Saturday, September 24, 2011

Phuket Trip - 4 - Panak Bay

Sambung sini.

Tak abis lagi ni.

Lepas berkenu di Hong Island tu. Naik ferry balik semula dan kita akan di bawa ke Panak Bay.

Bay lah sangat. Korang tengok la bay dia tu. Punya la cenonet. Kentut hujung sini, hujung sana pun boleh dengar kan?



Dan sebenarnya... Yuna. Panak Bay ni adalah pit stop terakhir selepas James Bond Island dan Hong Island tadi sebab kat sini adalah port untuk mandi manda bagi yang nak mandi manda.

Kiranya ferry docking sekali lagi dan sapa nak mandi boleh la terjun. Sapa nak kenu pun boleh kenu. Sapa nak berehat atas ferry tu pun boleh. Makanan ada minum masih tersedia.

Aku just lepak lepak je.

Malas nak mandi dan membasahkan diri.

Apa aku buat, hah snap gambar orang orang ni mandi okeh.


Adik atas ni bukan pelancong tau. Dia pekerja jugak. Budak lagi. So kau bayangkan kalau dia kayuh kenu abang tadi. how?

Tak ke malam ni dia balik rumah kena betul urat saraf sebab lenguh?

Dan tak lupa aksi berganda penuh gaya dari pengayuh kenu aku tu si Muhamad. Siap suruh aku ambik gambar dia lagi.

Nasib la terror buat sommersult.

Bravo !

Semua orang tunjuk kepakaran dan tepukan demi tepukan di berikan.






Air dia agak tenang lah.

Boleh la sapa sapa yang nak mandi manda dan feeling feeling berenang renang.

Ferry berhenti kat sini dekat sejam jugak la. Bagi mereka semua ni mandi puas puas.

Dalam aku sibuk dok ambik gambar tu, tetiba ada satu mamat ni datang tegur aku.

"Photo? Photo?"

Dia cakap English memang out !

"Yes"
"My.... photo?"

Dia tunjuk tunjuk dengan isyarat tangan. Aku faham lah. Dia nak suruh aku ambik gambar dia terjun.

"Pay?"
"No.."

Dia ingat aku charge gamaknya.

Punya la dia excited nak di ambik gambar dia. Bila aku setuju baru dia ready nak mandi. Kalau tak, memang dia tak mandi kot.

So saat saat mendebarkan lah pulak nak tunggu mamat ni terjun cemana.

Let's uols. 

Saksikan.




Kann !

Semangat kau membara laksana wira, tapi terjun botol sajork. 

Siap angkat angkat tangan dengan gaya tak menentu. 

Stress aku nak ambik gambar dia. 

Tapi tak pe lah, sebab aku dah janji so aku ambik lah. Bukan main seronok lagi dia. Masalahnya dia nak suruh aku transfer gambar tu ke hp dia. Gila ke apa. Cakap English dah la aku tak faham. Dia dari Iran. Nama dia Sameer. 

Aku cakap kat dia aku tak boleh transfer dari kamera aku ke handphone dia. Pastu dia bagi aku no fax hotel dia. Apa ke jadah? Dah la aku cakap dia tak faham. Aku cakap aku mintak email dia, nanti aku email lah. Harap tak faham jugak.

Last sekali aku ambik hp dia, aku capture balik gambar kat kamera aku tu. Hiks. Suka dia konon konon aksi dia sangat bergaya. Tapi still tak puas hati sebab gambar jadi kelabu.

Aku just bagi email address aku kat dia, aku suruh dia email aku nanti aku send kat email. Dan dia dah pun email aku masa aku balik seminggu lepas tu. Aku dah bagi dah gambar dia semua dan yang lebih parah, dia mintak semua gambar yang aku ambik kat trip ni bagi kat dia.

Motip??

Satu kerja pulak. Dah la size gambar besar besar malas aku nak email. Aku malas layan. Aku bagi gambar dia terjun ni sudah lah. Tatap la sepuas hati !

Mesti dia bangga gila tengok terjunan dia dengan gaya pemenang pingat emas olympic nih !



Lepas puas aktiviti mandi manda di sini, ferry pun bergerak pulang ke jetty di Pulau Phuket tu.

Sepanjang perjalanan tu ada lagi aktiviti buat buat bunga rose ni, tapi kali ni pakai straw pulak. Aku tak turut serta pun, tapi mamat yang buat kan ni, aku mintak nak ambik gambar ni pastu dia bagi bunga rose tu kat aku.

Ada la aku bawak balik tapi mana ntah aku simpan. 

Macam kreatif jugak kan?


Dan ferry menghampiri jetty tempat asal kami datang tadi. Di sana van dah pun menunggu nak bawak kami pulang semula ke hotel penginapan. Maa sebelum sampai kat jetty. Dalam ferry tu nanti ada tabung. Tu kira tip pool lah. Masuk duit dalam tu nanti dia orang bagikan ramai ramai. Dan kalau nak bagi personal tip pun bagi lah especially kat tukang kayuh kenu tadi. Macam aku, aku bagi kat Muhamad tu THB 10. Penat dia bawak gajah ni meneroka gua.

Aku ada masa terhad sebab malam ni ada aktiviti lain yang telah di rancang ! James Bond ni nak pegi ke show pulak ada persembahan !

Tamat sudah pengembaraan satu hari ke James Bond Island. 

Agak menarik dan menghiburkan !





4 comments :

  1. CIkdu, nak FM *motip* haaa

    tak booking ka mana2 AA free seats??? susah aaaa... asal payment je hang..*stress*....

    anway lawa tgk gambo2 esp gambo org terjun ala2 pro gittew hahaaa

    ReplyDelete
  2. seb baik lah si Sameer tu tak faham, berbakul2 kena kutuk..hahahaha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...