Friday, February 28, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 15 - BALI | Bye Bye Bali

Ini part terakhir trip Lombok, Gili dan Bali.

Sebelum naik flight dari Bali balik ke KL. Sempat la aku merayap kejap. Memang tak de specific plan dan tak de la macam nak pegi jauh jauh, so aku merayau area Kuta je memula.

Lepas keluar dari Hard Rock Cafe tu pegi ke Pantai Kuta sekali lagi usha orang.

Nak tunggu sunset macam lambat lagi

Usha orang orangan

Punya la ramai orang

Jejaka jejaka Bali melayan perasaan masing masing

Pantai Kuta, Bali

Ada jugak terselit Minah Salleh

Yang duduk bawah bawah payung pun ada

Nak? Kalau kaki bercagu jangan buat malu.

Yang nak bersurfing pun ramai

Then lepak lebih kurang memang macam dah bosan.

Aku keluar tahan teksi. Datang idea nak gi terjah ke satu tempat ni. Tak pasti sempat ke tidak.

Bali

Aku tahan teksi dan minta dia bawak aku ke Jimbaran.

Tapi untuk memastikan sempat balik ke airport, aku interview dulu driver teksi tu.

"Sempat ngga Pak pulang ke Bandara?"
"Pesawatnya jam berapa?"
"10"
"Yah..  punya waktu..."

Kalau dia kata tak sempat memang aku tak ajak. Sebab aku pun tak pasti jauh mana. Dulu pernah sampai Jimbaran tu tapi malam. Kali ni aku nak try pegi tempat ni.

Mana??

Monumen pengeboman Bali.. snap dari dalam teksi

Sebenarnya aku nak ke The Ayana. Salah satu resort di Jimbaran. Bukan aku nak gi duduk situ, tapi aku nak gi usha Rock Bar dia. 

Rock Bar ni memang agak famous la untuk lepak lepak sambil tengok sunset. Dari Kuta ke Jimbaran tak berapa jauh, dan hari tu hari cuti so kereta tak banyak mana. Tak sampai setengah jam aku dah sampai.

"Bapak mau saya tunggu bapak di sini?"
"Hmmm"

Aku pun tak pasti. Fikir fikir balik. OK lah. Tak payah aku nak cari teksi nanti. Lagipun aku cakap aku tak lama.

The Aryani ni kalau tak stay pun boleh masuk especially kalau nak lepak dekat Rock Bar dia tu.

Masuk usha kawasan dulu. Mana yang aku nampak je lah.

Kena naik benda alah ni nak turun ke Rock Bar

Kawasan melepak

Matahari tak turun turun

Sebab macam awal sangat aku naik atas balik. Merayau lagi. Lama pulak nak tunggu sunset tu.

Bila agak agak dan cun, nak turun.

"Maaf Pak.. bisa nunggu..?"
"Huh?"

Ramai pulak yang menunggu.

Memang kena tunggu. Kena queue cukup sebab ramai pulak orang nak turun ke bawah. Ramai ramai kang roboh pulak tempat tu.

Sudahnya.. sampai sudah aku tak dapat turun dah. Layan sunset dari atas je lah. Ramai jugak la yang tak dapat turun.

Cis ! Kecewa

Rock Bar

Last sekali ni je la yang ada

Tengok macam dah nak gelap. 

Cepat cepat aku pegi kat tempat teksi tadi. Aku dah cakap suruh dia matikan engine. Kalau tak naya la meter jalan. Tadi dia charga aku IDR38,000. 

Pastu aku suruh dia hantar ke airport terus tapi gi singgah kat Krisna dekat airport. Kejap je sebab aku tak tau nak beli apa.

Sampai airport dia charge aku IDR80,000 ( dekat RM30).

OK lah. Aku pun nak abiskan Rupiah yang ada. 

Sampai airport agak dungu kejap sebab airport Bali macam dah lain. Dah berobah. 





Check in, then bayar airport tax terus ke boarding room. Kedai masih belum banyak di buka. Jual jual pun atas meja je. Paling tak best, tak de smoking room !

Kentang aku sekejap. Nasib baik ada nampak staircase, aku menyelinap masuk kejap isap rokok kat situ. Hahahaha. Tu pun sebab aku nampak orang keluar masuk. Macam buat jahat lak tunggu guard tak de baru berani pegi.

Pastu terngendap ngendap takut guard datang.

Masuk flight.. doze off. Sedar sedar dah nak mendarat.

Ahirnya selamat mendarat di LCCT pukul 1 pagi. OR menunggu dengan air kopi Tongkat Ali dengan bihun goreng sebab aku cakap sebelum naik flight tu aku kelaparan. Aku makan dalam kereta. 

Laparrrrrr...

Anak anak aku ikut, tapi membuta kat belakang.... Dia orang sedar dah sampai rumah balik semula. Tu pun berdukung masuk rumah.

