Monday, October 1, 2012

Amazing Thailand : Pattaya 1 - Arrival

Aummmmmba...

Aummmmmba...

Pst ! Jangan kacau. Pegi main jauh jauh dulu. Nanti aku panggil.

Aummmba....

Apa?? Aku buat apa?

Ni namanya teknik senaman nak suruh kerajinan datang !  Buat macam ni, nescaya lepas tu ruh rajin datang mencanak canak baru la aku jadi hantu dan jari jemari jadi laju. Baru boleh taip dan menyiapkan entry.

Aummmbaaa..

* sampai terlelap.

Hahahaha.

Tu mukadimah tu. 

Baik lah. Seperti yang di war warkan melalui CNN, BBC, ABC, DEF, GHI dan semua media media yang ada dalam dunia ni, abang telah menghabiskan cuti beberapa kerat hari tu pergi ke Pattaya.

Sebelum apa apa, nak kasik tau, trip ke Pattaya ni sebenarnya aku tak ingat bila aku beli tiket. Tapi mungkin dah lama. Aku actually nak ke Bangkok sebab lepas trip ke Bangkok tak jadi dengan GBS hari tu, aku pun memasang niat dan azam Dungun untuk ke Bangkok.

Ada hari yang agak indah hari tu, aku jumpa la tiket murah ke Bangkok. Apa lagi kalau bukan dengan menaiki airline tambang murah Air Asia itu.

* kesat airmata tepi tayar kapal terbang

So bila aku planning planning nak pegi, hari demi hari kebetulan pula masa tu sebelum raya so aku tak de masa sangat nak prepare. Cuti raya lagi apa semua, so aku main bedal je la gamble macam biasa. Bak kata OR sebelum aku pegi tu.

"Awak dah kemas beg ke Yang?"
"Belum"
"Hmmm macam tak biasa kan?"

Kejian ke apa tu?? Memang last minit pun. Lepas balik dari kampung dan esoknya baru aku terkocoh kocoh la nak print itu, nak cari ini, nak web check in sampai aku tak jumpa cari charger iPod aku. Mana ntah aku letak. Cari cari tak jumpa so iPod aku tak bercharge la. Tak leh nak guna. Nasib boleh pakai iPhone je.

Hari yang di nanti pun tiba. OR hantar aku kat airport hari tu.

"Yang.. awak tak payah pegi lah"

Dia cakap masa kat rumah.

"Kenapa?"
"Ntah.. Teman saya"
"Awak kan nak pegi beraya. Saya malas nak ikut"

Alasan je tu. Padahal memang aku yang dah gelepor seruh sereh (shuffling) tak sabar sabar nak pegi travel sebab bulan puasa hari tu tak de travel ke mana mana.

Dan drama pilu dia tak menjadi, akhirnya dia hantar jugak aku ke LCCT.

Kami berpisah lepas tu dan aku terus pegi boarding sebab agak dah lambat sikit. Tukar duit Baht sebanyak RM400 sebab aku masih ada dalam THB2000 saki baki masa pegi ke Samui dulu. So buleh la buat tambahan.

Tak lama menunggu, pengumuman di buat dan lebih kurang sejam lepas tu aku dah pun berada dalam perut pesawat Thai Air Asia menuju ke Bangkok.

Ayuh layan gambar.

* mati la setengah entry baru gambar nak keluar.

Ini kapal terbang

Ini pula abang yang cuba cuba curi tulang. Haaaa kantoi ! * suka suka aku speku orang curi tulang padahal dok buat keje *

Ini Putrajaya dari udara

Close up.. Office sapa tu, sila angkat tangan !

Perjalanan dari LCCT ke Bangkok agak smooth walaupun cuaca mendung dan berawan.

Mula mula je nampak view kat luar pastu mendung sepanjang masa. Dah nak sampai ke Bangkok lagi la tak nampak apa. Awan gemawan je yang lebih.

Aku suspect mesti nak hujan di Bangkok.

Aku ada order prebook meal tapi aku tak makan sebab sebelum tu aku dah kenyang makan tengahari dengan OR. So aku simpan je makanan tu. Bila bila boleh makan nanti bila sampai di Bangkok.

Tapi.

Plan aku bukan nak terus ke Bangkok. Tapi aku mahu ke Pattaya. Keinginan ke Pattaya adalah memuncak. Apa ada di Pattaya? Benarkah Nasik Goreng Pattaya tersedap di dunia berada di Pattaya?

Sama sama kita nantikan.

Selepas berangan dan bermain main dengan perasaan, akhirnya pesawat membuat pendaratan dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan di Suvarnabhumi Airport Bangkok. Airport terbesar di negara Thailand dan salah satu airport terbesar di Asia Tenggara ini.

Awan yang terpilu

Landing time

Sampai

Airport ni sangat besar. Seriously besar. So kena abiskan banyak joule jugak nak menapak selepas keluar dari perut kapal terbang untuk ke balai ketibaan.

