Wednesday, February 29, 2012

Highlight Semarang - Dieng Plateau

Sambungan semalam. Ini dia kawasan jajahan Dieng Plateau yang aku sempat jelajah.


Dieng Plateau terletak kira kira 4 jam perjalanan dari Semarang !

* pengsan

Sakit bontot OK. Tapi aku ni kah gigih melampau. Nak jugak pegi. Nangis nangis nak pegi. Masalah sebab tak jumpa supir. Tapi nasib aku baik lah. Akhirnya hari ke 2 dapat jugak ke kawasan Dieng ni.

Kawasan Dieng ni agak sejuk especially di bulan June dan July dan di khabarkan ada salji di kawasan ini !!!!

Ni on the way ke Dieng. Ada sawah padi dan kawasan perkampungan. Permandangan memang super busa !

Kalau di Bali lereng bukit di tanam dengan padi, tapi di Dieng, tanahnya amat sesuai untuk tanaman kentang yang di export ke merata tempat terutamanya ke luar negara.





1. Kompleks Candi 

Dieng merupakan satu keajaiban pulau Jawa di mana di atas puncak gunung terdapat satu dataran luas setinggi 2000 meter dari aras laut. Di sini la kawasan yang mana menjadi pusat pemerintahan kerajaan Mataram Hindu lama di bawah pimpinan Gajahmada.

Namun begitu, disebabkan gempa bumi dan sebagainya, kawasan candi candi ini hanya tinggal 8 yang masih kukuh. Yang lain lain dah abis di telan bumi.

Ada banyak perkara menarik aku belajar di sini. Apa yang pasti, kawasan ni memang lawa. Nasib aku agak baik la. Mungkin sebab dia tahu aku datang jauh. Abis aku selesai melawat hujan turun lepas tu. Tapi sempat la mencapap sebelum tu dan ini hasil hasilnya.




2. Kawah Sikidang.

Tau tak Sikidang tu apa? Kijang !

Kenapa di namakan Kawah Sikidang? Kerana air sulfur panas dalam kawah tu menggelegak macam kijang yang terlompat lompat dan dari situ la asalnya nama Kawah Sikidang ini. Selain tu ledakan magma panas ini boleh muncul di mana mana saja di kawasan kompleks kawah Sikidang ni ikut suka dia.

Kawasan di atas puncak Dieng Plateau ni masih aktif memuntahkan haba dan wap dan tetap menjadi tumpuan pelancong ke sini. Wah, ayat buku !



3. Telaga Berwarna.

Haaaaaaaaaa.. Ini lah tujuan asal aku ke sini. Nak tengok Telaga Warna ni. Sejak dari masa aku ke Jogja dulu lagi. Dan kali ni, peluang yang ada ke Kota Semarang tak aku lepaskan dan ini alah dia, tasik yang berwarna hijau disebabkan oleh sulfur di dalamnya. Kalau cuaca panas, airnya bertukar warna menjadi pelangi dan kebiruan.

Tataplah sepuas hati mu.





4. Gunung Sikunir

Gunung ini menjadi idaman ramai pendaki untuk melihat matahari naik. Dari Dieng Plateau ni memang nampak jelas kalau cuaca baik macam on the way pegi gambar pertama aku tu, tapi ni gambar masa balik. Dan mendung dan hujan, dah tak kelihatan.

Walaupun Gunung Sikunir tak sepopular Siti Nurhaliza ataupun Gunung Merapi atau Bromo, tapi tetap ia memiliki keajaiban alam yang tersendiri.

Aku tak daki lah. Usha usha je.






Dan itu saja.

Banyak lagi tempat menarik di Semarang sebenarnya kalau nak jelajah tapi semuanya bukan dekat dekat lah. Trip ke Dieng ni pun satu hari penuh. Keluar pagi hari dan malam baru aku sampai hotel. Tapi aku puas.

Apa apa pun, kawasan Dieng ni memang lawa dan menarik terutamanya kepada pencinta alam macam aku ni.

Pencinta kah?

* rebah sambil kutip puntung rokok yang aku buang tadi.

Untuk details perjalanan nanti aku update bebila aku rajin. Ada cerita seram lagi menyeramkan !

* mati la trip lain pun tak siap siap.

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...