Apa apa pun secara overallnya aku agak puas hati dengan trip kali ni especially dapat ke Lombok. Gili tu kalau first timer OK je nak pegi.... Bali as usual, terpulang pada keinginan masing masing. Mana mana pun destinasi, yang penting, happy ! 

“Some cause happiness wherever they go; others whenever they go.” -- Oscar Wilde

So, just go !

Apa lagi?? Ayuh la bergoyang Bali !



hey..goyang bali,goyang bali lirik matanya.
goyang pinggulnya,sungguh asyiknya,aku terpesona.
hey..hey..hey goyang bali,goyang bali,menari bali.
lupakan semua,cerita lama,hapus duka lara.

lena aku lena,ikut irama ho suka-suka.
mari bergembira bersukaria,ho..goyang bali.
hey goyang bali,penari bali lirik matanya.
goyang pinggulnya,sungguh asyiknya,aku terpesona.

hey..goyang bali,goyang bali lirik matanya.
goyang pinggulnya,sungguh asyiknya,aku terpesona.
hey..hey..hey goyang bali,goyang bali,menari bali.
lupakan semua,cerita lama,hapus duka lara.
lena aku lena,ikut irama ho suka-suka.
mari bergembira bersukaria,ho..goyang bali.

hey..hey..hey goyang bali.menari bali,lirik matanya.
goyang pinggulnya,sungguh asyiknya,aku terpesona.
hey..goyang bali,goyang bali lirik matanya.
goyang pinggulnya,sungguh asyiknya,aku terpesona.
lena aku lena,ikut irama ho suka-suka.
mari bergembira bersukaria,ho..goyang bali.

TAMAT

Thursday, February 27, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 14 - BALI | Kuta, Bali

Terjaga sebab speed bot melambung lambung berkali kali. Sambung tidur lagi.

Bukak bukak mata, rupa rupanya aku dah sampai di Padang Bai !

Padang Bai

Haaaaaaaaaaaa !

Welcome back !

Welcome to Bali

Siapa sangka ini kali ke dua aku sampai di Bali.

Biasanya aku memang tak berapa suka pegi tempat yang sama berkali kali. Tapi Gili T dengan Bali ni exceptional sikit. Maybe sebab kebetulan aku dah ada di Lombok so dekat dengan Gili T dan Bali pulak aku ke sini sebab untuk ambik flight balik ke KL malam nanti.

Aku tak de sebarang plan di Bali ni. Tak de jugak nak pegi melawat ke tempat tempat yang biasa orang pegi tu. 

Sebaik tiba di Padang Bai, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut destinasi masing masing di Bali. Sebab tak tau nak ke mana, aku memang nak ke Kuta dulu. Lepak lepak kat sana dan usha apa yang patut sementara menanti malam.

Kami diarahkan untuk naik van tertentu. 

Ramai betul orang dekat Padang Bai ni. Padang Bai ni merupakan port dari Bali untuk ke Lombok dan Gili T. Dari Padang Bai ni kena naik transport lain pulak ke Kuta atau mana mana destinasi. Harga dah termasuk sekali dalam harga tiket yang aku beli.

Naik van, aku duduk depan dengan driver. Layan gak la borak borak sama mamat tu.  Jalan pun agak macet, lewat jam 2 lebih baru aku sampai di Pantai Kuta. Aku suruh mamat tu dropped aku kat Pantai Kuta tu jer.

Pantai Kuta, Bali

Pantai Kuta Bali yang penuh dengan manusia

Orang jual jajan

Tak de apa aku nak buat. Just lepak lepak tepi pantai tengok orang. 

Cuaca sangat panas. Orang agak ramai. Mostly warga tempatan.Ada yang melepak lepak. Ada yang mandi di laut. Macam macam aktiviti ada.

Surf board



Lepak lebih kurang kat situ then aku bergerak.

Keluar balik ke jalan utama. Aku ke Rock Shop yang terletak dekat dengan Starbuckscoffee tu. Ada 2 Rock Shop di Bali ni, so aku gi usha yang ni dulu.

Tak de aim nak beli apa apa pun, just saja saja nak tengok.

Rock Shop Bali

Kat dalam.

Tak de apa yang menarik. Design design macam biasa. Tapi ada jugak yang berkenan tapi nak beli mahal ler pulak T Shirt tu. Harga dekat 400 ribu. Gulp !

Nak beli baju untuk budak budak pun fikir dua kali. Ambik letak. Ambik lagi pastu letak balik semula. Bukan apa, macam rugi beli baju mahal mahal untuk budak budak sebab nanti cepat mereka besar dan dah tak muat saiz.

Mamat yang keje kat situ dah bosan dah tengok. Hahahahaha. Kejap kejap dia datang tanya aku OK ke tak.

Aku OK, cuma kena fikir betul betul sebelum membeli ! 

Last last tak jadi ambik. Keluar je. Pegi ke Hard Rock Hotel. Saja aku nak usha kat dalam sebab sebelum ni aku datang tak sempat nak masuk. 

