Monday, June 18, 2012

Incredible India - Makan

Hah !

Kali ni nak citer pasal makan di India.

Aku ni memang memilih makanan dan apa yang aku nak makan tapi aku tak de cerewet. Cuma kalau benda yang aku tak makan, memang aku tak makan.

So tak de hal.

Lagi pun kalau travel soal makan ni tak berapa penting sangat. Pernah macam kat China dulu aku tak makan Nasi beberapa hari, OK je. Cuma rindu la nak makan nasi. Kalau kat Japan lagi lah.

Tapi aku OK je. Bedal apa yang ada dan aku rasa boleh mengalas perut.

Sepanjang di India macam tu jugak. Aku memang dah set mind aku, aku akan makan kalau jumpa makanan. Hahaha. Cemana eh. Tah la. Susah nak explain.

Cam ni lah. Kalau tak de nasi pun, kalau biskut ke apa ke, aku boleh je survive. So kalau aku travel tak de la aku sibuk nak bawak maggie la, rendang la apa lah.

Apa apa pun, aku cuba jaga pemakanan supaya tak termakan benda benda yang tak halal di makan atau memang tak boleh di makan.

Aku cuba sedaya upaya walaupun memang ada kala hampir hampir terkantoi juga.

Let's usharina apa aku makan sepanjang aku di India.


Gambar di atas lah muka Vikram !

Ya. Boleh keji dia dulu sekarung dua.

Selalu orang cakap tap water tak boleh minum especially di negara negara macam di India yang tak terjamin kebersihan dia. Aku pun memang tak minum. Selalu kalau hari hari ke atau waktu aku berjalan memang aku bawak air mineral satu botol dalam beg. Kalau tak beli pun aku bekalkan siap siap sebelum keluar hotel.

Gambar di atas tu adalah segerombolan geng geng pari pari sedang minum tap water. Ada public area yang dia orang boleh minum.

Tak tau la. Mungkin perut dia orang memang dah kebal kot. Bagi aku, selagi boleh berhati hati dan selagi boleh tahan. Jangan minum. Takut apa apa jadi kang menganggu perjalanan dan percutian pulak.

Babit kau Vikram !

* mati la tetiba memaki.


Ini pulak kedai yang Vikram bawak aku masa kat Delhi.

Vikram lagi?

Ya. Kedai kedai macam ni selalunya memang di tetapkan oleh tour company. Maybe la dia orang dapat komisyen sebab bawak pelanggan dan aku pasti, drebar, guide dan dia orang semua ni dapat makan free jugak.

Aku OK je. As long halal dan nampak OK. Aku belasah.

Kedai Red Onian ni terletak di New Delhi.

Memula musykil jugak takut tak halal tapi bila masuk nampak ramai je yang pakai tudung. Maybe tour company dah budget siap siap dia orang cari kedai yang halal je.


Waktu di Delhi ni, aku makan Nasik Goreng Cina.

OK lah. So So. Nasik Goreng Cina yang di masak oleh orang India. What do you expect?

Apa apa pun, mango juice dia terbaek !

Makanan dia tak pedas dan aku ni memang tak berapa suka pedas. Tapi kalau tak pedas langsung memang rasa semacam je. So sambal dan cili menjadi peneman.

Banyak pulak tu. Seingat aku harga makan ni berjumlah RM41. Aku ingat sebab aku bayar pakai Debit Card dan tertera harga in Ringgit Malaysia.


Pencungkil gigi dan pewangi mulut. Ada rasa mint mint sikit

Malam tu masa kat Delhi aku sakit kepala masa aku keluar pegi beli ubat tu aku singgah kat kedai runcit dan ini aku beli.

Ini la dinner aku untuk malam tu.

Abis air Delima aku minum. Hahaha. Sedap jugak. Yang penting, kalau beli kat kedai runcit tu murah je. Air ni kotak besar, semuanya dengan biskut biskut tu berharga tak sampai RM6.

Macam mengandung je nak minum air delima ni


Kedai Indiana Restaurant ni aku singgah masa sampai di Agra.

Masa tu lapar sebab on the way, drebar singgah aku tak makan kat restoran tu. 

