Wednesday, February 8, 2012

Superman, GBS Berbackpacking Negeri Sigantang Lada - Part 5 (Last)

Sabtu
6.30 petang


Akhirnya kami sampai di Trikora Beach.

Kami langsung ke chalet penginapan kami. Nostalgia Yasin. Sebelum pergi lagi kami dah survey dan IH memang nak sangat menginap di sini. Dalam website nampak cantik.

Dan in real.. chalet dia memang cantik !

Cuma pantai dia agak menyedihkan skit. Biasa biasa je. Tapi itu tak penting. Cuma terkubur hasrat kami nak mandi manda di laut.

Hari pun dah petang. Lepas selesaikan urusan check in, kami dapat chalet betul betul atas air. Mengadap laut lepas. Tapi waktu sampai tu air surut. So kat bawah tak banyak air.

Lepas hantar barang dalam bilik, kami keluar pekena air kelapa muda. Sedap ! Segar rasa tubuh.

Lepak lepak kat gazebo dia tu melayan perasaan masing masing.

Lepas maghrib kami bersiap siap. Sebab tak jadi mandi laut, kami mandi kolam renang je.

Nak pergi ke kolam renang tu agak jauh jugak kalau nak menapak. Tapi di sediakan tut tut macam kat Pulau Penyengat boleh angkut 2 orang sekaligus. Aku naik dengan MH, hahaha lawak giler, tak muat bontot. Terpaksa MH duduk ke depan sikit ! Biasa ler.. bila 2 badak menyerang..... tayar pun boleh pancit.
Sampai kat kolam terus terjun je. Mandi kolam !

Dah gelap tak de orang, kami kami je.

Pose pose seksi majalah Mangga berenang lah masing masing dengan suka hati. BW dengan IH memang terror selam menyelam ni.. Aku dengan MH seperti biasa pose pose seksi Zila Bakarin jer tepi kolam.

Dok menyelam tiba tiba IH datang.

"Beb ! Berdarah tak?"

Aku tengok muka dia.

"Berdarah beb. Kau kenapa?"
"Aku menyelam. Terlanggar tangga"

Abis lah hidung mancung bak seludang dia ! Tak leh carik makan lepas ni. Abis lah tak laku dah jantan ni sorang.

"Kau rehat dulu. Relaks relaks. MH, kau bawak IH pegi cuci kat toilet. Aku pergi mintak handiplast kat sana"

Aku bangun mintak first aid kit dari pihak hotel. Dapat !

Terus masing masing berhenti mandi. Darah banyak jugak kat batang hidung si IH nih ! Dalam jugak lukanya.

Tu lah seronok sangat, kang dah luka berdarah !

Balik dari mandi kolam, kami keluar semula. Kali ni pergi makan.

Keluar di bandar Teluk Bakau yang tak berapa ada tu. Carik kedai makan. Akhirnya nampak kedai makcik ni bukak. Ada orang, tengok lauk pun ada lagi.

Kami order je makan. Makcik tu siapkan makanan yang banyak. Sekali lagi kami jumpa masakan yang sangat sedap. Siap menambah nambah. Lauk sedap, cuma kurang sebab nasik dia tak berapa panas. Kalau nasik panas.. mau nya lagi menyelerakan !

Makan hingga kenyang.

Dah kenyang balik ke resort kami.

Lepak lepak lagi kat tepi pantai. Melepak. Usha minah minah salleh dan cina. Tak berapa menarik sangat. Tak de yang single. Masing masing sibuk ni konon nak mengusha tapi haram tak dapat !

Malam tak berada ada aktiviti sangat. Last sekali plan nak gi karaoke. Kat resort tu ada karaoke. Tapi bila check karaoke penuh. Nak kena share bilik. Cheh ! Mau pengsan orang orang tu dengar kita orang menyanyi nanti.

Balik semula ke resort kami, akhirnya kami lepak main pool je. Mata masing masing dah mengantuk nih ! Tapi main jugak. Main 2 games sambil bergelak sakan. Lawak giler.

Lepak kat tepi pantai lagi, makan fries dan nugget sambil minum milo panas !

Balik bilik, mengantuk gila. Siap siap dan semua tidur. Malangnya katil dalam bilik cuma satu queen size bed je. Aku, IH dan MH tidur atas katil. BW tidur kat bawah. Hehehehe...