Sebab aku tak de apa nak di kejarkan, cuma aku nak kena cari transport terus ke Pattaya which aku dah check kat Wikitravel, nak pegi Pattaya kena naik bas yang terletak di luar airport ni sendiri.

Kencing dulu. Tanda kawasan.

Lepas tu baru berlenggang kangkung sebab aku bawak beg ringan je tak de apa apa bagasi lain perlu di tuntut.

Padah berlenggang kangkung sangat, sampai kat immigration counter tengok orang aku rasa nak pengsan.

Ramai gila !!

Padahal tengok kaunter punya la dah banyak, tapi orang lagi banyak. Nak tak nak terpaksa la tunggu dan beratur. Masa tu dah pukul 5 lebih. Bangkok ni lambat sejam dari Malaysia. Aku check transport ke Pattaya ada 2 jenis. 1 pakai government bas dan satu lagi ada private bus. Tapi private bus tu last bus dia pukul 6 petang ! Lagipun private bus tu katanya tak boleh walk in, kena book online dulu.  

Abis lah. Kena naik government bas la nampaknya. Bukan apa. Kalau government bas dia ada sampai malam tapi dia banyak stop stop di sepanjang jalan.

Tawakal je lah.

Urusan imigration mudah dan selesai. Ya lah, aku dah keluar masuk Thailand dah 7 kali, kalau dia melengah lengahkan jugak aku lempang pegawai imigration tu.

"You dont see my face Thai-look-alike?"

Macam tu aci kalau nak marah? Macam dia heran pun.

So lepas abis semua selesai aku pun keluar dari Balai Ketibaan. Ramai orang menunggu tapi tak de orang tunggu aku. Nasib la.

Dari wikitravel yang aku baca, bas bas ke Pattaya ni terletak di tingkat 2. Keluar dari Balai Ketibaan aku jumpa info counter then aku tanya minah tu.

"I want to go to Pattaya"

* ketuk ketuk meja.

Hahaha. Tak de lah. Then minah kat kaunter tu jawab.

"You go down"

Hah.. mudah je. Cakap dengan orang Thai ni ayat kena pendek pendek je, kang berbelit tak faham.

Maksudnya dari Balai ketibaan tu turun escalator ke belah bawah. Kat bawah tu ada banyak kaunter sewa kereta la dah tour semua, aku nampak Bell Tour. Private bus yang aku cakap kena book online tu. Tapi ada orang so aku tanya dia.

"Can I buy ticket to Pattaya"
"6 O clock"

Dia jawab. Maksudnya tak perlu beli online. Boleh walk in je. Tapi timing kena tepat la sebab yang pukul 6 tu last bus ke Pattaya. Aku tak sempat pun usha kat mana government bas yang di katakan tu. Mungkin ada lah area area bawah tu kot sebab area ni ada teksi apa semua benda.

Aku terus je beli tiket dengan harga THB200/RM20. 

Actually harga tiket dia cuma THB132/RM13.20 tapi tu kalau dia drop kat station je. Kalau nak suruh dia hantar terus ke hotel, bayar lah THB200 tu.

Aku dah book hotel satu malam. In case of apa apa. So aku suruh je dia hantar kat hotel tersebut.

Mudah. Settle kerja. Dan aku cuma perlu menunggu je pukul 6 bas akan bergerak meninggalkan airport ni.

Duduk luar dulu hisap rokok

Ni view dari tempat hisap rokok. Atas sekali balai berlepas, yang bawah tu balai ketibaan yang aku sampai tadi.

Tengah lepak lepak hisap rokok, ada minah Thai datang.

"Can I borrow your lighter"

Terkejut aku. Macam ni punya lawa lawa lemah lembut dengan baju tradisional nak hisap rokok pulak? Aku bagi je then dia duduk lepak lepak sebelah aku hisap rokok. Siap borak lagi.

"Why are you wearing this?"
"I work for taxi company"
"Oooo"

Kelakar la pulak.

Lepas aku abis hisap rokok, aku cakap nak ambik gambar dia. Laju je dia balas.

"Wait wait. This one not good"

Hahahaa.

Dia tak nak aku ambik gambar dia tengah merokok. So lepas dia abis hisap rokok sebelum dia blah, dia pun memberi pose istimewa untuk aku sebab bagi dia pinjam lighter.

Tara....

"Sawadeeekappppppp"

Waktunya pun tiba lepas tu.

Aku pegi check balik kat kaunter Bell Tour tu, ada ramai lagi lah yang menunggu. 

Eh. Aku rasa aku ada ambik gambar kaunter tu tapi tak de pulak. Terdelete ler ni kot.

So lepas menunggu pastu adalah pakcik ni panggil dan ajak bergerak menuju ke bas. Naik bas.

Ni gambar bas nya.

