Last weekend hari bapa. Jadi aku ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa bapa di Malaysia dan Dunia. Lambat sikit tak pe lah. Yang penting setiap bapa itu special di hati kita 365 hari setahun. Bukan satu hari tu jer.
Bagi aku pulak, takde sambutan apa apa. Cuma OR je masak banyak lauk penuh meja hari tu dengan harapan meraikan hari bapa ni. Saja la nak suruh si bapa naik berat badan.
Tapi ada yang istimewa juga.
Kata kata pemanis mulut ajak Papa keluar dan bawak jalan.
Aku dok terpaku lama jugak perati benda apa dia orang ni buat.
"Apa ni?"
"Katak la Papa. Tapi adik dah kacau dah jadi lain"
"Ini?"
"Kayu... Hero nak lukis tapi adik kacau juga"
Hmmm memang la sama macam aku, bakat seni tak de. Bakat seni melontarkan suara meraung boleh tahan la. Kalau sekali menangis berharkat harkat.
Anak Dara aku tu kalau tanya.
"Adik buat apa tu?"
"Adik tak wat pe pe pun"
Heh.. tu je la jawapan standard dia. Padahal dah banyak kali terkantoi main gel rambut abang dia dan tempek kat rambut dia. Sedar sedar rambut dia kejong !
Anak Dara aku tu kalau tanya.
"Adik buat apa tu?"
"Adik tak wat pe pe pun"
Heh.. tu je la jawapan standard dia. Padahal dah banyak kali terkantoi main gel rambut abang dia dan tempek kat rambut dia. Sedar sedar rambut dia kejong !
Jadi petangnya keluar gi tengok wayang cerita Superman hari tu. Hero siap bagitau.
"Hari ni Hari Bapa kan? Hero nak belanja Papa. Tapi Hero ada RM10 je. Ibu dengan adik kena bayar sendiri lah"
"OK"
"Papa nak makan kat mana? KFC ke?"
"Papa nak makan Kenny Rogers"
"Cukup ke 10 ringgit Papa?"
"Papa tambah lah"
"OK"
Setuju.
Lepas oder oder, makan makan siap siap.
"Papa. Tak jadi la nak belanja Papa. Papa bayar je lah. Hero nak main game la duit ni"
* pengsan
Last sekali, bawak dia orang yang main game. Bukan nak selebrate Papa. Selebrate dia orang jugak seronok main game.
Terhempas jugak la helikopter ni
Ini la game kegemaran Hero
Anak Dara ni layan je baling bola sampai bersila sila. Game syok sendiri sebab tak bayar. Kutip je bola kat dalam tu bagi dia baling. Dia pun tak tau apa benda yang dia baling.
Begitu la acara sambutan Hari Bapa yang biasa biasa.
Dan aku sendiri pun tak lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa pada Pakcik James.
Ketar ketar lutut gak la nak hantar SMS. Ya la. Sebab aku ni tak berapa close mana. Dulu kecik kecik takut sebab ayah aku tu tegas sangat. Bila dah besar ni dia OK je, tapi aku lak jadi malu malu.
Tapi sebab kira hari yang special, aku kebalkan la jugak tanda aku sangat sangat menghargai dia walaupun aku sendiri tak tau cemana nak tunjuk.
'Selamat hari bapa ayah. Terima kasih'
Dan macam biasa. Ayah aku jenis tak layan mana SMS SMS ni macam yang sebelum sebelum ni aku hantar. Kalau tak de benda penting, senyap macam tu je lah.
Tapi semalam dekat sejam lebih lepas tu, telefon aku berbunyi.. Nampak nama AYAH yang memang aku dah save.
'Terima kasih abang.'
Hah. Tetiba terharu mencanak canak. Anyway aku bukan tak nak bermesra mesra tapi sebab tak berapa reti. Janggal jadi nya.
Tapi aku nak dia tau, dia lah ayah yang paling best yang pernah aku ada. Walau dia tak pernah tunjuk tapi aku tau, dia sayangkan aku dari dulu sampai la sekarang ni dan aku sayangkan ayah aku tanpa sebarang dakwa dakwi.
