Thursday, May 3, 2018

Misi Rebonding 01 - RED by SIROCCO, KL

Lepak santai acara bonding membonding aku dengan Hero.

Masa nak cari cari penginapan, terjumpa hotel ni. Nampak menarik dan chic, ada soft opening time tu jadi peluang keemasan tak kan ku persia siakan !

Ayuh kita lepak santai di Red by Sirocco, Kuala Lumpur.

Hospitality Beyond Possibilities

Tagline dia...

When you see RED, you will think of Energy! Exhilaration! and more often Passion!

Semangat ! Semangat !

Location dia terletak di Jalan Kamunting, KL.

Bersebelahan dengan hotel The Stripes, KL

Masa aku menginap di The Stripe, Kuala Lumpur dulu memang perasan ada bangunan baru di buat kat sebelah dia, tak sangka lah itu hotel dan kunjungan kali ni kiranya lepak kat hotel sebelah dia tu jer.

Bangunan hotel Red by Sirocco bersebelahan dengan The Stripes KL dan warung kopi Cina yang agak glamer

Masa nak booking tu aku usha website dia pastu usha jugak kat agoda, rupanya kat agoda lagi murah. So aku book je lah. Tengok gambar macam menarik pulak. Booking dan check in hari yang sama. 

Dah booking, siap siap kemas kemas dan terus ke KL.

Terus ke Jalan Kamunting yang terletak berdekatan dengan jalan Dang Wangi

Dan kawasan Heritage Row

Kawasan kejiranan yang agak kurang busy compared to Bukit Bintang atau KLCC. Tapi kedai kedai, mall dan tempat makan semua within walking distance jugak ler.

Jalan Kamunting

The Stripes, KL

Bangunan hotel dan entrance Red by Sirocco, KL ni. 

Masih ala ala design cuba mengekalkan ciri ciri heritage row di sini.

Lebih kurang je macam The Stripes sebelah ni. Dia orang tiru meniru ke apa ni?

Kami sampai dah dekat nak petang jugak. Check in pukul 3 pm. Aku malas nak gi awal awal takut bilik tak available. 

Sampai kat depan hotel, check parking, mamat hotel tu cakap kena pusing belakang bangunan dan masuk parking arah sana.

Gigih buat pusingan ke belakang hotel. 

Pastu nampak entrance parking macam ni.

Tertunggu tunggu gak sampai la mamat jaga parking datang dan bukak pintu besi tu. Dia suh masuk kereta ke dalam tu. Rupanya parking dia macam parking kat Jepun. Kereta di bawa ke atas dengan lif dan auto parked.

Sempat aku snap dari bawah tempat parking tu.

Terkesima jugak la sebab tak pernah experience parking macam ni. Dan rasanya kat Malaysia pun tak banyak parking jenis macam ni. Yang penting parking free je untuk tetamu hotel. 

Ni mesin parking. Boleh tengok monitor pergerakan kereta kita di bawa ke mana. 

Dan masa nak ambik pun sama, dengan kad yang ada, masukkan dalam machine tu dan tekan butang yang sepatutnya dan tunggu kereta kita di bawa turun dengan jayanya !

Phewwww ! Awal awal impression, aku suka hotel ni !

Dah park tu pegi ke lobby di level bawah tu.

Level bawah

Ada ruang menunggu.

Artwork

Tapi lobby ni bukan lobby check in. Reception desk terletak di tingkat 11.

Lif naik ke atas. Nampak tak dia tulis Diva Floor tu? Hah ! Tu salah satu yang menarik yang ada di hotel ni.

Sampai kat tingkat 11 baru la ruang lobby dengan reception desk untuk check in......... 

Melangkah lah dengan yakin ke lobby di tingkat 11dan cas cas diva.

Red. Sesuai dengan tema dan namanya

Kerusi menunggu

Lawa gak kan

Ada facilities untuk guna komputer

Ruang menunggu

Reception desk terselit kat sebelah kiri sana

Urusan check in tak lama tapi receptionist memang tak friendly. Masa check out boleh dia orang bantai borak sesama dia orang dan tak layan aku. Macam tongong je aku berdiri depan kaunter tu tapi dia orang buat tak tahu. Dah lah buat keje slow !

