Saturday, February 4, 2012

Superman, GBS Berbackpacking Negeri Sigantang Lada - Part 1

Khamis
6 petang.


"Cemana beb? Jadi tak ni?"
"Tak tahu lah. Ada option ke?"
"Option? Aku tak tahu ler cemana nak bagi option. Mana nak pegi? Beb.. no risk no adventure... Kalau aku jadi kau, aku redah je. No one knows.. kalau tak jadi apa apa.. aku rasa semuanya ok kot"

Aku berkhutbah dengan selamba. Buat IH makin tertekan.

Kata nak gi backpacking ni, tapi haram dia belum buat keputusan !

"Akak ni tak kira. Nak pegi situ jugak. Sebab kepala otak dah set"
"Dah akak. Jangan provoke dia. Biar dia buat keputusan sendiri. OK IH. Kau ada masa sampai malam ni. Kau fikir. Jadi ke tak jadi, kita orang memang ikut keputusan kau je nih !"
"OK lah. Aku fikir. Aku balik rumah ambik baju dulu"

Nak tak nak, plan nak berjalan memang dah set. Tapi destinasinya masih kabur.

Jam dah menunjukkan 6 petang ! Keputusan masih belum di finalized.

Lewat petang itu, IH, MH dan BW masing masing balik ke rumah masing masing untuk ambik beg. Perjalanan mesti di teruskan malam ini ! Cuma destinasinya belum pasti.

Pukul 10 semuanya akan berkumpul semula !

Pukul 10 nanti... keputusan akan di buat dengan muktamadnya !

Jumaat
12 pagi !

"So set?"

Aku tanya IH waktu mereka semua datang berkumpul di rumah aku.

"Kau dah confirm ke ni? Tak de menyesal dah?"

Aku saja saja usik dia lagi! Padahal dia dah beri kata putus jam 10 malam waktu semua sudah berkumpul tadi. Tapi kali ini aku perlukan kepastian !

Destinasi perlu di muktamadkan !

"OK. Set !"

Mudah kata dia.

Seperti yang di rancangkan masing masing cuba lelapkan mata.

Beg dah siap sedia. Aku beg paling besar. MH pun besar. IH beg kecik sikit dan BW beg paling kecik. Mana tak nya.. semua barang dia sumbat dalam beg aku dengan MH !

MH tidur terus. Aku dan IH tak lena tidur. Aku sebab batuk. IH mungkin masih risau dengan keputusan yang dia buat ! BW, tidur tidur ayam. Kejap tidur. Kejap bangun sembur nyamuk. Kejap tengok jam ! Mungkin tak sabar sabar nak bertolak.

"Bangun semua ! Dah pukul 2 pagi !"

Aku bagi arahan. Semua bangun. Aku mandi dulu. Pada aku tak boleh tidur, baik je aku bersiap sedia. Kang nak tunggu sorang sorang lambat pulak bersiap. IH dok melayan internet. Sempat lagi buat persiapan terakhir digest few perkara untuk destinasi kami nanti.

Giliran masing masing selesai. Tepat jam 3 pagi. Barang sudah mula di loadkan dalam boot kereta. Masing masing mengambil tempat.

MH sebagai pemandu. BW sebagai co-pilot. Aku dengan IH kat belakang, sebab kami tak tidur lagi.

"Tak pe MH. Jangan risau ! Aku tak akan tidur. Aku akan teman kau sampai sana !":

Terngiang ngiang lagi janji manismu. Kata kata pelesu BW pada MH sewaktu kami baru nak bergerak. Aku ambik port. Betulkan kedudukan. Paksa diri untuk tidur. Gagal !

IH sebelah aku. Tidur tidur ayam. Tak lena jugak rasanya.

MH memandu penuh fokus ! Dia dah tidur so dia kena memandu. Memandu penuh tekun !

"Nak singgah mana mana dulu ke ni?"

MH tanya.

"Jalan dulu lah. Nanti kita singgah hisap rokok ke or pekena kopi"

Aku menjawab dan dia angguk. Menurut perintah ketua rombongan ! Kereta bergerak laju membelah lebuhraya. Tidak banyak kenderaan pagi pagi begini. Masing masing diam melayan perasaan. Sambil layan lagu lagu.

Tiba tiba senyap sunyi di depan.

"Apa jadi dengan BW?"
"Haram tido !"
"Cheh !"

Kann ! Aku dah kata ! Nan ado nya dia tu nak meneman MH.

Sudahnya.. Aku dengan IH yang teman MH. Kami bertiga berjaga. Aku dengan IH langsung tak tidur hingga ke destinasi pertama pagi tu.

Jumaat
6 pagi.


Kami akhirnya sampai ke destinasi. Johor Bahru !

Jumpa kawan MH sebab nak tinggal kereta kat rumah dia. Sempat bersarapan dan akhirnya dia hantar ke Stulang Laut.

Kami dah bersiap sedia ! Mengikut apa yang di beritahu. Ferry akan bertolak jam 9 pagi. Jadi kami tak ada banyak masa. Masing masing pun tak sabar sabar untuk bertolak menuju ke destinasi impian....

Negeri Sigantang Lada a.k.a Pulau Bintan, Indonesia.....

Di kaunter tiket.

"Kak.. tiket ke Tanjung Pinang 4 orang. Return"
"Bila?"
"Hari ni. Pukul 9 pagi nih !"
"Tiket tak ada !"
"Arrrr"

Masing masing memandang sesama sendiri.

"Shit ! Apa kita nak buat nih?"

bersambung....

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...