Tuesday, January 24, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 14 | Day 05 : Nugget Point - Te Anau

Selepas singgah di Tunnel Beach, kami bergerak meninggalkan bandar Dunedin.

Kali ni untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu Nugget Point Lighthouse. Seperti yang di rencanakan malam ni kami akan bermalam di Te Anau !

Jadi perjalanan kami hari ni dari Dunedin, singgah di Nugget Point dan ke Te Anau.

Cuaca masih mendung sewaktu kami meninggalkan Dunedin

Seawal perjalanan masing masing senyap je. Maybe faktor cuaca mempengaruhi mood kami tersendiri. 

Aku perasan IH pun menguap nguap. Kesian dia tanda dia mengantuk. Since kami bergerak di South Island ni, memang dia je yang asyik drive. Aku bukan tak nak drive tapi mata aku ni membataskan perjalanan. Kalau siang siang ni OK lagi, malam memang aku surrender.

Tapi kesian tengok IH, aku offer diri untuk drive !

"Yes... selepas beberapa hari road trip ni baru kau nak memandu Meng? Selama ni kau buat apa?"

Begitu seolah olah suara Barbara mencemuh !!

"Boleh ke?"

IH tanya.

"Boleh la slow slow....." 

Dan aku menyakinkan. Aku sendiri sebenarnya antara pasti dengan tidak jer. Bukan takut apa, takut slow aku bawak nanti di cerca seisi masyarakat. Maklum lah mata dah seasoned !

OK ! Bersiap sedia. Tali pinggang

siap !!!

Pastikan tukar ke seat driver dan masuk dengan penuh sopan.

Beri salam kat kambing kambing di tepi jalan.

"Assalamualaikum............"

Mintak izin !

Duduk dengan tenang. Selaraskan tempat duduk mengikut keselesaan. Tentukan kedudukan tangan (stering sama betul dengan nadi ). Selaraskan cermin sisi sebelah kanan dan kiri..serta cermin pandang belakang.

Baca Bismillah..................

"Kau OK ke tak ni?"
"Eh Okey"

Vrommmmmmmmmmmmmmmm !!!

Terus je kereta bergerak. Padahal terkejut IH tegur !

So slow slow aku bawak kereta membelah lebuhraya menuju ke destinasi seterusnya.

Nasib lah cuaca tak hujan. Cuma mendung je

Drive tak lama lepas tu usha co pilot aku IH dah pun lena ! Toleh belakang, BW pun sama. Ah.. memang tak berteman la aku jawabnya. Tak pe kasik can dia orang berehat.

Layan pemandangan sambil drive sendiri

Bosan jugak lah kalau sorang sorang ni. Layan menyanyi dah abis tak tau nak nyanyi lagu apa. Nak tak nak terpaksa lah layan Barbara.

Dia kembali bertugas sebab internet kadang kadang tak dapat so terpaksa guna khidmat beliau. Dia macam ala ala masih merajuk agaknya dengan aku lepas kena hamun pagi tadi.

"Bra.........................."

* begitu panggilan penuh manja.

Di saat saat begini, hanya Bra je yang ada menemani. Temani lah abam. Usahlah Bra berjauh hati. Buang yang keruh ambil lah yang jernih. Maafkan abam kalau melukai hati Bra. Abang tak sengaja. Kadang kadang amarah mengatasi segalanya !

Tapi jauh di sudut hati abam... Bra tetap menawan........ !

* matilah kena jerut dengan tali coli

Barbara diam membisu. Sebab jalan terus je dia pun tak banyak cakap. Masih merajuk agaknya.

Cuaca mendung mendung begini buat hati berkecamuk. Lagi lagi kalau Barbara pun seolah olah berjauh hati !

"Come on Bra.. Sudah la tu... Aint no sunshine without you........... !"

Gitu !



Ain't no sunshine when she's gone
It's not warm when she's away.
Ain't no sunshine when she's gone
And she's always gone too long
Anytime she goes away.

Wonder this time where she's gone
Wonder if she's gone to stay
Ain't no sunshine when she's gone
And this house just ain't no home
Anytime she goes away.

And I know, I know, I know, I know,
I know, I know, I know, I know, I know,
I know, I know, I know, I know, I know,
I know, I know, I know, I know, I know,
I know, I know, I know, I know, I know,
I know, I know,
Hey, I oughtta leave young thing alone
But ain't no sunshine when she's gone

Ain't no sunshine when she's gone
Only darkness every day.
Ain't no sunshine when she's gone
And this house just ain't no home
Anytime she goes away.
Anytime she goes away.
Anytime she goes away.
Anytime she goes away.

View di perjalanan

Melintasi pekan Balclutha

Perjalanan dari Dunedin ke Nugget Point Lighthouse sejauh 110 KM dan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. 