Dah dia takut kita orang rogol dia, terpaksa lerrrr. Hiks




1. Nostalgia Yasin, Trikora Beach
2. Trikora Beach. Tengok pokok kelapa dia !
3. Waterfront chalet, tengok entry abang 2hb Januari. Gambar yang sama.
4. Waterfront chalet.
5. Duplex Chalet
6. Water chalet - Air pasang
7. Sunrise dari chalet kami
8. Sunrise dari dalam bilik penginapan
9. Suasana pagi di Nostalgia Yasin
10. Trikora Beach
11. Pusat massage
12. Gazebos di Trikora Beach


Ahad
6.30 pagi



Pagi pagi dah bangun !

IH dengan BW sibuk jadi photographer tak bertauliah. Semangat ni dapat tengok sunrise pagi pagi buta.

Aku dengan MH dok bergolek golek lagi atas katil terbangun jugak sebab dengar suara dia orang riuh rendah.

"Cepat posing !"

Kann !

Aku dengan muka tak mandi, dengan kain pelikat melilit lilit kat badan terus je pose pose platypus !

Dia orang ni memang gila ambik gambar.

Dapat ler tengok sunrise pepagi tu. Lawa jugak. Air pun pasang, kat bawah chalet kami penuh air. Bak kata MH macam banjir kat kampung dia je rasa. Cuak pulak sekali fikir.

Kami siap siap mandi dan berkemas. Kami perlu balik ke Tanjung Pinang.

Masih ada perkara yang belum di settlekan sebelum pulang. Ferry pukul 1 tengahari nanti !

Sempat lagi bergambar di kawasan sekitar resort tempat kami tinggal. Macam macam ler bebudak ni. Aku selalu kena jaga masa.

"20 minit top ! Jangan lebih nanti lewat"

Dia orang menurut perintah je. Takut nanti tak sempat balik ke Tanjung Pinang !




1. Tugu Peringatan Fisabililah.
2. Tanjung Pinang dari Tugu Peringatan Fisabilillah
3. Pulau Penyengat
4. Pasar Tanjung Pinang
5. Pekan Tanjung Pinang
6. Pekan Tanjung Pinang
7. Jeti Tanjung Pinang
8. Feri meninggalkan Pulau Bintan



Akhirnya MH yang memandu lagi. Kami pulang ke Tanjung Pinang. Perjalanan kali ni lebih cepat terasa sebab jalan dah biasa.

Kami sampai di Tanjung Pinang lewat jam 9 pagi.

Park van dan berkeliaran di pasar dia. Masing masing berhajat nak cari souvenir untuk di bawak pulang. Tak tahu nak cari apa. Jangan harap nak cari key chain atau fridge magnet. Memang tak de. Semuanya mungkin banyak di kawasan Bintan Resort semalam. Tapi kami tak beli sebab mahal dan pilihan tak banyak.
Tapi kat sini pulak susah nak jumpa. Yang ada cuma kain pelikat, kain batik dan macam macam jenis kain. Nak beli buat apa. Aku dah ler tak bagi tau sapa sapa yang aku ke sini. Kalau aku beli untuk family kang mengundang kontroversi pulak. Kawan kawan aku pun aku tak bagitau, takut nanti ada yang terlepas cakap sampai pulak ke pendengaran keluarga aku atau orang orang yang aku tak nak mereka tahu.

Tapi aku beli jugak la kain pelikat, dia orang pun beli jugak kain batik dan sedikit buah tangan.

Berkeliaran jugak kat pasar tu berjalan jalan. Tengok tengok je sampai letih. Kami kena pulang ke terminal ferry sebab nak pulang van tu.

Tepat pada masanya orang yang nak ambik van tu menanti.

Kami ambik masa lepas tu gi makan dulu. Terasa nak makan Nasik Padang dan ayam yang sedap tu. So melantak dulu. Kira kira saki baki duit yang tinggal. Kami kumpul dan beli makanan. Semuanya untuk bekalan nak pulang nanti dan jugak untuk kawan kawan terdekat.

Jam 1 kami dah berada dalam perut kapal. Kami tinggalkan Kota Gurindam dengan penuh rasa kepuasan.

Ferry menempuh arus dengan lajunya. Tanjung Pinang dan Pulau Bintan hilang di pandangan. Cuaca agak tak tenteram, sesekali, ferry melambung melawan ombak hingga buat ada antara kami yang pening pening lalat !

Kepenatan mula terasa. Dah tak sabar nak balik ke tanahair. Namun begitu, kepuasan jelas tergambar di wajah masing masing. Kami berjaya explore Pulau Bintan dalam masa yang ada. Puas hati. Puas jamu mata. Puas menengok tempat orang.

Tak tahu samaada kami akan kembali ke sini lagi. Terima kasih kepada penduduk Pulau Bintan yang begitu ramah. Bak kata pendita Gurindam, Raja Ali Haji.

Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada budi bahasa....

TAMAT !

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...