Thursday, June 21, 2012

Incredible India - Jaipur to Delhi

Hari terakhir di Jaipur dan hari terakhir di India sebenarnya.

Seperti yang di janjikan dengan drebar aku, kami kena bangkit awal pagi dan meninggalkan Jaipur untuk ke Delhi. 

Flite aku pukul 12 tengahari dan aku kena berada di airport pukul 10 pagi ! Perjalanan dari Jaipur ke Delhi makan masa 5 jam !

Kalau lewat memang aku akan terlepas flite balik KL.

Apa aku nak buat lagi kat sini. Aku dah bosan dan tak sabar nak balik. 

Lagi pun 5 hari travel bagi aku dah cukup lama. Aku tak boleh gi travel lama lama. Bosan dan asyik fikir nak balik. Tapi aku boleh pegi kerap kerap.

Hiks.

Mana tak nya. Aku dah beberapa hari terputus hubungan dengan OR. Memang dari Agra dan Jaipur langsung tak de coverage phone. So dia pun mesti dok SMS aku dan aku pulak tak dapat. Nak message dia balik pun tak lepas.

Pagi tu seperti yang di janjikan, jam 4.30 pagi drebar dah tunggu kat lobby !

Dia siap call aku. Time tu aku dah siap siap dah pun.

So keluar dari hotel, check out dan kami terus bergerak menuju ke Delhi subuh subuh hari.

Boleh tahan la laju drebar ni bawak sebab  jalan tak banyak kenderaan lagi. Kalau tak memang sangkut lah.

Masuk kereta je aku tidur.

Pose pose.


Sedar sedar sampai kat mana ntah. Drebar kejut aku. Dia cakap ada sedara dia nak tumpang ke Delhi. So dia tanya aku benar kan ke tidak. 

Aku OK je. Plus aku dok kat belakang pun membuta.

Then dia berhenti kat mana ntah, ada satu lelaki masuk. Dia duduk depan.

Pastu dia berborak berdua. Borak slow slow je takut kacau aku lah tu.

Sampai kat satu kawasan dia berhenti untuk breakfast.

Aku malas nak minum pun sebenarnya tapi dia nak rest agaknya so aku just lepak lepak hisap rokok je lah kat luar.







Dah sampai kat Delhi baru la aku tersedar lepas tu.

Satu pagi aku tidur. Mamat sedara dia tu turun pun aku tak perasan. Syok tidur kat belakang. 

Sampai kat Delhi dah pukul 9.30 lebih. Nak kena pegi ke airport pulak. Masa tu kenderaan dah tersangkut sangkut. Banyak kereta. Tapi alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak kat airport tepat jam 10 pagi !



Kat terminal 3, dia turunkan aku.

Sempat la nak suruh aku isi borang feedback. Memula macam malas tapi dia sungguh sungguh suruh aku tulis. Aku tulis la. Siap dia suruh aku tulis pasal dia. Apa lagi, satu kertas belakang borang tu aku tulis puji puji dia sikit.

Suka la hati dia.

Dia OK sebenarnya so aku tak de masalah dengan dia. So bagi up skit moga moga nanti rezeki dia bertambah.

Kat airport aku terus check in. Gate dah bukak pun. Beg aku masa datang tak sampai pun 7 kilo. Balik terus cecah 12 kilo ! Terus dia tak bagi bawak naik flight. Kena check in beg.

Tak pe lah. Tak de benda penting pun. Aku selalu malas nak check in sebab leceh nak tunggu luggage keluar bila dah sampai nanti. Lagipun naik MAS, walaupun aku tak de beli luggage dengan AAX hari tu, so ni kira dapat free je lah.




Lepak lepak sekejap sebelum panggilan di buat dan aku pun selamat masuk dalam flite.

Lega.

Puas.

Penat.

Macam macam perasaan ada.

Sampai Delhi baru boleh SMS OR. Dia sibuk ingat aku karam dalam kejadian kapal karam di India. India belah mana pun tak tau. Dia suka la fikir bukan bukan.

Airport dari udara

Dalam flite



Dan akhirnya pukul 10 lebih kot, pesawat mendarat dengan selamat di KLIA. Naik flight baru tu 777-200.

OR dah menunggu dengan setin kopi tongkat ali. Dia dah faham, kalau aku merayap oversea mesti tak puas berak kalau tak minum kopi.

Bukan tak puas. Tapi tak best sebab taik tak cantik !

Aku pun dah penat.

Tapi Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. 

Bagi aku India ni best. Banyak pengalaman kita boleh belajar. Banyak benda kita boleh tengok. Tapi kena sentiasa berhati hati sebab orang yang nak menipu banyak. Mana mana pun ada. Dia orang mencari peluang je.

Kalau di beri peluang aku masih mahu ke India. Tapi cover tempat lain lah pulak. Insya Allah satu hari nanti.

Budget perbelanjaan di India ni sebenarnya murah je. Kalau macam aku pun kira OK lagi. Kalau naik train dan buat arrangement sendiri lagi lah murah rasanya. Aku rasa aku banyak abis duit bagi tips ! Tapi tak pe lah. Rezeki  dia orang.

Apa apa pun.....

India is incredible. Go ! Seek ! And be discovered ! Kan Biqque ????

So ada sesapa terasa nak pegi India tak???????

TAMAT

4 comments :

  1. yup, been there in 2008...golden triangle of india :)
    exotic, traditional, artistic, unique and yes incredible india!

    ReplyDelete
  2. JJ : india memang best sebab tempat cun cun.. tapi nak travel tu hassle gila

    ReplyDelete
  3. Meng, agaknya kalau pergi india time winter best kut...idok le kepanasan...tapi walau macamanapun, india dah masuk dalam agenda aku...terima kasih Meng atas penceritaan ko yg detail dan sangat menarik ni :)

    ReplyDelete
  4. HG : ada ke winter. winter tak de.. unless belah belah kashmir tu kot. new delhi ke bawah ni mcm panas average kot.

    good.. pegi india pastu share dgn aku lak pengalaman tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...