Tuesday, November 15, 2011

Kenangan MENGgamit Memori

Apa khabar semua orang?

Ada sihat kah adik manis?

Aku dalam proses nak buat entry ke Perth tu tapi aku masih belum di datangi mood rajin.

Banyak benda aku nak story pasal trip ke Perth tu. Banyak kenangan menggamit memori pasal trip ke sana tempoh hari. Korang tau tak, dek kerana sejuk di sana aku tak keluar berjalan pakai short pun. Sebab aku biasa balik malam. Kalau siang memang tahan lagi pakai short, tapi bila dah menjelang malam. Mengigil kepala lutut.

Dan aku bawak sehelai je jeans !

Bayangkan aku pakai jeans tu selama 6 hari.

Hahahaha. Busuk tak? Pedulik ! Yang penting bukan orang tahu pun. 

Dekat B&B yang aku stay tu ada je kalau nak buat laundry, tapi kalau buat laundry kan leceh la pulak.

Aku tak shopping mana pun di sana. Mahal. AUD1 = RM3. Air mineral pun AUD3. Kira kira dekat RM10 lah tu.

Fikir dua tiga kali sebelum beli. Sudahnya aku pagi pagi sebelum keluar merayau, aku akan isi botol dengan air masak aku ambik kat B&B. Cukup la perjalanan aku kalau dahaga. Jimat cost. Makan pulak, aku makan sehari sekali je. Pagi dekat B&B tu ada lah breakfast. Roti la apa lah. Tapi aku tak rajin. Cuma aku beli muffin hari tu dekat pasaraya. 4 bijik AUD3. So aku makan sehari sebijik ! Belum kira nak makan nasik. Ada tu ada. Tapi kalau AUD 10 sekali makan dah kira RM30 !

Tak ke koma?

Makan Muffin tu je lah. Tahan la jugaklah. Tapi masalahnya tak kurus pun aku ni. Jalan pun berkilometer hari hari. Cemana tu?

* kesat air mata.

Aku makan buah je la dekat B&B sebelum keluar.

Nak kata shopping sangat tu tak de lah. Aku just beli apa yang orang pesan je. Tapi kali ni aku berjalan orang ofis tau. Masak la sikit. Semua nak mengirim. Paling banyak aku beli FM lah. 

Fridge magnet keji. Harga beza beza. Satu kedai aku pegi AUD6. Pastu pegi kedai lain AUD4. Last sekali aku jumpa paling murah AUD1.99.

Memang aku elak nak shopping, tapi tershopping juga. Aku pegi beg berat 6 kilogram je, balik je jadi 12 kg. Tapi tu la aku bawak bag pack je. Bukan besar mana pun. Terpaksa la sumbat menyumbat.

Tapi aku rasa oke lah. Berjalan tu untuk aku, melawat tempat orang tu yang aku mahu. Beli belah ni, bukan aku sangat so aku belikan untuk orang je lah.

Anyway..... penat di Perth masih tak hilang. Kat sana cuaca masih sejuk juga especially malam. Dan siang dia awal. Pukul 5 dah cerah. Gelap macam biasalah pukul 7. Jalan kat sana tak susah. Sebab CHOGM hari tu ada 2 hari declare public holiday dan semua transport free !

Apa lagi, seharian aku ke hulu ke hilir. Jimat jugak la belanja di situ.

Hari ni layan dulu beberapa keping gambar yang aku dah edit. Gambar gambar ni semua dari South Beach di Fremantile dan juga South Perth. Gigih tak aku cross Swan River tu?

Hahahaha. Naik ferry lah. Tapi cool jugak lah.

Enjoice !











=

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...