Sunday, September 25, 2011

Phuket Trip - 5 - Patong Beach

Balik dari James Bond Island tu, kami tak balik ke hotel penginapan.

Aku suruh driver van tu berhenti dan buang kami ke tepi pantai belah hujung sana. So dari situ kami plan nak menapak balik ke hotel sambil menyusuri pantai dan melayan sunset.

Idea yang mengkagumkan. Lagi pun kami masih ada masa sebelum pegi show malam tu.

Apa lagi, layani la gambar gambar capapan di tepi pantai Patong Beach !






  

Aktiviti pantai memang banyak dan menarik.

Ada parasailing, jet ski, dan ramai juga yang mandi manda. Tapi ombak dia macam tak berapa menarik dan agak berbahaya. Ramai yang lebih suka melepak tepi pantai menghirup udara segar termasuk la aku.

Kalau nak compare pantai Patong dengan Kuta Bali, Patong lebih lawa pantai dia tapi Kuta mungkin lebih meriahuols !

Apa yang menarik, parasailing dia tu, dia naik berdua lah. Sorang yang penumpang biasa dan sorang lagi tu, staff dia. Aku tak tau la kenapa dia naik berdua, mungkin keadaan angin yang merbahaya kot. Aku naik kat Penang dulu sorang sorang je.

Yang lebih menarik, staff dia tu naik tak de pakai safety belt apa pun.

Power gila. Aku tengok asyik. Tapi dia terbang tak lama lah, sekali pusing je dah abis. Harga dia aku tanya jugak adalah dekat RM75.














Puas menikmati keindahan pantai kami pun pulang ke hotel.

Masa pun dah suntuk, nak kena balik bersiap siap pulak untuk pergi tengok show di FantaSEA.

Sepanjang jalan macam biasalah, banyak kedai kedai menjual pelbagai barang. Pelancong pun ramai. Rumah rumah urut pun tetap tersedia dan awek awek tukang urut memang bersidai di bahu jalan.

"Bang.. urut bang !!"
"Bang........ masad. Masad. Kakak.. Massad????"

Macam tau tau je mereka ni aku ni orang Malaysia. Tapi dia orang tak usha mana lah sebab tahu SKJB ada.  Tapi ada gak la yang offer.

Aku buat selamba bomba je lah. Tapi yang siang siang ni memang kurang cun. Kalau malam malam macam kat Bangla Road semalam tu fuh... memang layan lah. 

Balik hotel cepat cepat. Kejap lagi van sampai !






No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...