Saturday, June 11, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 05 - Madinah : Masjid Nabawi

Posa ke tidak tu? Apsal mulut berminyak?

Dah abis kisah penginapan, makan serta shopping sewaktu umrah. Hari ni kita fokus pada Madinah since itu lah destinasi aku yang terdulu sebelum aku berangkat ke Mekah.

Lazimnya kalau jemaah ke tanah suci, mereka akan mengerjakan umrah di Mekah dan akan singgah untuk ziarah di Madinah. Apa yang ada di Madinah?

Jawapannya sudah tentu lah Masjid Nabawi atau pun Masjid Nabi !


Masjid Nabawi di Madinah

Masjid Nabawi di Madinah. 

Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:

(Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa).

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

(Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku).

sumber

Kawasan masjid Nabawi

Masjid al-Nabawi (Bahasa Arab: المسجد النبوي‎ al-Masjid al-Nabawī), disebut "Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.

Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.

Kini terdapat 2 kubah utama dengan 10 menara di masjid ini dengan ketinggian setinggi 105 meter. Kapasiti jemaah di anggarkan seramai 600,000 orang pada satu satu masa dan mencecah hingga sejuta orang sepanjang musim haji.

Green Dome  atau kubah berwarna hijau adalah makam Rasulullah dan kubah putih adalah kawasan mimbar. Kubah hijau asalnya adalah rumah tempat tinggal Siti Aishah R.A. Ruang di antaranya itu lah raudah.

Kawasan asalnya adalah bersebelahan dengan rumah Nabi Muhammad S.A.W.

Kawasan masjid ini telah di pilih oleh unta Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Qaswa untuk di dirikan masjid.

Nabi Muhammad S.A.W telah membeli tanah ini dan mengambil masa selama 7 bulan untuk mendirikan tapak asal masjidnya

Bangunan asalnya di buat daripada tanah liat dan daun kelapa dengan bumbung yang di sokong oleh batang kelapa. Tiga pintu masjid itu ialah Bab-al-Rahmah di selatan, Bab-al Jibril di sebelah barat dan Babal-Nisa ke timur.

Pandangan pertama aku sewaktu melihat masjid nabi ini adalah sewaktu dalam bas masa mula sampai di kota Madinah. Waktu tu masih awal pagi tapi cahaya dari kawasan masjid Nabawi ini memancar menerangi kawasan dan suasana malam.

Sebaik saja sampai di hotel penginapan, bersiap sedia dan azan pun berkumandang. Bergegas dari itu, aku terus turun dan masuk ke gate masjid ni dan sempat solat subuh di sini.

 
Pandangan pertama Masjid Nabawi sewaktu pertama kali aku jejakkan kaki di Madinah ni. Rasa sayu waktu ni sebab tak sangka aku berjaya jejakkan kaki ke sini akhirnya.

Layan gambar gambar sekitar masjid Nabawi ni dengan beberapa fakta menarik mengenainya.


Masjid Nabi ini merupakan tempat pertama di Semenanjung Arab yang mempunyai kuasa elektrik sewaktu pemerintahan Uthmaniyyah dan Masjid Nabi ini pernah musnah dalam kebakaran


Saiz masjid sekarang adalah 100 kali ganda daripada masjid asal.


Sebelum ini tidak terdapat kubah pada binaan masjid ini

Warna asal kubah ini adalah purple !

Masjid ini mempunyai 3 mihrab

Kebanyakkan artifak sejarah peninggalan nabi dari sini ada di Turkey ( Istana Topkapi)

 
Binaan dan tiang tiangnya menyimpan 1001 rahsia serta kod tersendiri

Kawasan hadapan masjid ni memang agak kecik dan ruang solat pun terhad. Memang ramai yang datang nak solat ke sini. Nasihat aku kena datang awal lah dan kena bersesak sesak sikit. Lagipun kawasan hadapan ni adalah laluan untuk ziarah Makam Nabi. So memang ramai orang.

Usha kawasan dan bahagian bahagian dalam Masjid Nabawi ini.

Masjid ini mengandungi beberapa bahagian dan dewan solat serta ruang ibadat

Bahagian utama adalah bahagian hadapan yang menempatkan struktur asal ...

Makam nabi dan para sahabat...

Serta kawasan yang di kenali sebagai Raudhah

Senibina dalamannya

Terdapat kawasan mihrab Imam di sini


Lampu

Di bahagian yang ke dua adalah bahagian yang dibesarkan dari binaan asal dengan senibina yang lebih modern dan ruang yang lebih luas. Bahagian ni lah aku prefer nak solat. Tapi walaupun masjid ni dah luas, orang tetap ramai dan penuh. Sebab tu aku lebih suka solat belakang tiang sebab ramai orang lalu lalang kalau terbuka di depan.

Kawasan dalam ni ada rasa aircond dan teduh suasananya. Dan bagi aku masjid Nabawi ni memang cantik dan aku rasa antara yang paling cantik yang pernah aku tengok.

