Thursday, January 5, 2017

Jom Makan : Mozer's, Subang Parade

Jom cuba cuba makan di Mozer's, Subang Parade !

Mozers, Subang Parade

Aku sebenarnya tak tau sangat pasal resto ni. Tapi selalu pegi Subang Parade adalah nampak sebab dia dah ganti Swensen's kat situ.

So ada satu hari, keluar dinner dengan OR je so kami terjah makan di sini.

Jom lah ikut kalau mahu !

Kedai nampak luas dan cozy

Boleh duduk di luar atau kat dalam

Agak ramai pelanggan time tu. Maybe memang waktu makan malam

Kami datang dan di beri seat. Kami duduk di bahagian luar sebab senanga ku nak merokok.

Duduk dan di beri buku menu oleh pelayan.

Buku menu

Menunya Middle Eastern food

Nasi arab dan sewaktu dengannya

Minuman dan desserts

Antara desserts yang ada

Sebab dah duduk so kami order je la apa yang patut. Tak sangka pulak makanan arab sebenarnya. Tapi menu dia ada jugak local dan western.

Jom tengok apa kami order.

Sediakan meja dulu

Air lemon tea dan air buah untuk OR

Aku order Chicken Shawarma

OR order Lamb Mandy

Service agak slow jugak. Lama menunggu makanan tiba.

Makan. Borak borak. Makan lagi. Cuba abiskan makanan. Cuba telan. Cuba lagi dan lagi dan lagi.

Hanya ini yang termampu.............

Makanan tak berapa kena dengan selera. Ke kami kenyang?

Order pulak desserts yang tak berapa sedap ni.

Overall, food biasa biasa je bagi aku. Tapi tengok orang macam ramai so maybe makanan lain ada yang sedap juga. Boleh lah datang mencuba.

Tapi aku puji pekerja dia. 

Kos makanan RM 81. Aku dah bayar. Waiter tu ulang alik tengok hidangan kami yang tak abis tu.

"Sir.. you finish?"
"Yes"

Dia berdiri lagi. Nak angkat pinggan bawak lari.

"You want to take out this food?"
"No"

Pasrah ! Mesti dia tau makanan tu tak sedap. Nampak dia yang terlebih kecewa. Aku tak rasa lah tak sedap sangat cuma mungkin agak kenyang jugak la tu yang tak berjaya abiskan.

Pastu kami terus blah. Nak masuk kereta tetiba ada orang berlari kejar dari belakang.

"Sir.. Your balance"

Aku lupa nak ambik balance dari duit RM 100 yang aku bagi masa bayar. Terharu kejap rasa walaupun aku tak kisah pun tapi effort dia datang sampai ke kereta aku aku puji menggunung tinggi.

Aku ambik resit dan bagi dia simpan yang selebihnya.

Terima kasih !



Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

Mozer's Subang Parade  

MOZER'S Restaurant
585, Jalan Kemajuan
Subang Parade
47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Phone: +60 3-5612 4766

FB : Mozers SP

Selamat mencuba !

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...