Thursday, March 5, 2015

Bagan Lalang 2015 - Restoran Senandung Malam

Dan kini, tiba lah highlight yang di nanti nanti kan. Acara yang menjadi medan kemuncak dalam siri lawatan tak berapa nak belajar ke Bagan Lalang ni.

Apa lagi kalau bukan acara makan makan seafood gemukkan diri !

Restoran seafood pilihan kami. Senandung Malam

Sebab Princess macam demam dan dia terjelepuk hina lepas makan ubat, jadi kami selesaikan apa semua yang perlu dilakukan dulu sementara tunggu dia bangkit.

Lepas solat Isyak baru la kami bergerak keluar dari hotel.

Tak jauh mana tapi still naik kereta, sampai sampai je tengok orang penuh berumbu....

Ramainya orang macam ada pesta muda mudi !

Orang memang ramai. 

Nak cari seat pun payah. Tapi nasib kami agak baik jugak la. Berdiri kejap, pose pose kacak walaupun tidak, usha usha garing lebih kurang then nampak ada orang blah.

Jadi kami telah mendapat tempat duduk. Yeah !!!

Semua sedang menunggu makanan

Urusan order mengorder aku serahkan pada orang lain

Okey. Aku jaga anak jer. Nak hisap rokok pun tak boleh sebab duduk di tengah tengah orang ramai.

Pasrah je la menanti.

Tapi sempat aku usha usha jugak.

Tempat order mengorder

Ikan ikanan. OR nak makan ikan. Aku mengiyakan je dengan syarat dia habiskan.. 

Golongan seafood yang ada. Sila pilih dan tentukan jenis lauk yang hendak di masakkan.

Orang memang ramai. Orang kedai tu siap sound, makanan akan dapat lambat.

Apa lagi nak kena buat?

Redha dan pasrah lah. Dah memang datang tempat ramai orang, so kena la bersabar dan bertabah tahap maxima.

Kesian anak aku demam.

Sebab pelekat Cool Fever tu beli satu je, so aku pegi la tanya kat kedai runcit sebelah kedai Senandung Malam ni. Makcik tu boleh buat lawak.

"Benda tu tak der... Mee Goreng ada lah !"

Ahaks. Terkono den.. Pastu makcik tu gelak gelak. Dia kata memang tak de. Kalau nak, kena keluar ke pekan sana. Alaa jauh la pulak. Tak pe lah.. Kesian Princess. Mata kuyu je mabuk ubat. 

Sebab memang diberitahu lambat sampai makanan, jadi kami order sate kat warung sebelah. Apparently satey ni sedap ! Sila cuba !!!

Air je la sampai awal. Order satu jug. Tapi bila makanan sampai air dah jadi tawar hebey !!!

Hero nak ABC... tapi dia ni pelik sikit. Nak ABC tapi tak nak kacang apa semua dalam tu. So aku order ABC kosong namanya... air batu dan sirap semata mata jer... Dah dia nak.. dia abiskan

Dan aku pun sempat layan air kelapa muda. Khas untuk golongan yang muda muda jer... muda ke?

Di kawasan perkarangan kedai ni ada la orang jual jual. Macam macam di jualnya. Dan lagi malam lagi meriah tempat tempat tu.

Dan antara yang di jual adalah... 

Mainan !!!

Dah agak dah kan, aku bakal terkena punya.. Hero OK dia tak mengaruk sebab dia tahu nanti kena marah. Tapi Princess la sebab dia demam so dia punya keinginan pun macam macam., Tu pun dah sound awal awal.

"Adik tak nak makan. Adik dah kenyang. Nanti Adik muntah"

Alasan !  Tapi..

"Adik nak mainan jerr"

* pengsan

Mainan dia beli. Bukan satu tapi 2. Kucing tu dah berapa ekor dah aku beli tapi balik rumah je aku akan cabut battery sebab aku rimas kucing tu mengiau tak tentu pasal. Tapi sebab dia demam, layankan je lah.

Dan.. Oleh sebab dapat mainan. Dia sibuk main.. Terus baik demam !

Ajaib betul. Ubat demam sebenarnya mainan mainan ni. Isk.... Terus segar bugar.

Dan kami menanti dan terus menanti. Satu persatu makanan dibawa keluar so kami main teka teka.

"Okey. Papa dapat rasakan itu kita punya"

Tup tup.. Bukan... Hero dok gelak jer. Dia pun sibuk meneka. Last last yang dia teka tu jugak betul.

Bayangkan kami sampai pukul 9 malam.. Pukul 11.30 malam baru dapat makanan  !!!!

