Tuesday, October 22, 2013

Restoran Juvita, Banting

Moh makan !

Kalau ke Banting dan terasa lapar, cuba try restoran ni. Namanya Juvita ! Aku selalu tersebut Juvana. Masa nak mencari pun dok ulang ulang cakap.

"Hero tengok belah kanan. Ibu belah kiri. Cari kedai nama Juvana. Eh silap. Juvita !"

Kalau cari Juvana memang sampai sudah tak jumpa lah.


Lokasinya terletak di Kanchong Darat. Lepas pada Bandar Banting jalan menuju ke Morib. Sekarang nak senang ke Banting, lalu je ikut highway SKVE tu.

To be exact, lepas pada Balai Polis Banting tu ada traffic light, then restoran ini terletak sebelum Petronas. Di sebelah kanan.

Kena pandang betul betul sebab ada banyak pokok. Kalau nampak kereta banyak tu, mungkin dah betul la tu.

Ni kedainya.

Kedai agak luas. Parking pun boleh tahan besar. Kena belok ke belah dalam la ada banyak parking. Surau pun ada.

Sampai je, macam biasa, boleh book tempat dan boleh pilih lauk pauk untuk di makan. Juvita Restaurant ini menyediakan makanan seafood, tomyam dan juga western. So ikut selera masing masing. Hari tu kami pegi nak makan seafood. So pilih la seafood yang ada.

Haip !! Tangan tu tepi !

Udang, sotong, ketam semua ada

Tidak lupa juga ikan

Tapi sebab kita orang bukan penggemar ikan, so tak de la nak oder ikan.

Kepah, kerang, pepahat, lala pun ada juga. Kalau borong semua besen tu dapat free kakak tu.. hahahaa

Order macam biasa mengikut selera masing masing. 

Then jangan lupa order minuman lah. 

Hari tu orang tak berapa ramai lagi, so servis agak cepat lah. Mungkin kalau datang lewat sikit orang dah start ramai memang nak kena menunggu jugak lah.

Air sampai

Bahagian Western

Selain dari seafood, di sini jugak ada menyediakan makanan western. Nampak macam menarik siap ada sizzling apa semua. Memula Hero nak makan Chicken Chop tapi lepas tu nak nasik goreng pulak. So order je la nasik goreng. Tak sempat nak try western. Tapi nampak meja sebelah makan western food, menarik jugak lah. 

Oh no.! Aku tak de kekuatan nak pegi meja dia orang untuk snap gambar.

Ada keropok keping juga, tapi rasanya agak gatal. Kalau orang Italy yang makan ni haruslah keropok di sini tak semenggah rasanya....

OR nak makan Sup Ekor. So untuk dia. Aku tak makan. Tapi OR kata sedap !

Udang Masak Petai

Ketam Masak Cili

Lala Goreng Cili Kering

Sotong Goreng Tepung

Macam biasa, aku bab order mengorder ni fail. Rasa macam sikit, tapi bila order jadi banyak. Masa order tu OR pegi solat maghrib so aku yang order. Nasib lah. Bila sampai lauk penuh meja. Sotong order 3 ekor je bila jadi lauk terus dapat 2 pinggan.

Ketam 2 ekor. Udang 10 ekor. Lala sikit pastu nasik goreng, dan ulang ulang order air.

Makanan dia memang sedap !!

OR tak abis abis memuji Sup Ekor tu. So maksudnya sedap la tu. 

OR kata dia bagi 8/10. Tu kira bagus sangat la tu.

Aku bagi 8.5/10.

Hero cakap.

"Hero bagi 9/10 tapi kalau Papa bagi Hero makan Chicken Chop, Hero bagi 10/10"

Ada pulak macam tu?

Memang recommended lah kedai ni. Sedap dan harga berpatutan. Kita orang siap bungkus bawak balik yang lebihan tu sebab banyak. Sotong satu pinggan je pun yang terusik. Cost semua adalah RM 113. Puas hati.