Kat kedai ni la aku jumpa awek Brazil makan Tandoori macam makan nasi. Laju je. Langsung tak de fikir pasal pedas dah. Gambar bawah baju pink tu la si Laura tu.

Aku makan Nasik Beryani kat sini




Verdict !

Beryani dia sedap gila. Tapi ayam macam sekor. Springs chicken la tak abis pun aku makan. Banyak. Tapi memang sedap.

Dan malam tu aku cuma makan biskut je sebungkus. Dream Cream kaler pink tu sedap weh... 


Pagi waktu di Agra sebelum pegi Taj Mahal. Aku breakfast kat hotel.

Restoran dia kat roof top bangunan so view agak OK la walaupun permandangan ntah hapa hapa.

Tapi aku lebih awal pada waktu makan so dia orang belum siap prepare aku dah tercongok menunggu !

View dari roof top

Billboard yang menutup view Taj Mahal. Bang.. ke tepi sikit boleh???

Menunggu

Dan sebab aku cakap aku nak cepat, ni je dia sediakan untuk breakfast aku pagi tu

Waktu perjalanan dari Agra ke Jaipur, drebar singgah kat satu kedai ni tepi jalan.

Hotel murahan tapi ada restoran lah kira macam R&R.

Aku lapar jugak time tu, so aku order Beryani.





Restoran OK. Tapi aku sorang je. So aku macam tak fikir masa order tu.

Bila dah sampai tu, sentuh nasi sikit then terdetik hati. Mamat waiter tu datang, aku tanya dia.

"Are you Muslim?"
"No?"
"Is this Muslim food?"

Tak leh jawab.

"Halal?"

Tak leh jawab jugak. Aku panggil mamat sorang lagi, tanya soalan yang sama asyik geleng je. Aku pun jadi was was.

OK. Fine.

Aku tolak tepi.

Nangis la nasik tu tak terjamah.

Tapi aku rasa memang macam tak sedap pun. Ayam dia banyak gila !

Waktu sampai Jaipur aku tak makan malam. Esok nya baru aku breakfast kat hotel.




Tapi aku tak lalu tengok makanan dia.

Macam semuanya aku tak leh nak makan. So aku makan buah dan roti je.

Sungguh menjaga diet. Padahal menangis kelaparan !

Dan lepas abis tour Jaipur tengahari tu, guide aku bawak makan kat tempat makan ni. Aku siap cakap awal awal kat dia, bawak aku ke Muslim restaurant. Nasib baik dia OK.

Kedai ni terletak on the way ke Amber Fort.




Aku order Garlic Naan dengan Chicken Tandoori.

Verdict dia?

Pergh. Sedap gila ! The best tandoori aku rasa aku pernah makan. Habis ayam  tu aku kerjakan. Ke sebab aku memang lapar?

Tapi memang sedap. Restoran Manager tu pun OK. Berkali kali dia datang kat meja aku dan lepas aku makan sempat borak borak kat luar time hisap rokok.

Malam tu aku cuma makan Vegeterian Noodle tu. Makan sikit je. Biskut dan Chips tu tak sentuh pun.


On the way balik dari Jaipur ke Delhi, drebar singgah untuk breakfast.

Ikutkan aku macam malas. Ntah mana mana tempatnya sebab aku tidur je sepanjang jalan. Tup tup dia suruh aku bangun untuk breakfast.

Tuan kedai pun baru nak bangun.

Ni kedai dia.



Aku order French Toast tu, tapi datang keraguan sebab aku tengok kedai dia tak berapa bersih.

So aku minum je. Then blah.

Kat luar jumpa adik ni tengah lepak lepak atas tembok.


Aku tala kamera nak ambik gambar dia dan dia sangat mesra sambil buat pose dengan muka penuh bedak.

Aku panggil dia dan bagi semua chips, biskut dan makanan makanan yang ada. Dia sangat suka hati.

Balik KL aku kemaruk nak makan Nasi Lemak dan aku rindukan Roti Telur Inzal kat office aku tu.

Overall, makanan di India tak susah nak cari. Halal restoran ada, cuma kena hati hati dan pilih yang betul betul bersih. Alhamdulillah, aku tak de kena sakit perut ke apa.

1 comment :

  1. perut diorang dah kebal, berlapis2 dah antibody hahahaha!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...