Taraaaa

Dan aku ambik port baik punya duduk depan sekali.

Suvarnabhumi Airport (sebutan dia Suvarnabhum - tak de i)

Perjalanan dari Airport ke Pattaya memakan masa lebih kurang 2 jam. Jauh jugak la tu. Tapi jalan smooth je la sebab dah malam.

Please take note. Lepas Oct 1, Air Asia akan landing di Don Muang airport. Airport lama yang akan di khaskan untuk Air Asia. So trip dari sana aku tak berapa sure lah cemana. Should be ada transport cuma jarak dia akan bertambah sebab airport tu terletak di bahagian atas sikit, jauh daripada Suvarnabhumi Airport dan Pattaya.

Aku lepak je dalam bas melayan perasaan. Sebelah pun tak de orang so selesa la jugak.

Sampai sampai di station bas utama Pattaya semua orang turun. Aku pun turun lah. Terfikir jugak, kata nak hantar sampai hotel. Rupa rupanya, ada van menunggu kat luar.

Dia ada list nama kita dengan nama hotel kita, so just tunjuk muka dan bagitau je sebab van van ni ada banyak jugak lah accomodate orang yang ramai turun dari bas tadi.

Ini van dia

Aku dapat duduk depan sekali. Sebab solo. Yang lain lain duduk belakang.

Then pemandu van bergerak hantar sorang demi sorang ke hotel masing masing. Aku duduk je perhati kan sekeliling. Tup tup dia  sebut nama hotel aku.

Ha...

Dah sampai.

Aku memang book hotel ni sebab last minit dan hotel ni paling murah aku jumpa. Lantak la. Belasah jer.

Sampai sampai terus check in. Sedang elok check in je. Hujan pun turun.

Turun dengan lebatnya..........................



Maka, aku stuck kat hotel tak boleh keluar. Terus pose pose gersang di ranjang.

Duduk la berguling guling kepenatan. Perut pun lapar. Nasib baik la ada nasi bekalan pre booked meal Air Asia tadi. Apa lagi, belasah dan makan sampai kenyang.

Alhamdulillah.


Pastu mandi, solat semua sambung berguling guling tengok TV dalam hujan di luar yang menggila menyambut aku ke mari, aku terlelap sampai pagi.

Cukup makan. Cukup tidur. Cukup semua. Bangun bangun kena cargassss.

Acara bermula di siang hari. Apakah Nasi Goreng Pattaya di temui?

bersambung.............

11 comments :

  1. baek nyer ko zoom abg curi tulang tu hahaha!

    hamboi amik gambar aweks sampai terdelete gambar kaunter hahahaha!

    hujan le plak ek? aku mmg pantang tul la, mcm kat vietnam tu hari la, sampai2 jer hujan...haih!

    hotel tu rega agak2 brapa? utk cheapskate cam aku ni kalo tuala bentuk gajah dgn angsa aku bleh bayar lagi, yg berbentuk kipas ni agak2 bleh tak? hahaha!

    ReplyDelete
  2. skrg ni musim hujan. susah nak bertravelan.

    oi update vietnam mana?

    ReplyDelete
  3. hotel tuala kipas ni harga dia dalam rm 100.. lebih kurang tu ler.

    tapi peti ais dia adalah gedabak.

    ReplyDelete
  4. ahahahah perasan je biqque tuala bentuk kipass!! ai pun kalo bentuk gajah ala-ala mampoo lagi nak duduk.. ekekekek....

    ai suka tdo hotel! Best. feeling lebeh.

    *sambil google hotel kat Tganu*

    ReplyDelete
  5. kalau ada yg tabur tabur bunga tu lagi parah..

    tu, aku hanya mampu menangis tepi katil je laaa

    ReplyDelete
  6. owh kipas kalo rm100 aku bleh lagi la, nak2 plak peti es gedabak mcm kat dapur umah ek? hahaha!

    aku duk taip skit2 ni, sibuk ngan buku sydney...haihh!

    tabur kelopak bunga?? huih yg tu kalo, skali jalan jer la, patu duk umah dendiam! hahaha!

    ReplyDelete
  7. Bang Meng, hotel apa mung duk kat Pattaya 1st day tu?

    "gelepow seruh serih" HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  8. biq : brp ari ko gi sydney ni.. mcm nak ambik SPM. sungguh2 beno study. belasah je ler.. jalan ikut kaki pun syok per.

    keri : gelepow ke gelepor??

    ReplyDelete
  9. gelepor pun buleh.

    hotel mende 1st day tu? muroh ke dok?
    (tanya macam nok gi)

    ReplyDelete
  10. august something. aku pun lupa. nanti aku check balik. dlm 100

    ReplyDelete
  11. aku gi EMPAT hari jer punnnnnnnnnn! preparationnyer macam nak duk SEBULAN kannnnnnnnnn! hahahaha!

    ha ape assignment ko nak suh aku buat tu hari?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...