Thursday, September 22, 2011

Phuket Trip - 2 - James Bond Island

Sewaktu hari ke dua kami bangkit awal pagi dan bersiap siap.

Menurut agent semalam tu, van akan datang pick up kami di hotel. So ready je. Tapi kami punya hotel tu tak de breakfast. Jadi kami kelaparan. Lagipun aku tak tau lah tengok makanan dia macam tak inzal je nak makan. Boleh je kalau nak makan, bayar berapa ringgit je pun.

Sudahnya aku ke 7 eleven dan beli kopi.

Tu lebih menginzalkan.

Tepat jam 8 pagi seperti yang di janjikan, van pun tiba. Kami berlari lari anak ke arah van yang parking seberang jalan. Driver dia tu terpingga pingga.

Nasib baik betul. Kalau tak. Malu !

Van pick up kami di hotel lepas tu dia pegi ke beberapa hotel lain ambik orang lain jugak. Macam macam orang ada. Ada yang dari Indonesia. Ada yang dari Singapore dan macam macam. Penuh jugak la van tu. SKJB sibuk berborak dengan mamat Indon 2 orang. Sorang tu pernah study dekat UTM JB. Tapi cakap Melayu masih berbunyi Indon. 

Aku ni malas nak melayan orang, so aku sumbat telinga dan pose pose saja mendengar lagu.

Perjalanan dari Patong Beach ke jetty untuk naik ferry lebih kurang 45 minit jugak.

Dan akhirnya lepas berhempas pulas driver tu pusing stereng, kami tiba di tempat yang di janjikan.




Sampai di jetty tu, kami di bawa di satu tempat menunggu ni.

Ada kopi dan biskut di sediakan. Boleh makan lah sementara tunggu ferry bersedia nak bergerak. 

Ada biskut jem nenas tu, macam inzal kan? Lama tak jumpa. Tak lama pun melepak sebab ferry dah pun bersedia nak bergerak.

Ayuh !

Pantas. Nanti kena tinggal.



Nampak tak gambar jetty macam jambatan atas tu?

Jauh kan? Sejauh tu la kami terpaksa menapak dengan orang lain. Van tak hantar sampai ke hujung. Nasib cuaca pagi tak panas lagi so boleh la melayan perasaan berjalan sambil tengok bot bot di kiri kanan.

Ferry dia ferry besar tu. Jalan pun tak laju. Tapi dalam tu memang dah ramai yang menunggu. Ntah dari mana mana ntah. Apa yang penting, sebaik saja naik ferry tu, buah buahan tempatan sudah tersedia di hidang dan kami boleh makan sesuka hati sambil menikmati udara segar dan bayu menerjah ke wajah.


Sedap jugak pisang pisang di sini.

Lepas tu ferry tu mula lah bergerak.

Gedek gedek gedek gedek. Macam tu la bunyi ferry tu. Tak laju mana. Tapi OK lah.

Dari jetty tu ferry mula bergerak meninggalkan pelabuhan. Pastu nampak la tempat Marina dengan kapal kapal berlabuh. Ada resort resort mewah di atas bukit semuanya menjadi pemandangan yang menarik di sekitar pulau Phuket ini.

Bahagian ni, kiranya yang kurang develop sikit lah, tapi resort mewah memang ada lah sebab kawasan dia secluded sikit.



Seawal perjalanan kami di beri penerangan mengenai trip kali ni.

Bot meninggalkan Pulau Phuket menuju ke Teluk Phang Nga di mana James Bond Island terletak. Mamat yang bagi penerangan tu nama dia Ismail !

Hah lah. Islam lah. Kesian dia. Dia cakap cakap buat lawak tapi tak de orang dengar. Mungkin orang tak faham kot. Aku dok melayan perasaan. SKJB dok sibuk berborak dengan 2 jejaka Indon tadi tu. Tak kisah lah, aku pun malas nak melayan dia. Pepandai lah dia kan?


Dan... Aktiviti utama atas ferry sementara bot bergerak menuju ke kepulauan yang di maksudkan tu adalah menangkap gambar.

Cantik jugak la pemandangan. Kalau semalam aku nampak pulau pulau ni dari atas udara masa atas flight. Sekarang ni memang tersergam indah di depan mata. Tak sabar rasanya nak sampai ke sana. Cuaca pun tak berapa panas so duduk atas ferry tu memang rasa nyaman dan mendamaikan. 

Masing masing dengan aktiviti tersendiri. 

Ada yang berborak. Ada yang melayan perasaan. Ada yang ambik gambar. Dan macam macam kerenah lah. Air coke dan mineral adalah free flow. Boleh ambik dan minum sesuka hati je !






Dekat sejam jugak la ferry tu bergerak. Akhirnya kami sampai ke pulau pulau batuan yang bertebaran di Teluk Phang Nga ini.

Mostly pulau pulau ni tak berpenghuni. Just ada batu batuan je dan gua gua kecil. Tapi pemandangan dia agak menarik jugak la. Semua orang feeling feeling.














Agak sejam jugak la menikmati keindahan alam semulajadi, ferry pun mula berlabuh. Itu tandanya kami dah pun sampai ke Pulau James Bond.

Kenapa pulau ni di panggil James Bond Island?

Kerana. Pulau ni pernah menjadi lokasi pengambaran filem James Bond satu ketika dulu. Lama dah tahun 1974 dulu tu. Masa tu may be pulau ni tak de nama lagi. Tapi disebabkan oleh filem ni, pulau ni terus di beri nama Pulau James Bond !

Sedia semua. Ni James Bond tahun 2011 dah datang nak membuat pendaratan !