Tapi maybe sebab masih baru kot, jadi aku maafkan !

At RED by Sirocco, we redefine the modern-day hotel stay with our 143 rooms by putting in mind the vitality and well-being of our guests. Whether it is for work or city vacation, there is no compromisation when it comes to our guests’ experience. 

Our hospitality culture is about restoring the passion and injecting joy into your stay, allowing you to forget about the day’s worries and stress. Hence, when you check-in to Red Hotel Kuala Lumpur, do yourself a favour by letting yourself go and relax….

Sebelum usha bilik dia, usha dulu view dari hotel ni......

Heritage Row, Sheraton Imperials KL dan Jalan Raja Laut

Pertama Kompleks dan SOGO 

Jalan Dang Wangi

Menara KL

Bukit Nanas

Bukit Bintang

KLCC

Twin Towers

Kg Baru

Whenever we plan to be away from the comfort of our home, we have a list of to do’s, which becomes like a task, such as to find a place to stay, best local dining places, ‘where-to-go’ entertainment spots and so on, just to ensure that everything goes smoothly and hassle-free. Thus, at Red by Sirocco, we have 101 reasons for you to stay with us as it is our utmost priority that you enjoy every of your moment here – we have our Signature Red Sky Swimming Pool, all-day dining facilities, gym, spa, Sky Grand Ballroom, meeting facilities and more to complement your stay.

Facility wise banyaknya terletak di tingkat 25. Tingkat paling tinggi.

Salah satu sebab aku nak usha hotel ni adalah sebab pool dia yang kaler merah ! 

Seingat aku, aku cuma pernah tengok pool kaler merah di Koh Samui. Now dah ada kat KL. Excited nak berenang riang nanti. Dah siap bawak goggle dan swimming trunk !

Haram !

Pool dia tak siap lagi !

Aku rasa tertipu. Dalam website tak cakap pun pool dia belum di buka ke apa.. Cis !

Ada mamat mamat indo tengah sibuk menukang nukang lagi. Mesti dia orang gelakkan yang kecewa pool tak siap.

Hilang salah satu aktiviti yang dah di rancang. Nasib baik gak cuaca mendung nak hujan je. Tapi serious aku kecewa ! Expectation aku tinggi.

Dan sememangnya hotel ni masih belum siap sepenuhnya. Baru soft launch dan banyak lagi yang tak ready. Kat roof top tu patutnya ada cafe. Kat lobby pun restaurant belum di bukak lagi. So memang masa aku check in ni harga bilik tak de breakfast.

Kalau nak compared facility wise dia, better stay kat The Stripes KL sebelah dia tu je.

Gym dia pun macam tak bermaya je rasa nak guna

Gugur semangat yang membara semua tu.

Now usha Grand Sky Ballroom dia di tingkat 24 yang macam dah siap.




Tapi macam tak berapa siap ya jugak. Macam tak grand mana.

There will be times when we look forward to getting away with our family or friends or even just for some quality ‘me’ time for inspirations. Located in the heart of Malaysia’s most happening and vibrant city – Kuala Lumpur, we are tucked in the old KL charm neighbourhood, along the stretch of Heritage Row where we are away from the bustling traffics and nearby to art galleries, local eateries, nightlife scenes and more. 

At Red by Sirocco, we mastermind inspirational stay that allows you to discover, develop and realising dreams.

Macam tak tercapai je hajat aku ke sini. Aku ready tapi hotel tak berapa ready lagi nak menerima tetamu macam aku ( yang banyak komplen ).... 

Red by Sirocco ni rasanya under local hospitality and hotel services company dan ini adalah property pertama mereka. Dan company yang sama jugak yang akan membangunkan M101 Skywheel designed by Porsche kat KL nanti !

Nanti tengok bilik penginapannya pulak di Red by Sirocco KL ni.

bersambung...................... 

6 comments :

  1. Nice... tertiba rasa rindu plak ngan KL.. haha... anyway, salam kenal.. 1st time dtg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rindu jenguk jenguk la selalu.
      pintu kl tak berkunci...

      Delete
  2. mudah sistem parking mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... cuma mcm cuak je tengok kereta sendiri kena angkut

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...