Tuesday, June 5, 2012

Incredible India - Delhi - Chandni Chowk

Lepas abis di Jama Masjid, Vikram bagitahu aku.

"We are going to Chandni Chowk"
"OK"

Haram aku tak tau pun tempat apa. Main ikut je. Hahahaa. Lagipun aku rengsa dengan orang ramai yang masih mengerumuni aku.

"Nak mintak autograph kah??"

Aku patut tanya orang orang tu macam tu. Tapi mulut aku terkunci.

Vikram ni agak protective gak la. Dia nampak aku kena kerumun dia cepat cepat tarik aku. Pastu dia cakap Hindu sikit baru la orang orang tu bersurai.

Memula aku macam cuak gak la tapi lepas tu aku rasa OK sikit sebab dia orang ni semua nak menjual. Dan tak de la pushy sangat cuma dok ulang puluh puluh kali sampai aku rasa bosan.

Kalau terlebih ulang kang aku boleh cakap Hindu terus lepas tu.

"Do you want to walk or by trishaw?"
"Hmmm I think I love to try trishaw"

Dan begitu la, Vikram tahan satu beca dan lepas tu aku dengan dia dah naik beca. 

Bila duduk sebelah Vikram ni baru la aku terasa. Oh. Bau kari !!!

Kadang kadang bau nya mari. Buat aku sakit kepala. Pening pening lalat juga.

Tapi tak pe. Aku kena tahan. Kat persekitaran pun bukan bersih sangat. So kalau nak tempuh kawasan ni, hidung kena lebih berdaya saing.

Naik beca tu dan abang beca bawak kami keliling Chandni Chowk ini.


Chandni Chowk ini merupakan pasar jalanan yang sangat besar. Terbesar di India. Terletak betul betul di depaan Jama Masjid dan kawasan dia melingkupi sepanjang rumah rumah kedai hingga ke Red Fort. Pastu ada jalan pusing pusing lagi ntah ke mana mana.

Pendek kata memang jauh. Dan paling ngeri, jalan dia sempit sempit lalu celah celah bangunan.

Orang dah la ramai. Memula tu aku rasa OK lagi, lepas dah sesak barat siap beca ni berlaga laga aku rasa kalau jalan kaki silap silap boleh kena langgar.


Tapi kawasan dia luas dan jalan dia panjang. Cuma jalan sempit lah. Di sepanjang jalan tu boleh nampak orang berniaga. Macam macam la. Dari barang barang basah. Buah buahan. Kelengkapan sembahyang dan barang barang harian yang lain. 

Aku just duduk dan enjoy the view. 

Sesuatu yang berbeza dari apa yang pernah aku nampak sebelum ni.


Sebab aku tak de plan nak shopping apa apa, so aku tak tau macamana nak buat urusniaga di sini. Tapi kata Vikram memang boleh dapat apa yang kita nak di kawasan ni sebab kawasan dia luas.

Kedai kedai dia pun memang sempit sempit belaka. Kalau jalan boleh berselisih bahu.

Dari lorong lorong kecil kami ke jalan besar. Di sini terletaknya kuil punjab yang paling besar di Delhi. So kawasan ni macam ramai pulak orang punjabi.

Kuil Punjab yang ada dome kaler gold

Dan di kawasan ni memang boleh tengok la kegiatan seharian orang di Delhi.

Kawasan ni sebenarnya boleh di kategorikan kawasan low class di India. Rata rata yang berniaga dan berkeliaran di sini adalah golongan yang tak berapa nak kaya. Tapi yang datang membeli belah tu tak tau lah. Mungkin jugak ada orang kaya yang cheapskate datang beli barang secara borong di sini.

Kawasan ni memang aku cakap tak berapa bersih.

Lembu berkeliaran.

Boleh tengok lembu berak dan kencing merata rata. Dan orang pun tak segan dan silu kencing tepi tepi jalan.

So apa sangat la beza orang dan lembu di sini?

Hiks.

Cuma keadaan hiruk pikuk macam ni berbeza. Bukan selalu nak jumpa tempat macam ni. So to experience something different, boleh pegi ke Chandni Chowk ni. Vikram kata ada lagi local market macam ni, salah satunya nama Sarojini Market. Boleh la sapa ke Delhi usha usha tempat ni.

