Friday, June 29, 2012

CANny ONg Yang Kecederaan

Bercerita pasal Canny Ong aku yang rosak tu. Hari ni aku berkesempatan lari sekejap pagi tadi pegi ke Pusat Servis Canon di Saujana Subang tu.

Ayuh !

Mari ikut sekali. Mana tau nanti nanti kamera korang rosak, boleh gi bekki di sini.

Aku tak de map. Tapi kalau nak pegi, tempat dia terletak di Saujana Subang. Ikut arah ke Subang Airport pastu ambik kiri arah ke Saujana KL. Masuk dalam tu akan jumpa Peremba Square. Nanti ada signboard Canon besar.

Hah tu lah dia.


Sampai sampai je, aku cuba cari parking untuk customer. Tak jumpa. Tapi jangan risau. Buat macam aku. Tanya pak guard kat situ.

"Bang, Tak de customer parking?"

Dia gelabah. Pastu dia carikan untuk aku. Yes. Boleh park depan building tu je. Parking agak merata tapi tak akan kena clamp kot sebab dia yang suruh.

Pastu masuk dalam pusat servis tu di bahagian lobby bangunan dengan muka mewah !

Kaunter Khidmat Pelanggan

Dah sampai, ambik la nombor. Macam aku pegi tadi tak de ramai orang. Tunggu tak sampai 5 minit then nombor di panggil.

Yang bestnya, aku bagi kamera aku kat dia then dia scan terus je.

Kalau rajin buh la nama sendiri

"Encik Meng... How can I help you?"

Terkujat jap aku.

"How do you know my name?"
"From the system"
"Owh.. I love technology"

Poweresss ! Pantas. Nama tu aku register masa warranty dulu kot.

Tapi kalau aku bukan tuan empunya kamera tu cemana???? Konfiden lebih je sebut nama orang.

Apa apa pun, aku pun cerita la kat dia kesedihan aku dan apa yang berlaku sambil menetes air mata duyung tap tap tap atas meja satu persatu dan dia mendengar dengan hiba.

OK. Semua tu aku tipu.

Aku cakap apa yang perlu dan tunjuk Canny Ong aku ni.

Canny Ong yang tercedera

Dia pun ambik details, serial number apa semua, pastu ketuk ketuk kat keyboard. Then pulangkan semua barang aku yang dia tak perlu.

Ni semua pulang balik

Pastu apa lagi uols !

Balik lah !

Motip nak berkhemah dan berlama lama di situ?

Dia kata dia akan call nanti untuk quote dan dia akan baiki dalam masa 7 hari bekerja. Tak pe lah. Aku tak de guna pakai Canny Ong buat masa terdekat ni nanti so biar la dia berehat di sini.

Nanti dia boleh berkerja lagi dengan gigih. Segigih tuannya ini.

Pastu aku pun blah dan pegi breakfast.

Tapi, yang menariknya aku suka rumah rumah kat area Saujana tu. Tempat tu memang la tempat mewah. Orang kaya kaya je. Yang miskin miskin macam Jehan Miskin memang tak boleh duduk sini aku rasa. Ini kan pulak aku yang 'papa' ni. Mama pun tak boleh kalau kawin dengan orang tak kaya.

Amaya Kondo - Aku pernah berangan nak beli rumah ni dulu. 
Tapi tak jadi. Now harga dia dah mahal gila. RM 800K

Serai Saujana - Banglo  ni memang menjadi idaman. 

The View - Serai Saujana. Ni pun menjadi igauan aku sampai sekarang jugak. 
Bila tengok je mesti menetes air mata kasih.  

Tau berapa harga banglo Saujana tu?? RM4 juta ! Kondo tu min RM1.5 juta !

Kao mampoooo????

*  rebah depan kedai pajak gadai dengan segenggam bulu ketiak bersalut emas di tangan !

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...