Dipersilakanlah masuk mengadap para makanan mengambil tempat di atas meja...............

Ikan bakar...

Aku tak tau apa rasanya sebab aku tak makan. Tapi OR kata sedap jugak.... Tu waktu belum di bogelkan..

Dah terbogel tanpa uniform..... nampak sedap tapi aku tak jamah pun...

Makanan lain pun tiba. Udang dan Sotong goreng tepung. OK.. Sedap dan lazat... tapi terambik banyak la pulak.

Ayam Goreng Kunyit. Sebab Hero tak suka sangat seafood. Ni untuk dia lah. Tapi masa tu dia dah bad mood sebab mengantuk. So tak nak makan. Dah la portion ayam ni agak banyak.

Bagi menjaga kecantikan.. kena makan sayur juga. Kailan Ikan Masin

Udang Goreng Butter.... Tak banyak pun.. nampak je banyak

Ketam masak cili. Sedap tapi pedas gila !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Highlight of the nite. Kerapu masak masam manis. OR kata sedap. Jarang dia nak puji puji kan makanan ni, tapi kalau dia kata sedap memang sedap lah.

Malangnya ikan dia tak garing. So aku hanya mampu ambik kuah dia jer. Memang berasa lah.. cukup semuanya.. Enak dan lazat ! Kalau ikan tu garing memang aku boleh confirm sedap berganda...

Princess pun beriya riya makan dengan banyak !!! Sebab dah dapat mainan la kot tetiba makan pun berselera.

Habuan malam tu..... Alhamdulillah. Kenyang.. walaupun ada yang tak abis

Budak ni bad mood memula. Tak nak makan.. mengantuk. Pastu rasa satu mulut... last last.. makan sampai kotor tangan tangan.. baru dia tau betapa sedapnya....

Selesai dibelasah oleh kami semua... Kenyang.

Apa lagi yang boleh aku cakap. 

Dari segi makanan memang sedap dan lazat ! Semua lauk adalah sedap. Seafood fresh ! 

Cuma tu la. orang ramai dan terpaksa menunggu lama. Tapi bagi aku berbaloi lah. Lagipun kami tak de tempat lain nak tuju, memang datang nak makan je dan lepas tu boleh balik bilik untuk tidur tiduran.

Harga makanan pun agak murah. Semua semua tu RM 134 ! Not bad !

Recommended. Kalau boleh.. telefon dulu untuk booking. Senang sampai sampai je makanan dah siap.

Pukul 12 lebih jugak kami balik ke bilik. Perut dah kenyang....

Princess pun dah baik demam. Dia lak yang tak tidur dok main mainan mainan dia...

Demam pun dah kebah.. Barbie dia pun dan dan baik demam jugak.. terus terbogel atas katil....

Overall, kami puas hati.

Cuma tu je la yang agak ralat sikit terpaksa menunggu lama tapi memang tempat sedap, orang pasti ramai. So redha je lah !

Buat macam kami jer kalau ke Bagan Lalang makan seafood.. cari penginapan siap siap. Lepas makan boleh terbongkang dengan riang !!!

Alhamdulillah.... tidur malam kekenyangan makan di Senandung Malam di buai angin lesu Bagan Lalang.



Berirama senandung semalam
Ku teringat peristiwa silam
Di mana aku dan si dia
Cinta benar cinta

Kau mencurah apa yang dirasa
Ku dibuai oleh angin senja
Budimu yang seikhlas itu
Akulah kasihmu

Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga pusaramu
Aman bertemunya

Kenangan tinggallah kenangan
Dikau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam

bersambung.................

22 comments :

  1. Bang....kurang kan makan Sea food tu..lebih kan makanan 'darat' hiksss

    Hamooi mak cik tu...mesti dia tahu ni supermeng yg super kelakar tu so nk try test power

    2 jam setengah menunggu...PITAM! mgkin SEDAP itu sbb ramai..nampak perlu pegi lepas maghrib baru dpt mkn lepas isyak

    ReplyDelete
  2. makan kat sini kena ada kesabaran yang tinggi.Menunggu sampai kertu.Tapi sebab tunggu lama makan pun kena lama lama.

    ReplyDelete
  3. makan situ mmg sedap. kedai pilihan kalau nak makan kat bagan lalang. Pernah try kedai lain..tak best.. tp kami paling suka order pepahat masak cili..

    ReplyDelete
  4. kalu x sabar mmg boleh amarah tue tunggu makanan skit nyer lama..hehe. harus lar alas perut dulu kalu nak mai mkn sini..