Icon Hard Rock

Hard Rock Hotel Bali

Hard Rock Hotel Bali terletak betul betul di Pantai Kuta. So nak cari tak susah. 

Nak masuk ke dalam hotel ni OK je. Buat la muka mewah mewah sikit then masuk. Tapi sampai kat reception je lah. Tak boleh nak masuk kat dalam sebab kena ada access card especially nak pegi ke tempat pool.

Reception

Kamar

Dari hotel ni memang tak nampak area pool dia sebab terlindung dengan tembok. Tak pe lah. Tak de rezeki nak skodeng.

Then aku keluar balik, kali ni baru nak pegi ke Hard Rock Cafe yang terletak di pinggir jalan dekat Pantai Kuta tu.

Hard Rock Cafe

Ini Rock Shop yang kat bawah Hard Rock Cafe

Masuk Rock Shop yang ni pulak. Usha. 

Then keluar balik.

Tak tau nak beli apa. Tak de apa yang menarik. 

Lepas tu aku naik ke atas. Misi kali ni nak melantak. Lapar jugak. Tak berapa ramai orang kat Hard Rock Cafe time tu. So aku mintak smoking seat area.

Tengok tengok smoking area dia kat belakang mengadap pool.

Hah...

Baru boleh skodeng orang !

Order

Macam nafsu menggila tengok menu. Tapi tak berapa berani nak makan. Aku tanya mamat waiter tu dia pun macam tak pasti halal ke tidak. So sudahnya. Belasah la minum dan makan fish and chip.

Ya. Aku makan fish and chip kat oversea je. 

Fish and Chip 

Lepas tu tau apa jadi?

Kembang tekak ! Hahaha. Nak termuntah aku. Sebab bukan makanan ruji eh. Tapi tu la mengada ngada nak makan kat sini kononnya. 

Tapi relaks relaks tengok orang agak damai la. Lagipun aku dah tak tau nak gi mana. Dapat seat yang empuk ni boleh bikin aku terlena.

Smoking area

Sambil sambil tu tengok orang mandi manda dan main games kat pool. 

Macam meriah jugak la kat area ni. Ntah bila la nak dapat duduk Hard Rock Hotel sini.

* nanges



Pahtu tengah makan makan lepak lepak sesekali mamat waiter tu datang borak then aku nampak ada orang kerumun kerumun.

Aku usha dari jauh jugak.

Macam ada artis. Tapi aku tak kenal. Hahahaha



Kenal?

Macam semua orang kat situ pegi bergambar dengan dia.

Glamer kah dia? Artis Antarabangsa kah? Kenapa aku tak kenal? Dan kenapa tak de orang nak bergambar dengan aku??? Tak cukup antarabangsakah aku ni???

* ketap bibir

Then aku tanya waiter tu dia kata itu penyanyi Steelheart.

Steelheart??

Sapa tu?  

* mati la tak kenal jugak...

Tapi masa dia buat sound check baru la aku perasan dan aku rasa aku pernah dengar lagu tu !!  



She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

"Laaaa... Ni lagu hang ka? Awat tak habaq????"

Boleh?

Kalau lagu ni aku tau lah..

* tarik key chorus

"Lady, won't you save me? My heart belongs to you...................."  

* cepat cepat kutip anak tekak yang terpelanting keluar dan masukkan balik semula dalam mulut

 Sambung lagi....

"Ladyyyyyyyyyyyyy oh lady............................ei ei ei eiiiiiiiiiiiiiiiiiii  !!!!!!!! "

* bijik mata lak terpelanting............... bergolek golek masuk bawah kerusi.

Pahtu sambung lepak lepak semula sampai aku rasa macam nak terlelap. Cozy betul seat dia. Siap boleh baring baring.

Last sekali aku rasa macam nak kena gerak lah. Tak leh lama lama nanti aku terlena terus. Silap silap sampai ke malam, naya kena tinggal kapal terbang.

Usha bahagian dalam Hard Rock Cafe

Bahagian non smoking area

Ni kat bawah. Steelheart tu ada show kat Hard Rock malam tu. Dia orang tengah buat soundcheck

Kat luar baru aku perasan board ni. Ada Firehouse jugak ! Tapi tak de pun kat sini. 

Hari makin petang. Tapi macam awal lagi nak ke airport. Buntu.

Dah tak tau nak buat apa dah. Usha usha kejap kat Pantai Kuta sekali lagi tapi view tetap tak menarik dan orang tetap ramai macam pegi haji. 


Then terfikir fikir, actually ada sesuatu yang aku nak buat kat Bali ni.

Tapi tak pasti sempat ke tidak. Tapi kalau tak try tak tau. 

Aku tahan teksi Bluebird.

"Mas.. bisa ke Jimbaran?"
"Bisa"
"Pakei meter ya Mas?"
"Iya"

Then aku terus masuk teksi dan arahkan dia bawak aku ke satu tempat ni..........

bersambung...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...