Binaan dan struktur


Kubah tengah dari belah dalam masjid

Senibina yang mengkagumkan

Ruang solat yang lebih luas

Dan bahagian ketiga yang merupakan anjungan dan kawasan perkarangan masjid yang dilitupi dengan payung gergasi.

Dengan suhu Madinah yang mencecah 49 darjah Celsius setiap hari, pembinaan payung hidraulik merupakan jalan penyelesaian terbaik melindungi lantai marmar daripada cahaya matahari yang terik.

Mahmoud Bodo Rasch, 70, merupakan individu penting dalam pembinaan payung hidraulik gergasi tersebut. Terkenal dengan gelaran Arkitek Allah, Mahmoud berasal dari Jerman ini juga terlibat dalam beberapa projek besar di Mekah dan Madinah antaranya, menara jam Abraj Al Bait, rekaan khemah kalis api di Mina dan rekaan bahagian mimbar Masjidil haram.

Beliau yang memeluk agama Islam sejak 30 tahun lalu itu mula menyumbang idea untuk membuat payung gergasi yang mudah dilipat pada tahun 1992.

Sebanyak 250 payung hidraulik setinggi 20 meter dipasang di pekarangan Masjid Nabawi yang meliputi keluasan kira-kira 150,000 meter persegi.

Sumber : Kosmo

Yang dipenuhi dengan payung payung gergasi di perkarangan masjid

Payung gergasi di tengah tengah ruang legar masjid

Dikhabarkan kos setiap payung gergasi ini adalah sebanyak USD 700,000. 

Apabila payung itu mula dibuka pada setiap pagi, ia kelihatan seperti bunga yang sedang berkembang. Ia juga telah diprogramkan untuk dibuka dan ditutup mengikut urutan agar pergerakan bukaan payung tidak bertembung.

Bahagian luar ni kalau siang panas jugak. Pastikan bawak sejadah sendiri kalau nak solat di sini.

Di dalam Masjid Nabawi terdapat satu kawasan yang digelar Raudhah, iaitu satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. 

Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga berdasarkan hadis Nabi.

“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”

Raudhah

Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya. Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’. 

Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau

Kawasan lain karpet merah

Aku sempat 2 kali masuk Raudhah ni. Dua dua waktu sebelum asar. Alhamdulillah mudah je. Cuba lah. 

Memang kena beratur dan tunggu giliran, tapi manfaatkan masa beratur dengan membaca Quran. Dalam tu jangan la berlama lama sebab ruang dia sempit dan ramai orang. Cukup lah berdoa dan mohon dikabulkan segala hajat.

Beratur nak masuk Raudhah

Selipar aku tercicir sekali dalam ni. Nak patah balik memang tak dapat la sebab orang bertolak tolak nak masuk. Dapat berdiri pun dah kira beruntung dalam Raudhah ni. Aku sempat solat fardhu dalam kawasan ni. Punya lah siksa.. sebab orang rapat rapat, bangun dari sujud sedar sedar kepala masuk dalam jubah orang depan !

Ahaks...

Masjid Nabawi ini bakal ditingkatkan lagi dengan projek bernilai USD 6 billion bakal menjadikan masjid ini mampu untuk menampung lebih 1.6 juta orang pada satu satu masa.

Masjid Nabawi

Kawasan masjid Nabawi

Tempat wuduk dan tandas di basement

Senja

Sepanjang aku ulang alik dan bersolat di Masjid Nabawi ni, ada beberapa benda yang berlaku.

01. Aku solat sebelah lelaki yang sungguh wangi dan aku rasa very good looking dan kaya. Tak tau cemana nak desrcibe. Rasa macam Raja pun ade. Sebelah kiri aku sorang pakcik tua yang tak larat dan nampak susah. Yang kaya tu solat tak henti henti. Yang pakcik tua tu mengaji. Aku tengah tengah. Tak tau cemana dia orang berinteraksi. Sedar sedar pakcik kaya tu terus salam dan di sambut pakcik tua tu. Aku rasa pakcik kaya bagi pakcik tua tu duit.

Aku? Hampeh. Tak dapat apa apa. Kejadian tu sangat pantas dan sangat musykil bagi aku. Maybe Tuhan nak suruh aku lebih bersyukur !

02. Pakcik ni menangis dalam masjid. Anak dia tak leh nak digest. Takut tengok bapak dia teresak esak.

Bapak dia tengah menangis sambil berdoa

Dan scene palcik tu terangkan kat anak dia kenapa dia menangis. Lepas tu anak dia lak hiba.  

Adegan ni buat aku sebak rindukan Hero dan orang orang yang aku sayang !

03. Ada sekor kucing ni, dia suka tunggu aku kat tong air zam zam. Lepas abis solat, biasa aku cari tong ni untuk minum dan dia mesti ada. Dan dia tak nak jilat air kat marmar. Dia tunggu aku letak dalam cawan dan bagi dia. Baru dia minum. Orang lain kasi dia tak nak ! Dan dia selalu ada di tempat yang berbeza bilamana saja aku nak minum air zam zam ni. Maybe petanda aku patut lebih bersedekah kot !