Kalau nak berbelanja pun boleh. Beli sari ke apa ke. Mungkin murah di sini. FM aku tak pasti. Aku usha usha jugak macam tak nampak kedai cenderamata sebab ni bukan kawasan tumpuan beli belah pelancong. More to local market.

Tapi barang memang banyak.

Dan apa yang lebih menarik perhatian aku adalah mengenai kehidupan orang orang di India. Kat kawasan ni kita boleh tengok macamana mereka mengerjakan tanggung jawab seharian. Angkat mengangkat. Tarik menarik. 

Dia orang buat apa saja untuk meneruskan kehidupan.

Kalau aku bab nak angkat berat berat macam ni.

Aku rela berlakon buat pengsan dulu, sampai ambulans ambik hantar kat hospital baru aku buat buat sedar.

Saksikan !






Tahukah anda kawasan ini telah menjadi lokasi pengambaran Filem Kabhi Kushi Kabhie Gham? Scene tempat tinggal Kajol dan Kareena Kappor. Tapi dalam filem tu tempat ni tak de la nampak cokia macam ni. But in reality...

Hmmmph. Agak agaknya Kajol pun pakai tabung oksigen ke hulu ke hilir sebab tak tahan bau dan kawasan yang kotor.

Aku senyum sendiri je bila tengok orang kencing tepi jalan. Nak snap malu. Tak boleh imagine. Tapi kalau dah terdesak.. Hehehe.

Pancut je la kan?


Ramai jugak yang melepak di kiri kanan jalan.

Tengok kawasan ni dan kehidupan manusia di sini teringat kawasan kawasan di Indonesia. Walaupun sedikit berbeza tapi tak banyak. Mungkin benda macam ni berlaku sebab bilangan penduduk yang ramai dan taraf kehidupan yang sukar bagi mereka.

Vikram offer aku turun dan jalan kaki. So aku turun jalan dalam 10 minit. Tengok realiti kehidupan manusia. 

Nyata berbeza. 

Then lepas tu kami balik semula ke Jama Masjid.

Sampai sampai ada drama tamil seorang pompuan menangis sambil marah marah drebar bas pelancongan ni.

Ingat kan apa.

Rupa rupanya.......................


Anjing dia mati kena langgar !

Terus dia amokan puaka kat situ !

Dan aku pun nak amok kat situ sebab aku realize Vikram tu adalah kaki kencing. Dia kencing aku kata harga beca tu INR300 (RM18). So aku bayar tanpa banyak fikir sebab aku rasa aku percayakan dia.

Lepas aku jalan ke depan sikit, then aku toleh tengok dia buat deal dengan abang beca tu. Aku tak tau berapa dia bayar abang beca tu tapi aku rasa large sum of money masuk dalam poket dia.

Aku pusing dan patah balik.

"How much is he giving you?"

Aku tanya abang beca tu. Dia tak reti nak jawab. Dia cuma tunjuk duit kat aku. Vikram cuma bagi dia INR 50. 

Bangsat betul.

Aku mintak semua balance dan aku bagi kat abang beca tu. Aku tak tau berapa harga aku patut bayar tapi aku lagi panas hati kalau duit tu bukan abang beca tu yang dapat tapi si hanjing Vikram ni.

"What are you doing?"

Aku malas nak fikir sangat so aku blah jalan ke kereta.

Tapi ada rasa kena tipu dan tak sedap sikit. Terus aku rasa macam nak langgar Vikram. Tapi aku tak bawak bas. Aku lebih kesian kan abang beca tu sebab dia yang gigih bawak aku yang berat macam tong gas asli ini tambah lagi bawak si Vikram tu.

Aku rasa mamat guide aku kat Delhi ni yang patut kena langgar, bukan anjing tu.

Vikram Hanjing dengan Abang Beca yang kesian.

Vikram diam je lepas tu. Langsung tak cakap apa apa.

4 comments :

  1. kitorang penah gak kena bawak gi tempat shopping mahal, aku dah cakap, bawak gi tempat murah. ha amik hobat, aku maki kat situ dan2 tu gak, patu aku halau dia, terus dia tak dpt satu sen pun hahaha!

    ko patut suh abg beca tu langgar je vikram tu balik!

    ReplyDelete
  2. abg beca tu x berperasaan.... mainan dalaman kureng

    ReplyDelete
  3. then ko yg patut bawak beca tu langgar vikram bhai tu hahaha!

    ReplyDelete
  4. aku rasa mcm nak tembak dia 3 das

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...