Dia lah lelaki paling istimewa. Superhero di hati. Man of Steel !
Saja la aku nak share lagu Yuna ni sebab aku stress dengan lagu ni.
Kau fikir kau siapa
Cinta ini kau buang saja
Ku tak perlukan memori
Dan kau tak perlu kembali
Kau fikir ku apa
Siang malam engkau yang punya
Kau datang dan kau pergi
Kau buat aku begini
Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua
Banggakah dirimu
Kekasihmu sahabatku
Rupanya selama ini
Dia menaruh hati
Kadang kala aku terfikir
Kau berikannya janji yang sama
Dan kau katakan padaku
Sepuluh tahun yang lalu
Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua
Ini rupanya kau balas kembali
Semua yang ku beri
Tak pernah mencukupi
Kau bukan lagi yang aku kenali
Perempuan seperti ku
Tak ingin bersamamu
Dahulu kau bukan begini
Kau hancurkan hati
Ku yakin dahulu
Kau bukan kau bukan kau bukan
Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua
Oh lelaki
Tak guna ku berikan semua
Lelaki lelaki
Tak guna tak guna tak guna
Memula aku dengar lagu ni aku rasa stress gila !
* emo.
Tapi bila aku dengar betul betul, aku rasa phrasing lagu ni yang salah, bukan dia cakap Lelaki tak guna.. Tapi , Lelaki... Tak guna ku berikan semua.... bla bla bla.
Nice try, tapi still aku tak berapa nak minat kat Yuna ni. Sorry !
Cerita pasal Tak Guna ni, ada cerita kelakar si Anak Dara aku ni.
Ada hari tu, dia kan baru nak pandai bercakap, kalau dengar apa apa laju je dia ikut. Hari tu satu hari tu suka betul dia dok sebut.
"Tak une ! Tak une !"
Biasanya kalau dia main dengan anak patung dia ke apa. Ntah apa masalah dia pun aku tak tau. Tapi aku rasa dia belajar tu dari sorang budak lagi kat rumah pengasuh dia. Budak tu dah besar sikit. Terbawak bawak sampai kat rumah tu yang kadang kadang aku dengar aku tegur lah. Marah dia cakap macam tu.
Tiba la satu hari tu, for the first time aku rasa dia guna perkataan tu pada ayat yang betul dan aku tak jadi marah.
Time nak keluar rumah, nak pakai pakai selipar tetiba dia membebel sorang sorang.
"Tak Une ! Tak Une !"
"Apa adik ni?"
"Tak Une Yeow ni. Ya encing kat siper adik" ( Tak guna Meow ni, dia kencing kat selipar adik)
Papa rebah sebelah Louboutin.
hahahaha lawak betul la anak2 ko ngn ayah ko! memang sefamily pandai buat lawak..untung sgt ko ni meng!
ReplyDeletehahahahahaha comey nyer tak une tak une dgn tocang pony tail dia tu! geram mak esah!
ReplyDeleteaku tak wish hari bapa, pak ein lebih perihatin pada hari lahir dia atau raya, yakni meminta wang atau hadiah. pfft! materialistik ok! hahahaha! ya, buruk baik mak pak kita, tetap mak pak kita. abah aku tu garang tapi tak penah jentik kitorang. dah tua2 ni kuat majuk, tapi tak leh duk diam. kadang2 sian, tapi kuat merokok tu mcam naga! mmg gone case tul, tak makan nasihat dah...haihh...i lap pak ein!
CNa : bapak aku tak lawak pung.. serious je manjang. aku pun sebenarnya bermuka ketat.. xde pun lawak nya. i is pemaloooo.. hahahha
ReplyDeleteBiq : Pony tail dia kalau buruk tu, aku la yang ikat.. hahaha
dulu kecik kecik kita selalu la nak complain mak ayah kita cam tu cam ni.. tapi bila kita dah tua ni... hah.. rasakan.... lama lama kita sedar tu yang lah yg terbaik utk kita walaupun kita tak gemar mana..
ye dok?