Kondisi jalan agak tak berapa elok jadi kena berhati hati memandu. Tambah lagi cuaca memang sendu sepanjang jalan.

Tak lama lepas tu, kami sampai di pinggir pantai. Ambik masa untuk singgah di Kaka Point untuk regang regangkan urat dan toilet break.

Kaka Point

Kaka Point is a small settlement at the northern edge of The Catlins, an area of the southern South Island of New Zealand. It is located 14 km south of Balclutha and 8 km north of the headland of Nugget Point. It has a seasonally fluctuating population, and there are numerous cribs (holiday homes) at the settlement. It has a permanent population of about 150. The settlement's best known resident was Māori poet Hone Tuwhare, who lived in Kaka Point for many years until his death in 2008. Kaka Point is named for the New Zealand kākā bird, whose signature call is "ka-aa." 

There is a restaurant, a motel, bed and breakfasts and a camping ground in Kaka Point.

Layan pantai di Kaka Point jap.

Pantai di Kaka Point

Cuaca mendung dan angin memang kuat

Kalau cuaca cerah agak menarik jugak lah kawasan ni.

Perjalanan di teruskan lagi. Kali ni dari laluan jalan yang berturap bertukar menjadi laluan tanah merah. Agak scary sampai part ni tapi kami yakin yang kami berada di laluan yang betul.

Pemandangan di kawasan Kaka Point menuju ke arah Nugget Point Lighthouse

Dari Kaka Point, kami bergerak lebih kurang 9 KM lagi sebelum melintai kawasan berbukit di tebing laut. Jalan memang agak scary dan memang kena berhati hati.

Berkat drive slow slow akhirnya kami sampai juga.

Kawasan parking di hujung jalan

Pemandangan yang gelap dan kelam dengan awan mendung

Welcome to Nugget Point

Tapi belum sampai lagi kat tempat yang kami nak pegi

Masa tu dekat parking kereta tu tak de kereta lain pun. So kami je yang sampai.

Kat situ ada toilet di sediakan. Dan dari parking tu kena menapak ke atas bukit untuk ke arah Nugget Point Lighthouse.

Tak jauh dari tempat parking tu ada lookout point. Kami ke sana dulu

Dan usha kawasan. Nampak tebing dan laut di sebelah bawah. Ombak begitu kuat memecah batu batu di tepian

Pemandangan ke arah Kaka Point tempat kami datang tadi

Untuk sampai ke Light House dan melihat Nugget Point tersebut kami masih perlu berjalan dari lookout point tu.  

Ikut track ni. Jangan ikut arah jalan berturap tu !

Dan nanti akan membawa ke laluan menuju terus ke lighthouse di hujung sana

Laluan tu tak de lah steep pun cuma sebab angin kuat so kena berhati hati takut terbang lak. Kalau kurus mungkin lagi lah kot sebab aku yang berat ni pun sesekali goyah di tiup angin pantai yang kuat di sini.

Sepanjang laluan tu, nanti bakal terjumpa beberapa point penting yang sedikit sebanyak memberi maklumat mengenai kawasan Nugget Point ni.

Contohnya ni, dibagitau.. kalau rezeki dan nasib baik boleh nampak anjing laut bermain main di belah bawah tebing sana.

Gambaran pokok pokok di sini tumbuh sejalin disebabkan oleh angin

Lebih kurang 25 minit menapak dari tempat parking tu makanya sampai lah di Nugget Point Lighthouse ni.

Hoyeh hoyeh ! Dah dekat !

Coastline

Laut lepas

Plants of the edge

Roaring Bay sebab bunyi angin mengeluarkan bunyi seperti roaring

Jurang di tebing laut. Jangan cuba cuba lah nak turun ke bawah. Bahaya !

Lighthouse di hujung dengan batu batu bertebaran di laut seolah olah seperti nugget. Chicken nuggets?

Nugget Point is the site of the Nugget Point Lighthouse built in 1869.

Along the coastline you will see an abundance of wildlife including yellow eyed penguins, shags, seals and sea lions to name but a few.

Nugget Point is one of the most distinctive landforms along the Otago coast. It's a steep headland with a lighthouse and a scattering of rocky islets (The Nuggets). A five minute walk takes you to the lighthouse, where you'll enjoy amazing views along the coastline in both directions. If you look down onto the rocks directly below the lighthouse, you'll see fur seals lolling about, playing in rock pools and generally having fun. Bring binoculars for close-up viewing of this breeding colony.

Nugget Point is also home to sea lions, sooty shearwaters, shags, yellow-eyed penguins, spoonbills and a breeding colony of gannets. Occasionally, elephant and leopard seals visit the area. If you watch the water for a while, you might see Hector's dolphins.From Nugget Point it's an easy walk to Roaring Bay, where you can hide and wait for yellow-eyed penguins. 