    ReplyDelete
  5. woh aku slalu makan sini meng, memang berabad nak tunggu makanan. tapi slalu aku mengarah kan seorang dua dari ahli rombongan pi order dulu, kendian baru aku mai mencemar duli, cuci tangan terus makan. Nak makan seafood je pun, tapi strategi macam nak pergi berperang.

    ReplyDelete
  6. Banyaknya makan...heehehe....berbaloi lah tunggu lama kalau memang sedap....orang pernah terkena dahlah tunggu lama dapat ikan rentung pulak tu..rasa nak pelangkung jer tukang masak...

    ReplyDelete
  7. Uishh..blh lapar kenyang dan lapar balik nak tunggu food... adooi... saya kalu ke bagan lalang ni if kena meeting kat seri mesia tu aje la..hehehe... and if p makan2 pon time pukul 6.. x brani nk p mlm.. takot lapar kenyang kenyang lapar dok berdiri lo...he..he...

    ReplyDelete
  8. bagus punya ko punya perancangan..tiba2 aku obses sama mainan princess banyak betul collection dia pau sama daddy cool :p

    ReplyDelete
  9. telan telan air liuq den abam meng tgk menu dia..waduh waduhhh...
    mujur tak mengandung..ahhaha.
    eh mengandung?macam dah kawen je ang ni jemah oiiii..wakakakka

    kedai ni memang peberet orang kot abam meng sebabnya ramai sgt org dok review kedai ni..okeh one day kena cuba..

    ReplyDelete
  10. hadoi lemah lutut nengok seafood senandung malam ni...kalo dekat, lamaaa dah aku terjah nih...ko patut try pari bakar dia....tp lembik laaa, ko tak makan eh...rugiiii!

    ReplyDelete
  11. MKL : alhamdulillah. kejap je demam dia..



    JM : Seafood tu sebulan sekali je. tak de la selalu sgt.

    * mati la tak mengaku....

    sedang usaha nak kurang kurangkan gak la ni. umur pun dah lanjut.


    CC : ya... kena set dlm otak.. akan kena tunggu lama lama.

    jadi rancang aktiviti sampingan yang perlu...

    ReplyDelete
  12. Ida : betul. kedai lain tu ada pernah try jugak tapi tak sedap mcm kedai ni.

    kedai ni paling vavavom kot kat bagan lalang..


    An : betul... x pun bawak tikar.. baring2 dulu sebelah meja.. hiks...



    Farikh : bagus idea kau tu. tapi kalau berbatalion boleh la.

    kalau mcm aku ni 2 kerat je. yang ni la nak orde. yang ni la nak jaga anak..

    x leh pakai modus operandi kau tu

    tapi boleh call jugak kot... order sesiap..

    ReplyDelete
  13. Nasa : kalau ode lupa diri. tapi sebab masing masing ada lauk masing masing so tu yang jadi banyak.

    makan slow slow. abis jugak la. kalau tak tapau je la boleh makan kat rumah.


    Farikica : kalau pukul 6 tu ok lagi kot. kalau dah malam sikit orang dah start membanjiri.. tu yang kena tunggu lama tuh..


    Smile : dia memang antu mainan. mcm mcm mainan dah. penuh dah rumah. tapi tak beli mengamuk.

    tapi aku harap ni phase of life je la. dia besar skit nanti dia ok la kot....


    ReplyDelete
  14. MJ : kalau mengandung dok umah je la. tak payah dtg makan sini kang darah tinggi...

    kedai ni bagi aku memang terbaik...


    DJ : kalau dekat mesti kita pegi selalu kan?

    kalau selalu pegi.. aku rasa dah tak sedap.

    so biar la dia jauh. so buleh pegi sekali sekala jer....

    ReplyDelete
  15. hahahaha abam meng..senget..belum kawen lg..x boleh mengandung dulu..hahahah

    ok nanti boleh terjah

    ReplyDelete
  16. MJ!!! jgn kutuk abam meng tite, nanti tite merajuk baru tau ahaahahhah

    ReplyDelete
  17. hahahahha JM

    alolololo...mana ada tite kutuk abam meng awk..hahahhaha.. tite cakap elok2 je tau :)

    ReplyDelete
  18. boleh cube ni.. pergi bagan lalang nak makan seafood.. tidur terus kat sane.. senang.. dah alang2 nak pergikan..

    ReplyDelete
  19. MJ & JM : jangan kutuk banyak2..

    tersedak time tengah makan..



    Fifi : yezza.. sila cuba ! ada lagi resort2 mampu duduk kat area tu. cuma kena book awal2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...