Sunday, September 18, 2011

Malam Pesta Muda Mudi

Malam Pesta Muda Mudi telah berlangsung dengan gilang gemilangnya tempoh hari !

Seperti yang di janjikan, semua jemputan VVIP telah menerima undangan dan bersetuju untuk hadir dengan hidangan masing masing. 

Kali ini, pesta muda muda dilangsungkan di sebuah kawasan elite yang hanya membenarnya artis artis hollywood seperti abang, artis artis suam kuku seperti BW, Artis AF yang dah tak laku, IH. Artis serba serbi CP dan juga tuan tanah kedaung, artis yang suka mencari publisiti murahan seperti Marsha yang makan ubat tidur 30 bijik tu. Tapi artis ni atau nama glamer dia MH, tak payah makan ubat tidur, tapi dia tetap nak tidur je.

Kesian dia OK. Penat.

Penat memasak?

Jangan korang percaya. Sebagai Tuan Rumah, beliau hanya menyediakan tempat. Tapi seperti yang telah di janjikan oleh beliau dan juga kekasih hati beliau, mereka berdua telah menyediakan hidangan lazat berupaya Sate Sundal Bolong !

Ni hah. Capapan hidangan oleh Tuan Tanah.


Sebenarnya ada gambar ketupat dan juga kuah kacang tapi aku tak sure aku ambik ke tak.

Cari cari dalam kamera tak jumpa. May be aku excited tengok makanan hingga terlupah. Tapi banyak jugak la makanan yang di sediakan oleh Tuan Rumah ini. Termasuk pinggan mangkuk jenama antarabangsa. Cawan cawan plastik yang hanya boleh di dapati di kedai RM2 dan meja kayu yang hampir nak roboh.

So korang rasa pesta muda mudi ni bertaraf 5 bintang tak?

Belum kira, semua tetamu adalah duduk di atas lantai !

* nanges.

Hiks..

Hahaha. Anyway thanks to MH yang jadikan rumah beliau sebagai port untuk majlis raya GBS kali ni.

Ada lagi !

Tuan Rumah juga menyediakan....





See?

Kek lapis di datangkan khas dari Sarawak nuh. Ada macam macam jenis. Kek Lapis berbelang Cadbury. Kek Lapis Sayang Sarawak. Kek Lapis Hapa Nama Ntah dan macam macam lagi.

Aku dengan IH jadi food tester, makan serba sikit pastu komen.

Kami layak jadi jury awam. Sila panggil kami untuk sesi food testing di masa akan datang nescaya kalau tak sedap kami tak komplain, simpan dalam hati.

Tapi kek kek lapis tu memang sedap sedap belaka.

Ferrero Rocher pun ada. Korang mampu buat majlis ada cokelat import dari luar negara macam ni?? Kami ada okeh. Hahahhaa..

Dah kenyang sangat, cokelat tu pun tak de yang memandang !

Makanan lagi..........

Seterusnya, hasil hidangan yang di sediakan oleh CP !




Nampak lemang dan rendang ayam tu?

Kau orang jangan terpedaya. Jangan ingat CP berpeluh ketiak menyediakan lemang lemang tu. Dia beli je okeh ! Hiks. Tapi lemang tu sedap tapi rendang tu tak berupa rendang. Ayam pun jenis macam kaki, kuku, tulang. Haram nak jumpa isi. Minyak berladung ladung. Agak kecewa di situ.

Tapi.

CP yang pakar memasak ni, sempat lagi masa tunggu aku dengan IH tiba, dia menggoreng bihun. Nampak tak bihun yang di panggil bihun bodoh tu. Tapi bila rasa.

Pasti nak lagi.
Dan tambah lagi.
Pastu lagi.

Pastu kenyang masing masing terdampar sepi.

Tapi sedap weh. Tak de apa apa pun, tak de meriah mana bihun tu, tapi tasty !

Kudos tu CP yang memang bakal menggondol pingat MasterChef Malaysia kelak ! BW peluk dulang bihun tu tak nak bagi orang rasa. Hahahaa.

Now. BW pulak. Apa lagi nak cakap, BW memang terkenal dengan kek dia, so dia bawak la kek sempena dengan birthday selebrasi IH.

Happy birthday IH !




Kuyah muyah juga BW yang bawak. Siap dalam bekas lagi tu. Dan belon tu pastinya BW dah lenguh lenguh keng la meniup. Ya ya je bagitau aku suruh datang lewat sikit sebab nak bagi suprise kat IH dan nak tiup belon.

Masalahnya, bila aku sampai, belon bergelimpangan. Haram la tak suprise. IH tak terkejut pun.

Hiks.

Anyway, kek yang menjadi idaman ramai dan di paw bawak balik oleh semua orang. Pastu kuih muih yang sememangnya inzal cuma sebab kuih raya ni kurang laku time time makan besar macam ni, jadi semua orang memandang secara sepi termasuk lah IH !

Korang mesti tak sabar sabar nak menengok hidangan dari Italia yang konon di war warkan di dada akhbar bakal di bawa oleh IH.

