Friday, October 18, 2013

Trip Oktober 2013 - Highlight & Itinerary : Lombok | Gili | Bali

Huargh !!

Dah 3 bulan tak naik flight. Ada 2 trip hari tu tapi dua dua aku tak pegi sebab malas. Hahaha..

Travel bug datang balik. Alhamdulillah. Selesai sudah trip bulan Oktober 2013.

Di mana kunjungan aku kali ni?

Usha gambar kasi preview dulu !

# 01

# 02

# 03

# 04

# 05

# 06

# 07

# 08

# 09

# 10

# 11

# 12

# 13

# 14

#15

# 16

# 17

# 18

# 19

# 20

# 21

# 21

# 22

# 23

# 24

# 25

# 26

# 27

# 28

# 29

# 30

# 31

# 32

# 33

# 34

Buntang mata?

OK. Trip kali ni ke Lombok - The Gilis - Bali.

Actually, aku cuma nak ke Lombok tapi masa beli tiket tu, harga return from Lombok mahal mencanak. So aku cari alternative, dapat tiket murah balik dari Bali. So aku pegi Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan dulu sebelum ke Bali dan balik ke KL.

Anyway, ni sample itinerary aku.

Day 01 : Departs to Lombok - Sengigi Beach 
Day 02 : South Lombok ( Kuta Beach, Tanjung Aan, Pantai Mawun)
Day 03 : The Gilis ( Gili Air - Gili Trawangan )
Day 04 : Bali

Overall, trip agak penat la. Sakit kaki dan sakit pinggang. Macam biasa, aku ni kalau travel berjalan bukan main. Nasib kali ni tak cramp ! Tapi sakit pinggang sebab aku ke South Lombok dengan motosikal jer. Gila cuak sebab tak bawak spek. Bawak moto dah nak malam, cepat cepat balik ke Sengigi. 

Lombok memang lawa. Should have spend more time di sana. Kalau sesapa pegi, aku syorkan, sewa kereta dan drive sendiri around island. Sesat pun tak pe sebab bagi yang suka keindahan alam. This is the place to consider. Recommended. Pegi la sebelum Lombok bertukar too commercialized macam Bali ! Kalau minat trekking, boleh ke Rinjani. Aku ni biasalah, takut pancit ....so awal awal aku dah tolak.

Aku pernah ke Trawangan sebelum ni, so kali ni revisit untuk tengok apa yang berubah. Aku opt ke Gili Air dulu sebelum ke Gili Meno dan bermalam di Gili Trawangan sebelum ke Bali.

Kalau aku boleh tukar itinerary ni, waktu sampai, aku ke South Lombok dulu sebaiknya then next day baru ke Sengigi Beach. Lain lain rasanya OK la. Tak de la terkejar kejar dan cukup apa adanya.

Expenses pulak. Aku cuma tukar RM400 plus aku ada dalam INR 600,000 baki trip dulu. So tu je la yang aku belanjakan tak termasuk harga hotel dan flight ( kecuali hotel 2nd night ).

Ni details sikit yang aku ingat dan mungkin boleh jadi panduan kalau nak follow trip ni. RM1 = INR 3000

Flight & Hotels depends. Book awal boleh dapat murah. Aku book flight return untuk 2 orang RM 190. Tapi last minit OR tak jadi pegi, so aku pegi sorang je !

Sewa motosikal di Lombok INR 50,000 per day, Makan  : average INR 25,000 per meals, bot Sengigi to Gili Air : INR 75,000, Bot dari Gili Air ke Gili Trawangan : INR 30,000. Hotel di Lombok  : INR 275,000 per night. Speed boat Gili ke Bali : INR 275,000 ( Bargain hard, harga letak dalam INR 400,000 / one way ), Sewa basikal di Gili INR 15 000 per hour.

Airport Tax ( Bali ) : INR 150,000

Tu je la yang aku ingat dan aku rasa agak penting. Lain lain tu aku shopping sikit dan benda benda runcit lah. Rasanya dalam around RM 500 jugak la kot cukup untuk ground arrangement tak termasuk hotel. Depends on budget dan keselesaan masing masing.

To summarize the trip aku rasa Lombok adalah sangat lawa ! Unspoiled beaches, people and its culture etc. Gili Air memang tak de apa apa sangat la.. pantai dan air not bad. Aku cuma sedih sikit pasal Gili Trawangan. Masa kunjungan aku tahun 2010 aku rasa Gili T ok lagi, tapi sekarang dah too commercialized, too touristy dan ramai sangat orang berparty! Banyak spot spot yang aku cari memang dah tak de. Dah banyak hotel hotel mewah naik dan tak laid back dah. Gili Air macam Gili T dulu, tapi setahun dua nanti jadi sama jugak la. Gili Meno lagi laid back dan nampak bosan melampau pulak.

Bali macam biasa lah for culture and party. 

Tak de apa apa yang buruk berlaku sepanjang trip 4 hari 3 malam ni. Cuma masa naik bot dari Gili Air ke Gili Trawangan tu, mak aii..  Kecut telur. Cuaca cerah tapi ombak ganas gila !!  Nasib la tak de apa apa yang berlaku..... Alhamdulillah semuanya selamat. Kalau tak, trip ni jadi la Trip Tragedi Oktober.

Nanti aku go in details bila kerajinan melanda. Now masih letih dan tidak bermaya karin.

