Wednesday, June 6, 2012

Incredible India - Delhi - Delhi & Surroundings

Selain dari tempat tempat utama, aku pergi jugak melawat ke kawasan kawasan lain di sekitar Delhi.

Tapi mostly tempat tempat ni hanya singgah untuk ambik gambar je. Semuanya dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Sebab tempat tempat ni memang ada dalam itinerary yang di bagitau dalam list dan dalam pakej yang aku ambik ni. So memang aku pun tak sempat nak study apa apa pasal India. Aku banyak study pasal Iran !

* nanges.

Tapi hampeh. Last minit macam ni jadinya, so aku mengikut tempat yang di bawa oleh orang je.

Apa apa pun, ayuh usha kawasan kawasan lain ni.


Kawasan di atas tu nama dia Raj Ghat. 

Terletak di New Delhi.

Kawasan ni adalah kawasan perkuburan orang orang penting di India. 

Aku tanya Vikram.

"So all this places are tombs of prominent people in India?"
"No.. Hindu they dont call tomb. It is called, Samadhi"

OK. Aku ingat. Dekat dekat macam Semadi !

Eh. Hello ! Kena ingat okeh. Nanti Cikgu Vikram ni tanya soalan!

Bodo tak?

Serious lah. Lepas tu dia tanya aku. Aku dengan kembang hidung menjawab.

"Samadhi"
"Very good !"

Good otak hang !

Apa apa pun, mari kita pegi tempat ni. Aku pun tak tau apa significant aku perlu melawat tempat macam ni. Tapi !!!!

Today, the Rajghat attracts about 10,000 visitors a day and is a requisite stop for visiting foreign leaders, regardless of political ideology.
— The New York Times, November 2010

Nampak tak apa di tulis?

So sebagai foreign leader merangkap duta kecil dari Malaysia. Aku kena la pegi melawat !!

Hahahahaha.


OK. Tempat ni sebenarnya adalah tempat bersemadinya Mahatma Gandhi.

Kenal tak siapa Mahatma Gandhi? Tu bapa kemerdekaan India lah.

Ingat ni, kang Cikgu Vikram nak tanya !!!

* gelak setan.

Apa apa pun nak masuk tempat ni kena bayar. Sebab nak simpan kasut. Kena dalam INR10. Murah je. Tapi hati hati kalau bagi duit. Macam aku bagi INR100. Dia pulangkan INR80 je.

Cilaka punya orang. Nak menipu je keje. Angin aku sekejap.

Pastu buat muka terkulat kulat tak bersalah. Nak je aku ambik kasut aku tu dan hempuk dia kuat kuat. Tapi kang tertanggal tapak macam kat Jepun pulak.

Oh. Aku pegi India pakai kasut lain.


So nak cerita pasal tempat ni pun aku tak berapa tahu sangat. Orang memang ramai la. Kawasan dia agak besar. Yang bongkah hitam tu la tempat bersemadinya Gandhi. 

Nampak tak orang berempat tu?

Tau mereka buat apa??

Aku memula ingat dia orang macam baca ayat ayat apa ke. So aku tanya Vikram.

"What are they reciting?"
"They are singing"
"Singing?"
"Yes. Gandhi's favourite song!"

* picit kepala.

Motip la kau menyanyi di kuburan. Ni Kuburan Band kah?????


Nampak tak tulisan Hindu tepi bekas besi tu?

Tu di tulis

'Oh God'

Yang merupakan perkataan terakhir di ucapkan oleh Gandhi sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir beliau.

Tu je la benda yang boleh aku cerita kan pasal tempat ni. Yang lain lain tak menarik sangat.

Lagi tak menarik sebab cuaca panas gila pastu kena bukak kasut !

Dan ni beberapa bangunan lain yang kelihatan.

Salah satu kuil terbesar di Old Delhi

Kuil Sinkh

One of the Sikh temple. 

Kemudian, kami pun pergi menuju ke President Palace.

President Palace ni terletak satu hala dengan canopy dan Indian Gate tu. Tapi jarak dia agak jauh la. Cuma sebab kawasan tu rata so boleh nampak bangunan bangunan tu dari satu sama lain.