Early morning or sunset are the best times for viewing.

Nanti dekat lighthouse tu ada lookout point satu lagi. Di sini memang clear nak tengok nugget nugget tu di tepi tebing ni. 

Lighthouse

Viewing deck

View di bawah

Cabaran di sini adalah angin. Memang angin kuat gila dan petang tu dengan cuaca mendung memang buat berdiri di deck viewing tu menjadi satu pengalaman yang mencuak-kan.

Kena hati hati lah di sini.

Tapi view memang magical !

The lighthouse was built from 1869 to 1870 and first lit on 4 July 1870. The tower was constructed from locally quarried stone. The lighting apparatus that was installed had come to New Zealand on the same ship as the lighthouse designer James Balfour in 1863 and was originally intended for the lighthouse at Cape Saunders. With the project on Otago Peninsula experiencing many delays, the lighting apparatus was used at Nugget Point instead.

In 1901 Walter Hutton Champion was the lighthouse keeper along with his wife Alice.

Originally, the lighthouse was powered by an oil burner. In 1949 the oil lamp was replaced with an electric 1000 W lamp powered by a local diesel generator. The generator was replaced in the 1960s by a connection to the mains grid although the original lens for the light remained in place and continued to be used.

Deck


Baik nugget yang banyak banyak ni maupun yang seketul seketul

Bikin perut jadi kelaparan !

Sebab angin kuat agak menganggu. Hari pun dah melewati petang, jadi kami beredar dari situ untuk meneruskan perjalanan.

Jalan patah balik ke tempat parking

Bagi aku Nugget Point dan lighthouse ni cantik tempatnya kalau kena cuaca. Kalau sunrise pun nampak matahari pagi mesti lagi mengujakan. Cuma tempat dia agak jauh sikit dan perjalanan jauh pun semata mata untuk melihat tempat ni saja.

So kalau cuaca tak baik memang sendu je lah jadi nya.

Hari pun dah petang, kami bergerak meninggalkan kawasan Nugget Point Lighthouse ni menuju kembali ke Kaka Point dan Balclutha sebelum masuk highway untuk ke Te Anau.

Cuaca masih mendung dan hujan

Tapi tak jauh dari situ, tak lama tu tetiba nampak cahaya matahari mula kelihatan.

Sinaran !

Senja bakal menjelang

Sekali lagi kami singgah di pantai di Kaka Point

Ingat nak berhenti makan sebab kami belum makan lagi bekalan yang di bawa hari ni. Tapi cuaca kat luar sejuk tak menahan

Last sekali makan dalam kereta jer

Sambil layan sunset petang tu

Perut masing masing dah kenyang. IH ambik tugas memandu semula sebab hari dah gelap nak malam. Aku memang tak nampak nak drive memalam ni.

Singgah lagi sebab nampak sunset yang padu 

Dengan awan kemerah merahan

Dan begitulah kawasan Nugget Point Lighthouse kami tinggalkan.

Perjalanan berterusan merentasi State Highway 94. Jarak perjalanan sejauh 3 jam dengan 238 KM sebelum sampai ke Te Anau.

Sepanjang jalan agak mencabar sebab gelap. Memang kena memandu berhati hati. Singgah dua tiga tempat untuk toilet break. Kebanyakkan kedai kedai tutup awal di kawasan terpencil macam ni di NZ ni. Kami cuma sempat isi minyak je di perjalanan. Kena pastikan jugak minyak penuh sebab esok awal pagi kami dah nak bergerak dari Te Anau ke Milford Sound. Perjalanan yang jugak bakal tak banyak penempatan mahupun station minyak jadi kena isi siap siap malam ni.

Agak lewat jugak la akhirnya kami tiba di Te Anau dan hujan menyambut kehadiran kami di situ.

Penginapan di Te Anau. Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park

Tapi bilik penginapan memang best.

Dua room dengan kitchen dan living area. Toilet pun besar dan selesa.

Sebab perjalanan hari ni agak jauh dan ada trekking jugak kat Nugget Point tadi walaupun tak jauh, jadi masing masing terasa seolah olah kebusukan melanda diri jadi semua ambik masa mandi.

Dan malam tu aku lena paling awal. Mengantuk semacam je rasa.

End of Day 05. Esok perjalanan yang bakal lebih mengujakan !

bersambung.............................

8 comments :

  1. Replies
    1. tu lah kalau buleh semua gambo nak di selit.. tapi tak boleh.

      Delete
  2. Terer ah sambil memandu sambil amik gambo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang berhenti toilet break. ada yang bosan so drive slow2... jalan tak jem tak pe buleh stop sesuka hati.

      Delete
  3. Hebat abam..sambil drive pun leh amik gambo lawo..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...