Tak sedar bot bergerak meninggalkan Pulau James Bond sebab aktiviti makan makan sedang berlaku di atas kapal.
Dah kenyang layan diri dulu menikmati keindahan alam dengan angin sepoi sepoi bahasa Siam.
Suasana tenang dan damai. Cuma bunyi bot je kedengaran. Yang lain lain kenyang. Ada yang ambik port dan berehat. Ada yang tidur. Ada yang berbaring. Tak lupa yang bergambar tak abis abis macam abang ni.
Aku ambik gambar pemandangan je lah.
Nikmati lah keindahan Pulau Hong pulak.
Kat Pulau Hong ni sebenarnya kita boleh bercanoe.
Canoe kayuh kayuh tu. Tapi. Tak perlu kudrat lebih lebih sebab di sediakan orang untuk kayuh untuk kita. Kita pose pose kacak je atas kenu tu. So barang barang tinggal atas ferry. Ferry akan docking dan kita turun naik kenu ni je lah.
Bawak la kamera ke apa. Dia bagi plastik takut basah. Tapi kena hati hati.
Juga boleh pilih sapa yang kita nak kayuh kenu kita. Agak agak kalau badan ringan macam kapas tak pe lah carik pengayuh yang kurus. Tapi kalau dah macam gajah menyusu........ jangan la carik yang keding keding.
Harap reti !
Nasib la abang ni ringan kan? Hiks.
Satu kenu 2 orang. Aku dengan SKJB lah. Dia dari tadik sibuk dok borak melayan mamat mamat pekerja ferry tu. So dia yang pilih lah. Aku ikut je. Janji aku boleh ambik gambar.
Ayuh. Kita merayau tengok nak berkenu ke mana ni !
Sebenarnya dia akan kenu masuk dalam pulau ni. Dalam pulau tu kat tengah tengah ada tasik.
Tapi nak sampai ke tasik tu kena ikut gua gua la pulak dan cuma kenu tu je buleh masuk. So kalau duduk atas kenu kena duduk diam diam. Jangan sampai tertonggeng abis jatuh dalam air.
Tengah jalan jalan tu jumpa pulak pakcik ni. Pakcik ni tangkap ketam. Kita orang sempat singgah dekat dia dan dia sibuk tunjuk belangkas. Siap tunjuk demo cemana nak tau belangkas tu jantan ke betina. Dulu aku kecik kecik suka jugak main belangkas tepi pantai tapi tak pernah la pulak nak belek belek.
Hah.
Ini la tukang kayuh kenu kami.
Agak agak dia hampir nazak tak nak bawak aku? Hiks.
Tak pe. Mamat ni kurus tapi dia kuat. Baik jugak dia. Nama dia Muhamad !
Islam jugak.
Siap suka suka hati je nak pose pose dengan belangkas atas kepala.
So perjalanan di teruskan lagi.
Dari tasik tenang, masuk lagi dalam gua dan celah celahnya. Agak menarik jugak la sebab bukan senang nak carik benda semulajadi macam ni. Dan ada celah celah gua tu cuma bila air dia betul betul ngam baru boleh masuk. Kalau surut sangat, nampak batu batu je, tersangkut pulak. Kalau pasang, air penuh, tak boleh nak masuk jugak. So timing dia agak penting. Dia orang ni semua dah tahu, so kita yang jadi pelancong ni, ikut kan je lah.
Balik ke ferrry lepas tu, ferry bergerak semula meninggal kan Hong Island ke satu pulau yang lain.
Pulau yang ni pun sama. Ada gua dan berkenu juga.
Apa yang menarik atas ferry ni ada la pulak aktiviti membuat bunga ros dari daun ni.
Tengok makcik ni tersenyum girang dengan bunga ros.
Dia buat tak jadi, mamat mamat yang kayuh kenu tadi tu la yang buat jadi. Dah hari hari dia buat agaknya.
Yang menariknya, aku dok borak borak dengan Makcik ni lah. Dia dari Australia. Pastu aku bagitau dia aku akan ke Perth tu kan nanti, dia ajak singgah rumah dia nanti sebab dia pandai masak.
Dia nak masakkkan aku daging kangaroo !
Motip?
Aku layan layan macam tu je lah. Tak de nya aku nak jumpa dia. Aku banyak aktiviti lain lagi boleh buat.
Tapi makcik ni baik gak lah. Peramah. Dia datang bercuti dengan bf dia.
Dah dah sampai ke pulau satu lagi.
Sama jugak la. Ferry akan berlabuh dan kenu di turunkan, pastu kita naik je kenu dengan pengayuh kita tadi. Lebih advisable naik pengayuh yang sama sebab kiranya dia orang ni memang dah dapat gaji, dan bayaran dan sekali dengan pakej yang kita ambik. Cuma kalau service baik, dia orang peramah, dia orang mengharapkan tips lah.
Apa yang penting..........
Kita tak penat nak mengayuh.
rasanya kalau tak silap , Jackie Chan pun pernah buat filem kawasan nie...
ReplyDeletefilem tentang tentera laut ..
tapi dah lupa tajuk apa
"Project A"
ada... cerita SUTUN.. hiks
ReplyDelete