Balik semua kenyang dan tersenyum riang !

Ini map kalau nak usha.


Cuma lebih menarik kalau ianya tepi pantai.... 

Cuba lah... Juvita ( Juwita ) Citra Terindah ni.....



Bagaimanakah aku gambarkan
Rasa yang membakar jiwaku
Tiada kata yang tak klise
Bagai habis bahasa bermutu
Sedang engkau teristimewa buat diriku
Ilham tugu Taj Mahal didirikan

Barangkali kita perlu
Melihat di sebalik materi
Kau wanita, aku lelaki
Ayuhlah kita mengikat janji

Yang kau juwita menolak segala dusta
Citera yang indah
Cerita yang sakti

Ku serahkan nasibku pada cinta murni
Juga ku rasakan bakti
Patahkan ku hancurkan badanku ini
Kau tetap menjadi

Ooo... Ooo... pujaan
Ooo... Ooo... juwita
Kau segala-galanya
(Sempurnakan cintaku)

Kau juwita menghidupkan jiwa yang lara
Menggoncang kalbu yang lama membeku

15 comments :

  1. Meng kaki makan. Tak terbayang badan besar mana....hihihi

    ReplyDelete
  2. menarik juga seafood kat sini..

    ReplyDelete
  3. aduihhhh rasa berdosa tak makan ketam and lala tu lepas tgk post ni...

    hmmm...

    ReplyDelete
  4. ya Allah meng oiiiiii...pelakon favorite ko noreen noor meninggal dah meng oiiiiii...innalillah...moga rohnya dicucuri rahmat...amin.

    kena la ko urut dada org lain plak pasni...hmmm...

    ReplyDelete
  5. bibik...suruh la laki ko masak...pastu aku ngan Meng boleh singgah makan hehehe...katne? cacatus apatah...

    ReplyDelete
  6. MKL : tak payah bayangkan sangat.. kang tak lalu makan ko 4 hari.. hahahha

    Nohas : Menarik.. makanan dia lagi sedap dari kedai2 di bagan lalang...

    Biq : Sila terjah...

    Innalillah. Al Fatihah..

    lepas ni aku kena urut dada orang lain la pulak..

    dada sapa ek???

    HB : rumah mak esah belum abis make over lagi ler... kena tunggu dapur dan ruang makan siap dulu baru dia jemput..

    makan cactus rebus..

    ReplyDelete
  7. bole tahan selera hero. haha. nk chicken chop gak..

    ReplyDelete
  8. Ok bakal ke situ. Member tinggal dkt situ haha

    New reader of ur blog. Salam

    ReplyDelete
  9. Agip : Hero aku tu memang hantu ayam.. semua nak ayam...

    * tutup cermin dengan kain sutera china takut reflect diri sendiri

    TSP : salam.. sapa member kau tu? siti nurhalizah ke??

    ReplyDelete
  10. HB, baru siap part 1...hahahaha! meh la tlg tanam palm!

    ReplyDelete
  11. meriah carey la mak esah sambut raya tahun depanggggg...

    ReplyDelete
  12. Salam Tuan Supermeng

    sy baru set up page utk Restoran Juvita di Google Map & Google Business memandangkan setiap kali sy search di Google Map tak jumpa.

    ini utk memudahkan org cari restoran ni jika mereka ke Morib dan insyaAllah tlg promote bagi pihak tuan punya restoran

    dengan ini saya minta izin untuk ambil gambar dari blog tuanuntuk di masukkan ke dalam Map tersebut

    utk makluman tuan, sy takde kena mengena dengan owner cuma nak memudahkan pengunjung cari restoran Melayu jika berkunjung ke Morib

    Tkasih

    ReplyDelete
  13. Salam.. Ada no tepon kedai ni x.. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. google says..

      Juvita Seafood  
      Kanchong Darat,
      42700 Banting, Selangor, Malaysia

      Phone: +60 19-222 4268

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...