Menyirap tak darah korang? Sebenarnya Seafood arabiata lancau apa benda dia cakap tu adalah.........

Pizzal sajork !


Patut la aku tunggu dia lambat sampai. Rupa rupanya, dia pegi beli Pizzal dulu.

Anyway, 2 large pizzal memang buat kami semua gemuk secara mendadak. Abang ni dari tahap gemuk terus mencapai takat obese. Acara timbang timbang badan telah membuatkan penimbang ngeri dan tak mahu berfungsi lagi.

Error !

Tapi abang sedar diri. Abang ni walaupun artis antarabangsa tapi kalau ada ajakan peminat sempena raya raya ni untuk majlis makan makan, abang tetap tak akan tolak.

Boleh macam tu?

Hahaha.

Dan abang jugak kena la bawak makanan sendiri. Sebagai artis yang down to earth atau dalam bahasa Melayu nya, ke bawah menidurkan diri menyembah bumi... abang tetap ada hidangan istimewa.

Tutup mata korang semuah !





Yezza.

Buah buahan !

Senang kan? Tak payah aku nak berperang dengan sudip dan kuali. Kalau abang memasak kena minyak panas, how? Abis lah abang tidak kacak lagi ! Pulak tu, aku ni bukan reti memasak. Tong gas di rumah sudah nak masuk 3 tahun okeh. Tetap tak abis.

So jalan mudah, abang ke kebun sendiri dan memetik semua buah buahan yang abang semai sejak sekian lama. Cara memetik adalah, tunjuk tunjuk, pegi timbang dan bawak ke cashier.

Ola !

Sila bayar !

Mudah je. Kebun pun ada aircond. Hiks.

Tapi mellon tu sedap. Kalau masa aku study dulu pun aku selalu beli, tapi di sana nama dia Canteloupe. Sini panggil Sun Mellon ke hapa. Manis.

Dan acara lebih meriah kan sebab majlis sambutan birthday IH yang ke 63 tahun. Jantan ni dah tua rupanya, tapi tetap berlagak muda mengalahkan abang.

* pandang langit.

Hahahaha. Baru berkesempatan nak celebrate birthday IH yang jatuhnya last week. Memula plan lepas makan tu nak pi karaoke, tapi MH keje pulak esoknya so tak jadi lah. Kesian MH. Letih lesu. Tu pun nasib awek dia banyak yang menolong dan melayan kerenah kami semua. 

Anyway, pertemuan yang fun lah. Macam biasa bila GBS berkumpul.

Dan ada jugak acara penting. Buka hadiah !

Hadiah pertama dari Mak Inah. Mak Inah kirim hadiah misteri dia dari JB nuh okeh untuk GBS.

Apakah itu? Mari kita saksikan. Tutup telinga korang semua.



Yey !

Dua balang tempeyek hasil tangan Mak Inah !

Sedap okeh. Inzal.

* peluk tabung.

Aku dah belasah makan satu tabung, pastu aku ambik tabung baru dan tapaw bawak balik. Nanges BW. Hahahaha. Tapi serious, lepas Sos Tasya, korang boleh try tempeyek Mak Inah yang inzal ni. Tapi Mak Inah, may be ada masalah di tengah jalan, tempeyek adalah hancur lebur sikit.

Tapi tetap sedap di pandang dan di makan.

Pastu sesi potong kek oleh birthday boy yang dah kertu tu. Aku lupa la nak capap gambar hadiah IH. Tapi kami semua bagi dia perfume Azzaro Legend. Dia minat yang tu. Ada kisah sedih IH di sebalik perfume tu. Dulu dia ada pakai, pastu dia pegi Singapore, kena rampas kat airport dan pegawai kat airport tu buang perfume tu dalam tong sampah depan mata IH.

Kesian kan?

Patut pegi sembur dulu kat pegawai tu habis habisan. Panggil semua orang lalu lalang dan sembur mereka biar wangi. At least puas hati pada kena rampas buta buta je macam tuh !

Dan ini, hadiah untuk rumah MH. Rumah baru, kami tak bagi hadiah lagi. Ni pun hadiah bidan terjun. Nanti carik hadiah lain la untuk rumah baru MH ni.


Simple tapi nice jugak kan? 

Mungkin masa Earth Hour tahun depan MH boleh pasang ! Hiks.

Masing masing kekenyangan lepas tu. BW dengan gigih tengok siaran Korea dan kita orang semua tak ambik port. Dia la siap mengadap makanan depan TV nengok apa benda ntah. Kemaruk betul.

Then layan cerita hantu. Lepak lepak sampai tuan rumah dan siap berdengkur ria. Acara tamat, masing masing bersiap nak pulang. Siap la bertapau tapau makanan ni sebab banyak lebihan.

Kan dah cakap, makanan banyak !

Tapi puas hati, lebih gembira sebab dapat berkumpul setelah sekian lama tak bersua.

Sekian lah, berita dan hasil capapan untuk acara gilang gemilang, Malam Pesta Muda Mudi malam tu. Bertemu lagi dalam acara pesta muda mudi yang lain.

Daaaaaaaaaaaaa.



No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...