Tong tong air zam zam di sediakan di Masjid Nabawi

04. Kadang kadang kat masjid ni ada orang yang suka share perfume dia dan selet kat tangan kita. Ada satu kali, pakcik ni selet perfume dia kat tangan aku.. bau nya wangi sampai aku rasa berhari hari. Tak hilang ! Tak tau nak describe cemana tapi melekat bau dia dekat hidung aku.

05. Ada satu kali aku nampak sorang lelaki tua berjalan dan ramai gila orang follow dan pimpin dia. Aku tunduk sambung baca Quran, pastu aku dongak balik nak tengok semula, semua orang tu dah tak der. Hilang ! Padahal tengah tengah kawasan masjid. Wallahuallam.

Alhamdulillah sepanjang masa di Madinah aku tak pernah miss solat fardhu dalam masjid Nabawi ni

Dan saat terakhir aku buat ziarah Wida iaitu ziarah makam Rasulullah SAW sebagai tanda perpisahan, Hati jadi sayu gila. Sayu sebab dah jauh dari Nabi.

Selama aku berada di bumi Madinah ini, yang terasa hanyalah ketenangan jiwa. Tenang kerana merasa begitu dekat dengan Allah dan kekasihNya. Tenang kerana dapat merasakan langsung dan melihat dengan mata kepala sendiri bukti-bukti perjuangan dan kecintaan Rasulullah kepada umatnya. Tak pernah aku rasa tenang setenang tenangnya di tempat seperti ini.. Maybe sebab aku solo dan aku tak fikir apa apa pun pasal kerja atau benda lain. Fokus aku hanya untuk mendekatkan diri dan di sini ................. di tempat ini.... aku merasakannya.....

Selawat dan salam untuk Nabi junjungan.



Sollallahu ‘Alaa Muhammad
Sollallahu ‘ Alaih Wasallam
Sollallahu ‘Alaa Muhammad
Sollallahu ‘ Alaih Wasallam

Sollallahu ‘Alaa Muhammad
Sollallahu ‘ Alaih Wasallam
Sollallahu ‘Alaa Muhammad
Sollallahu ‘ Alaih Wasallam

Tola’al Badru ‘Alainaa
Min Thaniyaatil Wadaa’ii
Wajabas Shukru ‘Alainaa
Maa Da’aa Lillaahi Daa”ii

Sollallahu ‘Alaa Muhammad
Sollallahu ‘ Alaih Wasallam
Sollallahu ‘Alaa Muhammad
Sollallahu ‘ Alaih Wasallam

Ayyuhal Mab’uthu Fiinaa
Jiktabil Amril Mutoo’i
Anta Ghauthuuna Jamii’a
Yaa Mujammal Lattibaa’i

Sollallahu ‘Alaa Muhammad
Sollallahu ‘ Alaih Wasallam
Sollallahu ‘Alaa Muhammad
Sollallahu ‘ Alaih Wasallam

Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nuurun Fauqo Nuuri
Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nuurn Fauqo Nuuri

Anta Ikthiiruw Waaghooli
Anta Misbaahus Suduuri
Anta Ikthiiruw Waaghooli
Anta Misbaahus Suduuri

bersambung............................

18 comments :

  1. صلى الله عليه وآله وسلم‎‎

    ReplyDelete
    Replies
    1. صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

      Delete
  2. alhamdulillah.. akhirnya supermeng di jemput menjadi tetamu Allah. Bukan semua orang dapat peluang ni.Ada yang kaya raya pusing seluruh pelusuk dunia tapi belum sampai ke tanah suci ini. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe belum sampai masanya lagi tu...

      insha allah.. nanti semua org dpt pegi dan rasakan pengalaman buat umrah sendiri..

      Delete
  3. Insya Allah will there soon. Cepat habiskan tulis ur umrah trip I wanna read!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait.....

      semoga mendapat umrah yang maqbullah nanti Rara...

      Delete
  4. saya nangis baca nie..terbayang2 masa ustaz yg bwk kami ziarah Makam Nabi SAW..tp x boleh masuk..kat luar makam dia bercerita..berjurai2 airmata masa dia bercerita..gengam pemegang kerusi roda mak sekuat hati..sebak x dpt di gambarkan..Allahu sungguh rindunya suasana disana.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... tengok balik gambar2 ni pun rasa syahdu je...

      alhamdulillah... dah dpt tengok dgn mata sendiri. lain rasanya kalau cuma dpt tengok gambar saja. kena pegi dan rasakan sendiri..

      Delete
  5. Cantiknyaaaa....ghindu lah plak meng oi... 😍

    ReplyDelete
  6. Seronok baca kisah Meng ...

    Terima kasih kerana sudi berkongsi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab sudi baca dan komen.

      as always.. I love ur comment..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...