempat.

Seterusnya kami pegi ke Morib Gold Coast Resort. Hah. Ada resort situ kan baru siap di buka. Harga bilik dia tengah promosi uols, RM250 pe nite. Kalau tak harga dia RM400 !

Apa yang bestnya... dalam bilik dia tu ada jacuzzi !!!

Tengok mulut abang ni. Jacuzzi okeh.

So korang ada terasa nak memanjakan tubuh dalam kamar? Sila lah ke tempat ini.

Tapi kanak kanak memang seronok la sebab dia ada waterpark kat situ. Tak de la besar sangat tapi cukup la nak mandi manda. Kalau aku masuk waterpark tu, harus air terus kering. Tapi tengok macam macam orang yang mandi kat situ, buat aku jadi tak lalu.

Jalan jalan tepi pantai menghirup udara segar sambil menikmati indahnya alam.







Dan seperti biasa, kalau dah petang tu, harus la cubaan untuk mengambil gambar sunset.

Dan ini lah hasilnya.

Enjoice !!!




Actually ada lagi gambar lain tapi aku tengah post editing.

Esok la aku upload yang lain. Memang nampak menarik jugak lah walaupun awan gemawan tebal dan buat sunset hilang awal. 

Tapi boleh la nak snappy satu dua mana yang perlu.

Kesimpulannya, kalau sesiapa mahu ke Morib, boleh singgah di Morib Gold Coast tu. Boleh la budak budak mandi manda dan ibu dan bapa boleh berjacuzi di kamar.

Agak inzal uols. Sila google untuk menempah ya.

Hahaha. Macam jurucakap dah aku ni.

7 comments :

  1. hai...

    hoi ya hoi...

    aku busy nyah.kalah PM.
    *sedang berlumba nak kalah kan PM dengan meg rose.

    anyway, makan chillies mmg susah nak abes.
    morib?? erk..bagi aku memang dah tak best.

    ReplyDelete
  2. kan???


    aku kena pegi miami la macam ni.

    * runzzzz

    ReplyDelete
  3. miami??

    takut orang jeling pun tak nak nyah...

    hahahaha

    ReplyDelete
  4. hoi

    aku la jeling kat dia org tu..



    hahhahaa

    ReplyDelete
  5. meng,

    aku terjebak pergi morib sebab ko...tp xdpt sunset yg cun sbb hujan ikut aku...dr rumah sampai ek morib

    ReplyDelete
  6. cuaca skrg x berapa menentu.. kena check dulu.

    kalau tak, pegi dan pulang dgn kehampaan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...