Sekian dulu.



Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

19 comments :

  1. errr, rasanya..
    INR = india rupee
    IDR = indonesia rupiah

    anyway, tak sabar nak baca pasal trip ke lombok tu

    ReplyDelete
  2. Amboi.....kecut telor melihat gambar Meng...awesome bro.

    ReplyDelete
  3. JM suka entry ni coz ada itirenary..nanti boleh COPY...COpy je tapi tak PASTE heee..Kalau OR leh join mesti lagi best kan..kesian dia kan..tiap kali ada trip last min tak dpt join

    ReplyDelete
  4. ahhhhh menyampah lah tgk gambar ko cun2 mcm gambar kat blog zilla tu! aku mmg aim dah tempat ni tapi takpe, takpeeeeeee...

    #untungla tak naik flight 3 bulan...aku redho jer tak naik setahun...nanti siap aku balas dendam kesumat dewata raya! *usap dada sendiri*

    ReplyDelete
  5. cun giler gamboo...huish teringin nakpi lombok, tp sume member takut nak pi...bajet diva kena culik ngn abg kat lombok!hahaha

    ReplyDelete
  6. like!..haha..ko x pose sekali ke dgn patung2 monumen tu..mcm dramatik jer pompuan tu nk terjun sambil dikejar oleh jejaka2 lombok. LOL

    ReplyDelete
  7. OR duk umah jaga hero ngan anak dara.
    kalau JM nak tau abg meng ada OR2 kat indon ni.. so no wonder la die kerap ke sana dengan alasan TRAVEL.. hahaha...
    bang aku da emel...


    ReplyDelete
  8. wahhh...kul 5 pagi pon dah ada org komen hahaha...makin laku blog ameng ni hehehehe...aku tgk gambo memula dh agak ko gi lombok...tp mmg lawo la kan lombok walaupon aku x pernah sampai lagikk hahaha...

    ReplyDelete
  9. SM kalo snap pic memang xmengecewakn :D

    Lombok.....

    ReplyDelete
  10. wow! terpaksa tempah tiket sekarang! ^_^

    ReplyDelete
  11. Huh. Nyampah betul. Gambo dia cantik.

    ReplyDelete
  12. Memang pandai kasi tengok gambar dulu.. terpersona dgn keindahan :D
    rasa24 hari tu pun mcm tak cukup kan.. :D

    ReplyDelete
  13. ZZ : Terima kasih cikgu. aku rasa aku rindu nak makan roti canai dgn kari dan dhal.. tu yang tetiba tulis INR tu..

    MKL : makasih....

    JM : OR aku tu cam tu la. kejap nak.. pastu tak nak... nasib la tiket murah je.. dia malas nak gi renew passport sebab passport dia hilang hari tu. malas nak gi report polis

    Biq : pencinta alam mcm kau dgn skupang kena pegi lombok ni....

    lepas abis make over rumah, gi jalan balik tau..

    peminat tunggu entry mak esah berpario di perantauan......

    ReplyDelete
  14. DJ : .. bukan semua org lombok suka culik kot. dia org pun ada taste jugak. hahahha.. yang culik2 orang tu org sasak... org lombok biasa tu rasanya mcm indon biasa je...

    cari peluang.. pegi lombok tau !

    AR : Ada cerita di sebalik pompuan dramatik tu..

    nanti aku story..

    * pompuan lombok pun tak nak jejaka lombok..

    how????

    JG : aku dah dpt. roger.. insya allah. apa apa nanti aku email kau..

    ReplyDelete
  15. HB : kol 5 pagi tu waktu dia di borneo kot.. tu yang awal tu..

    kau sila ke lombok... jangan nak ke macau sgt.... lombok lagi lawa pada macau....

    * niat menghasut

    hahahahah

    ETK :terima kasih.. kalau cuaca lawa gambar boleh jadi lawa.. kalau cuaca sendu.. semua gambar pun sedih..

    HF : kau tak suka kot panas panas di lombok ni... kaki berangan suka pegi negeri2 sejuk je...

    hahahahaha

    AP : jangan la menyampah... cuba ko pegi mancing kat lombok tu... kang dpt duyung seksi mcm maya karin.. mana tau??

    TT : 4 hari memang x cukup nak cover lombok... seminggu baru cantik kot... boleh pegi semua pulau2 di sana..

    ReplyDelete
  16. aku tgh hurut dada lagi ni...hahaha! ada satu trip ujung tahun, pi padang...aku tatau nak burn ke pegi jugak...else, tahun dpn baru aku start jln balik...

    aku check tag ko takde padang, ko tak penah gi lagi kah?

    ReplyDelete
  17. Biq : aku dah beli tiket ke padang 2 kali.. tapi dua dua tak jadi pegi.

    1. demam
    2. malas nak gi epot..

    so tak terpegi2 lagi. kau pegi dulu la then impress me..

    nanti aku menyusul

    ReplyDelete
  18. ala meng, tlg la beli lagi utk ketiga kalinya...hahahaha...

    insyaAllah if aku pi, aku pi santai2 je kot...takat nari atas piring pecah tu pejam mata jerrrrr hahaha!

    ReplyDelete
  19. Biq : Kau menari dulu. aku kalau nak menari.. pinggan tu nampak aku je dia terbelah dengan sendiri nya dulu

    tak sanggup !

    hahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...