Monday, May 14, 2018

CANTIN, Paradigm Mall

Sebut saja kantin pastinya mengamit kenangan silam sebagai antara port lepak zaman sekolah paling best !

Setuju tak?

Bila dah tua ni rindu lak nak lepak lepak kat kantin macam dulu. Tapi kalau nak gi sekolah sekadar nak melepak, silap silap makcik kantin baling selipar halau. 

Sekarang ada port namanya Cantin !

Memang nama kantin tapi rupa tak de lah macam kantin sekolah. So for the sake of nak makan kat kantin. Ayuh !

Ada satu outlet nya di Paradigm Mall, PJ

Dan Cantin ni bukak dari siang sampai ke malam !


Cantin ni sesuai untuk makan tak berat, simple lite lite dan mur mur. 

A delightful restaurant that serves heart warming Malaysian food. Whether it's for a quick lunch bite or a gathering of friends, Cantin's your best pick!

Terletak di lower ground floor, Paradigm Mall. 

Usha dulu setting cafenya..................





Deko dia lain macam....

Dapatkan seat dulu.

Rustic dan ala ala kayu kayu




Nak makan apa? Usha menu..............

Cantin serves a variety of local delicacies such as chicken chop, curry mee, and nasi lemak ayam berempah.








Konsep layan diri. Order ikut citarasa dan naluri sendiri.

Minuman datang

OR order butter chicked

As usual aku tekak antarabangsa... Chicken Chop untuk hidangan.

Apparently chicken chop dia sedap ! Buttered chicken pun not bad. Tapi sebenarnya kita orang tak de lah lapar sangat just nak munch munch.


Tapi boleh di kunjungi kalau nak cuba cuba merasai makan di sini............... tapi feeling macam makan kat kantin sekolah tu memang tak de lah sebab service very the S E L O W !! Padahal ramai je staff mereka.

Aku siap boleh lari gi hisap rokok, OR siap boleh gi pharmacy dan balik semula... ikut turn one by one tu tapi makanan tetap tak kunjung tiba. Padahal tak de la ramai pelanggan pun.

Kalau kantin sekolah dulu slow slow service macam ni dah lama makcik kantin kena racun dengan budak budak sekolah !

Tapi this one boleh cuba. Hopefully servis dipertingkatkan !

CANTIN
Lot 48, Level LG
Paradign Mall, Kelana Jaya
PJ

Mereka ada outlet di Paradigm Mall dan MidValley !
Open : 10 am - 10 pm

fb : CantinMalaysia/

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...