Tuesday, November 8, 2011

Photog Perth

Akhirnya abang muncul dengan entry.

Sekali lagi nak tanya ni. Korang rindu aku tak?

Apa????????? Tak rindu? Tipu ! Tipu ! Tipu !

Dah. Tak nak kawan.

* merajuk tarik beg Aishah pegi airport.

"Encik saya nak balik kampung halaman saya di Perth. Dia orang dah tak rindu saya"

* suasana senyap dan syahdu.

* meraung tanpa sebarang penjelasan.

Hahahaha.

Anyway, abang sihat. Alhamdulillah. Dah selamatpun kembali pulang ke tanah air tercinta. Mana mana pun aku pegi, mesti lah aku rindukan tanah tumpah negeri ku ini. Walaupun abang berasal dari Italy nuh !

Trip Perth berakhir sudah. Hmm banyak kenangan pahit manis yang terukir dalam sejarah hidup aku sepanjang trip 6 hari ni. Nak kata semuanya tak best, tak jugak. Nak kata semua best, ada jugak rasa tak best. Anyway.. semua tu kan pengajaran. Bukankah waktu kita merantau tu adalah masa untuk kita berfikir, menaakul dan menimbang tara mencari apa yang perlu kita kecapi dan nikmati sebagai makhluk Tuhan di bumi ini.

Banyak benda aku nak cerita. Tapi tu kena tunggu details entry lah. Gambar pun berlambak aku sendiri pun belum abis tengok.

* koma.

Rata rata ada dalam 1024 keping gambar aku snappy. Aku baru sempat usha sikit je dulu. Yang lain nanti la aku buat entry detail perjalanan macam biasa.

Pengsan tak kau orang? Biasalah aku ni, berjalan bertemankan kamera. So mana mana aku pegi, kamera tu je la menjadi teman perjalanan.

Australia bukan la tempat asing bagi aku. Chewah. Sebabnya aku pernah ke sana dulu. Kalau kiranya ni, Perth adalah bandar ke 5 aku sampai di bumi Kangaroo tu selepas Sydney, Melbourne, Brisbane dan juga Gold Coast. So tak pernah sampai Perth lagi. Kini, Perth dah jadi satu lagi sejarah dalam hidup aku.

Apa yang boleh aku kata, Perth memang best !

Maksudnya orang orangnya, suasananya, dan aku pegi pulak musim Spring. So cuaca pun memainkan peranan penting jugak lah.

Banyak kisah tercoret kali ni sepanjang perjalanan.

Bagi aku banyak tempat adalah oversell. Nampak dalam brochure memang gebang tak hengat, tapi bila pegi, rasa macam biasa je. Banyak lagi tempat lain yang aku pernah sampai yang lebih menarik dari itu. Tapi kata orang, been there, done that. At least, aku dah sampai walaupun sekali dalam seumur hidup aku ini.

Banyak jugak yang aku rindukan sepanjang di sana.

6 hari aku tak jumpa nasik !

Ada hari hari aku hilang arah dan rasa give up.

Ada tu satu hari aku duduk dalam train ke hulu ke hilir sebab tempat yang aku nak pegi either dah tutup ataupun aku tak boleh nak jejaki. Banyak jugak la halangan.

Ada jugak aku terpaksa berjalan kaki 8 km pegi dan balik.

Belum kira terpaksa tunggu bas dalam kawasan hutan hutan selama 2 jam. Tuhan je la yang tahu apa kalau apa apa yang jadi pada aku.

Belum kira aku di cop sebagai Terrorist dan memaksa aku terus punah harapan nak meneruskan perjalanan ini.

Dan wang saku yang agak ketandusan. Currency exchange yang mahal. Nak beli air masak pun fikir dua tiga kali.

Tapi ada jugak yang menarik yang aku jumpa dah temui. 

Bertemu dengan beberapa rakan baru dari pelusuk dunia. Sepanyol. Dari Brazil. Dari Hong Kong dan lain lain. Masing masing dengan misi yang sama. Mencari sesuatu yang ada di muka bumi ini dan menikmatinya sebaik mungkin.

Belum kira rasa sejuk mencengkam sanubari.

Belum kira kasut rosak.

Belum kira tahan lapar seharian.

Belum  kira terpaksa berjalan kaki hari hari.

Banyak la benda.

Anyway, aku puas. Puas hati. Trip kali ni memang benar benar mencabar. Sekurang kurangnya mengajar aku lebih cekal dan tidak berputus harap. Alhamdulillah. Ada juga kebaikan yang terselindung. Ada pengalaman yang di pelajari. Ada pengajaran yang patut di teladani. 

Secara overallnya, Perth dan bumi Australia sendiri memiliki keistimewaan tersendiri. Tapi rasanya lebih elok, kalau drive sebab satu satu tempat tu memang jauh dan agak sulit. Banyak kesukaran. Tapi semuanya telah pun aku harungi walaupun perit dan getir.

* nanges

Anyway. Aku happy. At least, aku seronok ambik gambar di sana sebab memang lawa.

Lawa lah. Susah nak cakap dengan kata kata. Usha je la gambar tu sendiri dan nikmati............ pemberian Tuhan seelok eloknya kita hargai.

Permisi duluk !

Okey kau orang tenung dulu gambar yang aku capap ni.









How?

Inzal tak tempat orang?

8 comments :

  1. oi...asal padang jarak padang tekukur nih.

    mana urang?!

    seronoknye bercuti...

    ReplyDelete
  2. cikdu...berap aongkos????

    bestnyaaaaa..... bg budget bole?? wahahahaa

    nih sorang2 backpack????

    cepat hapdate hahahhaha :)

    selamat hari raya korban

    ReplyDelete
  3. meg..

    kau idup lagi? abg ingat kau dah terkorbanggggggggggg..

    ongkos dan details tu nanti ler.. belum rajin lagi nak menulih

    ReplyDelete
  4. ad alg lah cikdu. meg bz ..... kalah PM mcm ni hahhaha...

    oaky nanti ditunggu yaaaaaaaaaaa...tk pernah sampai australiaaaaaa...asik2 indon sajaork....hiks

    ReplyDelete
  5. pegi la christmas island meg... dekat dah tu

    hehheee

    ReplyDelete
  6. Christmas island ittew di manakah ????? mesti kena gelak tanya soalan nih.....tp sesugguhnyaaa meg idak lah tau hahahhahahaa

    ReplyDelete
  7. dekat old klang road.

    hahahhah

    google la meg oiii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...