Di sebabkan pulau tu tak de jetty yang besar maka ferry tak boleh berlabuh di sana. So ferry ambik port jauh sikit dan nanti ada bot kecil yang datang pick up semua pelancong pelancong.

Hah. Naik la bot kecil ni pulak. Bukan jauh pun. Kejap je.



Dah sampai pun.

Masih tercari cari mana landmark Pulau James Bond ni? 

Nanti dulu. Sabar............

Turun dari bot tengok banyak la gerai gerai cenderamata kat sini. Ada lah jual FM segala mala. Tapi sah sah la mahal sebab pulau ni tak berpenghuni. Yang datang menjual ni pun agaknya subuh subuh dah naik bot nak berniaga. Aku tak layan mana, tengok tengok macam tu je lah. 

Pelancong memang lah ramai. Pulau tu bukan besar sangat pun. Tapi masing masing datang atas tujuan yang sama. Nak tengok batu yang begitu synonym dengan Pulau James Bond ini.




Orang punya la ramai.

Yang putih, yang gelap, yang tinggi yang rendah. Yang pakai tudung, yang free hair. Yang botak. yang rambut panjang mengurai. 

Semua ada.

Ada yang pose pose. Ada yang sibuk ambik gambar. Ada yang beraksi macam James Bond. Biasalah pegi tempat tempat macam ni, macam macam gaya ada.

Aku lepak je hala kamera ke arah tempat tempat yang aku rasa menarik. SKJB beli aiskerim so kami makan aiskerim sambil menikmati keindahan alam di situ.

Mengkagumkan jugak lah.




Hah.....

Nampak dah !

Ini lah dia mercu tanda James Bond Island itu. 

Seketul batu tengah tengah tu yang menjadi tarikan pulau ini.



Macam tak jauh mana pun batu tu.

Ada mat salleh yang cuba cuba berenang ke sana. Ada jugak orang naik kenu. Tapi mostly datang dan tengok je lah menikmati keindahan alam.

Best.

Bagi aku lah, sebab selama ni aku tengok kat gambar je, kali ni boleh tengok dengan mata kasar sendiri. Apa lagi, snappy snappy lah.

Siti Nurhaliza buat video clip pun kat sini.



Tengok Nyah ni, jual Fridge Magnet. Tapi mahal lah. 

Dan banyak lagi la gerai gerai yang menjual cenderamata di sini. Kiranya tempat ni happening la dengan orang ramainya, dengan gerai jualan pun ada. Tempat makan je tak de, tapi ada surau !







Tengok makcik ni dengan gaya tersendiri.

Masalahnya aku tak faham kenapa dia nak bergambar kat sini dan tempat ni menjadi laluan orang ramai. Terus jadi jem sebab dia nak pose pose cantik.

Queen Elizabeth lah konon !


  
Haaa..

Kan pakcik tu dah cekak pinggang !

Nasib tak kena terajang.

Yang laki dia sibuk la dok ambik gambar bini dia ni dan bini dia ni macam macam pose dia buat, apa lagi yang tak kena pun tak tau. Cemana sudut dan gambaran yang dia mahukan pun aku tak mengerti.

Kami di beri masa hampir satu jam di pulau ini. Buat la apa nak buat pun. Tapi pulau ni tak besar, so tak boleh ke mana mana pun.

Lepas tu kami bersedia lah nak balik ke ferry semula. Jalan kaki ke tempat naik bot kecik tadi dan bot tu akan bawak balik ke ferry yang berlabuh di tengah lautan sikit tu.





For once in a life time. Pulau ini patut di kunjungi sebab batu tu adalah landmark di sini. 

Scenery jugak menarik di kawasan sekitar. Tapi apa yang penting, kami bergegas balik ke ferry dan ferry mula bergerak untuk ke lokasi lain. 

Balik balik je, makanan dah siap terhidang.

Ada buffet dan buffet nya Halal dan menyelerakan. Ada udang, sotong, ikan, ayam semua benda lah. Macam macam masakan ada.

Makan la apa saja, belasah la isi perut sebanyak mana semuanya dah masuk dalam pakej. Yang penting, perut kasik kenyang dulu.

Dipersilakan makan..............





8 comments :

  1. Mana nak dpt macam ni kat Mesia


    naik ferry , minum air kotak jerlah
    itu pun beli sendiri

    ReplyDelete
  2. Salam Meng,

    Satu penuisan yg santai n buat ATUK geli perut

    Tapi ATUK ada satu cadangan, harap diterima, guna la FONT SIZE yg lebih BESAR..ATUK pakai reading glass pun masih terkapai2 nak baca TULISAN SUPERMENG ni..

    u r ROCK..Tq

    ReplyDelete
  3. salam..

    thenfks..

    akan di pertimbang timbangkan sampai rosak dacing. insya allah.

    ReplyDelete
  4. Supermeng, pulau james bond ni x leh mandi ke? Saya dah balik dr medan. Pasni nk g phuket plak. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. II : mandi? boleh. tapi nanti kau jadi tontonan awam sebab tempat tu kecik je. pantai pun tak der. ada batu seketul tu jer.

    ada la mat salleh yang berenang sampai ke batu james bond tu.

    kalau nak mandi manda.. tunggu dia singgah kat pulau lain. sini tak de org mandi.

    ReplyDelete
  6. Abis...pulau mana yg boleh mandi en supermeng? X best la x leh mandi.

    ReplyDelete
  7. Isabella : ada ada.. lepas pegi james bond ni dia akan singgah ke satu pulau.

    situ buleh la nak mandi manda..

    jangan seksi seksi sangat tau....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...