Wednesday, October 9, 2013

Gold Coast Morib Resort - Part 2 : The Waterpark

Masih lagi di Gold Coast Morib.

Kali ni aku nak cerita pasal waterpark dia.

Nak kata waterpark dia kebabooo sangat, tak de lah. Level level rendah lagi pada WetWorld Shah Alam tu. Tapi apa yang aku suka kat sini adalah, kalau kita ambik bilik, so boleh lepak naik bilik sekejap je. Then nak turun pun anytime boleh gi turun mandi manda.

Tapi tu kalau in house guest lah.

Kalau tak in house guest pun boleh datang mandi manda kat sini, tapi macam penat ler lepas berhempas pulas nak mandi tu then nak balik. Unless rumah kat Morib je OK lah.

Waterpark

Kalau in house guest di beri 2 pass untuk entrance. Cuma, kalau menginap 1 malam, tak boleh nak tanggal la wrist band tu sebab esok nak mandi lagi.

Kalau ada extra pax, boleh beli tambahan dengan harga berikut.

Baca situ !!! RM35 dewasa dan RM20 untuk kanak kanak.

Tak boleh berlama lama. Ayuh ! Budak budak nampak air je terus histeria !!!

The trick nya, kalau dapat 2 entrance tu, gunalah untuk dewasa so beli extra untuk yang kanak kanak je. Kalau kanak kanak below 3 years old. Masuk free !!

Tahan la kalau budak kecik tu mengamuk nak pakai wrist band jugak !

Ada tukang jaga tu. Nampak muka bosan kan? Hahaha

Boleh jugak sewa tube. Sewa RM10. Deposit RM20 ! Paling senang bawak tube sendiri kalau memang dah ada kat rumah.

Dress code

Nak kata luas sangat tak jugak, tapi cukup la nak main main air. Slide slide dia pun biasa biasa je. Yang untuk dewasa cuma 1 je kot, yang lain lain, budak budak pun boleh main.

View resort

Antara slide yang ada

Pandangan dari atas

Layan lagi view view berikut.





Ni view dari waterpark tu sendiri...


Di larang terjun tiruk !! Terjun botol aci la kot.








Kesian dia tak leh mandi. Tak reti lagi kot apa ertinya waterpark ni semua

Angry bird pun nak mandi

Jam yang rosak. Waktu operasi pukul 8 pagi - 7 petang !






Kalau yang tak menginap di sini, boleh sewa locker untuk simpan barang.

Ni harga lockernya.



Overall, a fun place for kids. They will enjoy it. Tempat ni agak kid friendly, air pun tak de dalam dalam, paling dalam pun paras dada dewasa. Security pun ada jaga so tak de masalah sangat.

Tetap ada yang mandi di kala hujan lebat


nanti aku sambung pasal pantai di Gold Coast Morib Resort ni..

bersambung...........

6 comments :

  1. 1st taim tgk secara details waterpark ni.. Sll depa duk haplod mahu x mahu je.. Cam boleh cuba je nanti. Ecewah mentang2 dah ade anak ye dak? Ahaks..

    ReplyDelete
  2. Waaa.. rasa mcm nk try je terjun tiruk dari balkoni bilik heheheee..

    tapi first time dggr terjun tiruk hehehe.. boleh bawa budak2 jalan sini hujung weekend :D

    ReplyDelete
  3. agak cantik resort ni ya,,, lebih kurang concept tiara apartment kat PD tu... nak tengok meng mandi pulak,,, asyik2 tengok anak dia je mandi,,, orang tua nya mana??

    ReplyDelete
  4. Beb : Haaaa. tunggu baby besar skit dah reti godak godak.. ok la tu....

    MKL : indeed.

    TT : jangan terjun tiruk.. patah kepala. terjun botol je... patah kaki...

    LZ : kalau aku mandi.... kering air tu semua melimpah ke tepi.. hahahhaha

    UM : sila sila....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...