Thursday, June 20, 2013

Day Trip JB : Part 1

Hari tu aku kena pegi JB. Memula cadang nak pegi weekend, tapi sebab weekend tu aku busy, aku cuma beli tiket hari Isnin pukul 2 petang ke JB dan beli tiket balik malam tu jugak pukul 8.50 malam.

Berikut adalah perjalanan day trip ke JB.

Dari office bawak kereta ke LCCT. Park dekat yang sehari RM16 tu. Nasib senang dapat parking. Tunggu free shuttle then terus sampai ke terminal. Aku ingat nak makan, beratur kat Mc D, panjang. Pegi ke Marrybrown.. pun sama. Last sekali aku terus je boarding sebab ada lagi 15 minit.

Masuk dalam boarding hall tu terus di panggil. Macam biasalah aku kan suka buat kemunculan lewat. Naik kapal terbang macam naik bas je. Tunggu orang panggil baru aku terhegeh hegeh. Badan berat !

Jadi aku tak sempat makan !

Naik kapal terbang terus taxied ke landasan dan terus je terbang di angkasa.

Flight tak penuh, aku memang ambik seat belakang. Beriya mamat crew tu buat demo padahal tak de orang pun kat belakang ni. Aku pun buat buat tido. Tapi sebab procedure biasa kot, dia terpaksa la gigih buat demo walaupun tanpa penonton.

Take off

KLIA dan KLIA 2 dari kejauhan. Bila nak siap tu?

Masjid KLIA dari udara

Aku tak tau kat mana tapi scary tengok bukit dah kena tarah bertingkat2 macam tu.

Ini area Nilai

Ini pulak Seremban

Pastu aku konon konon nak lelap ler kejap.

Perut lapar. Mata mengantuk. Agak letih sebab cuaca panas benor. Tup tup.

"Attendants please be seated for landing"

Buntut !

Tak sampai setengah jam. Memang dah nak sampai dah pun. Sebab panas aku pindah duduk belah kanan pulak. ( dah flight pun kosong )

Ini kubur Cina kat Senai

Padang golf

Sampaiii !

Aku rasa tak sampai 45 minit kot aku dah sampai JB. 

Dekat airport aku ambik taxi menuju ke tempat yang aku nak tuju tu.

Petangnya masa nak balik lepas urusan aku semua selesai, sampai airport time sunset dah. Sunset view sangat lawa. Aku suka nampak masjid tu. Tapi aku tak daya nak jalan kaki ke sana.

Masjid lawa dan Mc D

Senja 

Mood aku masih hiba dan sendu.

Oh. Senai Airport ni lawa. Aku suka design dia. Aku rasa ini airport paling best di Malaysia. Guest Friendly. Easy Access dan struktur yang menarik. Berbangga la orang Johor sekelian !

Tau kenapa dia agak tak sama macam airport lain? Sebab Airport Senai adalah di privatized dan di bangunkan oleh Tan Sri Mokhtar al Bukhary tu.

Very nice airport indeed.

Depan airport aku merokok


Pastu aku lapar.

Aku nak pegi makan. Aku ke Marrybrown dan order chicken ni. Sedap juga. Atau memang sebab aku lapar?


Pastu aku ke surau. Solat dulu sebelum boarding. Flight pukul 8.50 malam.


Tapi flight delayed ! Jadi pukul 9.30 malam.

Aku menunggu sambil layan SMS dengan OR. Then flight sampai, aku naik flight. 

Dalam flight, baru macam nak tidur tapi tetiba dah nak mendarat. Kali ni lagi haru. Tak sampai 25 minit. Nama je delayed berlepas tapi ketibaan tetap sama. Moralnya di sini, kalau depart ada delay, kadang kadang boleh je sampai on time sebab landing traffic dah di tetapkan waktu waktu tertentu dan flight time actually shorter.

Tapi tengok ni sempat aku shopping kat airport Senai.

Ada kopi Vietnam. Aku beli. Tapi tak sedap. Hampeh. Ada kopi Luwak di jual dengan harga RM800 sekotak !! * pengsan. Yang 10 sachet pun harga RM80 ! Berak la kau situ Musang, aku tak mau !

Dan ! Ada FM

Flight tiba di LCCT pukul 10 malam. Aku keluar dari domestik terminal. Singgah beli kopi di Coffee Bean. Pastu tunggu free shuttle ke parking di Maybank. Sampai parking, ambik kereta, bayar parking kena RM10.

Then aku memandu pulang.

Dalam kepenatan. Dalam kesyahduan.

Kenapa agak syahdu? Apa cerita di sebalik naik turun flight ni? Kenapa aku pegi JB?

Apa?? Hambik tempeyek?? No ! Tempeyek tu dia boleh hantar sampai ke rumah. Jangan lupa hoder.

Apa aku buat di JB ni, nanti aku sambung.........

* kesat airmata sambil mamah tempeyek

bersambung.......

8 comments :

  1. bangga aku jadi anak johor hehehehe... tp aku x pernah naik kapal terobang dari senai..how?

    ReplyDelete
  2. Soalan untuk Boss hari ini:-
    Kenapa kopi taik musang itu mahal? Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. potong stim tol la SM ni
    dah kene tunggu next entry

    next...............

    ReplyDelete
  4. hoi ada FM tanjung piai, kukup, segala???!!! ini tidak adil!

    dasyat la ko meng, naik flight pi blk dlm sehari pun ko still bleh buat entry. aku tobat tak segigih ko...*tunduk seret beg dilantai*

    ReplyDelete
  5. HB : kau kenapa melupakan negeri sendiri..

    cepat naik flight dari senai.. turun singapore.

    * pitam

    Ayu : Kopi luwak tu mahal sebab musang kena berak dulu baru boleh di proses menjadi kopi.. dan bukan senang nak suruh musang berak.. lebih lebih lagi kalau musang tu mogok tak mahu berak...

    hahahaha.

    ETK : sikit sikit la.. mana buleh kasik sekali gus.. hero hindustan kena keluar last last.

    Biq : Ha.. memang ada FM tu semua kat epot. Harga je mahal skit tapi OK la tak perlu ke kukup dah.

    * baling keyboard ke arah mak esah.

    cepat sambong hupdate !

    ReplyDelete
  6. anyway tulis blog ni x perlu gigih mana.. janji ada content pastu bila sampai tahap rajin.. hentak tulis seberapa entry yang buleh. pastu susun seroja bunga seroja... schedule kan dia..

    pastu relaks 10 hari.

    bila ada rajin baru tulis lagi.. tapi part mari menyusun seroja bunga seroja tu kena ada..

    * baling keyboard sekali lagi atas riba mak esah.

    cepat sambong hupdate !

    ReplyDelete
  7. adoi la, senak usus baca jawapan bos! hahahahahah.. jawapan terbaik, 1000 markah! haha

    ReplyDelete
  8. *tengok peha* hoi! apsal aku je yg kena ni! ini tidak 'adil! tidak 'adil!

    aku part taip tu laju, part susun seroja nak pilih2 tu jer yg aku letih...hmmm...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...