Kiranya kawasan ni macam Putrajaya.

Sapa  yang ikut siapa eh? Putrajaya dulu ke atau New Delhi dulu? Tapi kompleks ni di bina pada 1931. So, go figure !

Tapi kawasan ni memang saling tak tumpah macam Putrajaya.

India Gate dari jauh

India Gate dari Government Complex

Kompleks bangunan kerajaan

One of government department




Dan akhirnya ini lah dia President Palace.


Tempat ni tak boleh nak masuk.

Boleh usha usha dari luar je.

Bosan !


Pastu abis area ni, Vikram cakap dia nak bawak aku pegi lunch.

Aku bagitau dia ada 2 tempat yang aku nak pegi. Lotus Temple dan jugak Akshardham. Aku bagitau Vikram. Dan awal awal lagi masa kat lobby hotel aku dah cakap dengan dia, aku suruh masukkan 2 tempat ni dalam tempat lawatan hari ni.

Tau dia jawab apa.

"We can go there but you have to pay USD20"
"Fuck. Why should I?"
"Because it is not in the itinerary"
"But, you cant depend on that itinerary. I am the customer. I can decide where I want to go"
"No Sir"

Fuck lah !

Aku terus stress. Sampai sudah aku suruh dia pegi dia tak nak. Dia berkeras suruh aku bayar another USD20. Drebar tu diam je.

"The money is not for me. It is for the company"

Nak je aku call company tu masa tu tapi aku tak de phone India. Hish.

Terus tersentap di hati. Makan dalam. Serta merta dengan saki baki kemarahan yang ada aku terus rasa nak mencarut.

"Babi lah"

Pastu dia pusing belakang tengok aku. Aku buat diam je. Buat muka ketat.

Lotus temple. 

Akshardam

So aku syorkan sesiapa ke Delhi. Sila pegi Akshardam ni. Tempat ni lawa. Dia macam Hindu Compleks yang more to educational.

Tapi masuk dalam tak boleh bawak kamera.

Aku bengang dengan Vikram. Sepanjang jalan gi tempat makan tu aku rasa bengang.

Pastu jalan pulak jem. Baru tau betapa busynya Delhi masa tu. 

Tup tup aku nampak Hard Rock Cafe !

Argh............................... Aku terus teruja.

"Can we stop and eat somewhere here?"
"No"
"Why. I am the one who is going to eat"
"We need to follow the itinerary. Company has the plan where to eat and where you can shop"
"Fuck you !"

Terus aku rasa nak mengamuk.

"Can we just stop for a while? I need to get something"
"I am afraid we will not have much time"

Dan lepas tu aku terus declare war dengan Vikram bodo ni.  

Bodo !

By the way. Hard Rock Cafe Delhi terletak di Kompleks Membeli Belah di Saket. Aku kecewa tak sempat singgah. Sebab dah janji nak carikan baju untuk Tasuke dan Zul Alex. 

Sorry. Tak de rezeki.

Ni address dia.

Hard Rock Cafe New Delhi
M 110, Multiplex Building'
1st Floor, DLF Place,
Saket District Centre,
New Delhi - 110017

Aku nampak gitar dan signage. Tapi aku tak sempat nak ambik gambar.

* nanges air mata berlinangan jatuh atas kerusi.

Tap. Tap. Tap.

Kill kill die die Vikram ! 

* mati la drama Tamil

4 comments :

  1. melampau la vikram ni! nak je lempang secara berjemaah! bongok ke hape tak leh nak selit2 skit iti lain!

    weh, Government Complex tu serius cam Putrajaya. patu Akshardam tu cun gile! aku tak pi...cis!

    menarik ni, different point of view and stories compared to kitorang nyer trip...bagus! (thou guide ko cam haram)

    ReplyDelete
  2. mcm citer tamil yang kita biasa tengok.

    hero akan keluar last last....

    ReplyDelete
  3. aku rasa dia balas dendam sbb ko pulangkan balik duit abang beca tu kot....hhehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...