Thursday, March 31, 2011

Flyover Terakhir



Lewat jam 10 malam, aku dengan sorang member balik dari Penang. Kitaorg pegi PC expo(lebih kurang cam PC fair tapi kecik skit) cari barang-barang desktop sket. Dalam perjalanan balik, aku dah rasa cam tak sedap ati, maybe sebab ujan dan stress sebab tersangkut dalam traffic jam kat Penang bridge sebelum tu. Maka aku pun berenti sembahyang maghrib ngan isya kat Rnr Gurun.

Kitaorg lapar tapi tak berminat nak makan kat situ, sebab destinasi seterusnya adalah Kuala Perlis. Dari Gurun ke K.Perlis adalah dalam sejam lebih. K.Perlis ni sama cam muara Sg Klang tu cuma kat situ takdala kapal-kapal besar lalu lalang. Niat nak makan kerapu 3rasa + sotong tepung. Pemanduan lancar dengan berhemah, kuar exit Changlun masuk ke Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun.

Melepasi Pekan Arau dan dalam perjalanan ke exit Kangar, pengguna highway akan lalu di bawah tiga flyover. Flyover –flyover ni dibina oleh kerajaan negeri Perlis bagi memudahkan penduduk kampung cross highway. Aku dah memang biasa route ni sebab ni la jalan aku pi kerja tiap-tiap hari.

Merentasi highway dengan sawah padi di kiri dan kanan, maka kitaorg bertemu dengan FLYOVER TERAKHIR, maksudnya yang ketiga la. Bagi siapa-siapa yang tahu, betul-betul bawah flyover ni ada macam sikit bump, sebab jalan tak rata. Aku dah slow keta sampai 90-100km/h dan aku pun lepas bump tu macam biasa tanpa rasa melambung.

Lepas flyover tu, aku pun start nak tekan minyak balik, maka di sinilah aku ternampak kelibat seekor makhluk yang aku agak kucing, macam nak melintas tapi mata dia pandang ke arah kereta. Oleh sebab banyak ruang lagi sebelah kiri, aku mengelak dan berjaya untuk melepasi dia. Tapi malang, aku lost control ke sebelah kiri, then aku lawan balik ke arah kanan, trus Nampak divider…lagi la takut. Bila aku aku steer kiri balik, kereta toyolta aku dah berpusing dan terbabas ke kiri jalan yang berderet dengan anak pokok jati dan longkang besar.

Masa tengah terseret tu, aku pegang ja stereng kuat2. Tak sure sebab apa aku rasa tenang, then aku rasa BAMMM! Terhentak then stop. Aku cuba bukak mata tapi kepala pening sebab berpusing. Pastu Aku tengok keluar, keta aku dah cross longkang besar tepi jalan tu tak jauh nak masuk sawah padi. Masa bila terbang aku pun tak sure. Aku rileks sat, member aku bukak lampu, cari spek dia. Spek aku pun ilang. Aku capai wallet ngan henset. Tapi takleh keluar, sangkut dahan pokok. Time ni aku sedar yang aku ngan member selamat. Ada pakcik ni mai tolong bukak then aku kluar sendiri.

Alhamdulilah, masih boleh berdiri, cuma tak Nampak apa sebab takdak spek. Aku call bapak aku ngan kawan2.

Masa tengah tunggu tow truck, ada sorang pakcik ni, dipercayai penduduk kampung situ.

Datang kat aku, trus dia tanya aku

“hang nampak apa?”.

Aku pun heran camna dia bleh tau aku nampak ‘kucing’ tu.

“kucing rasanya,” 

aku jawab

“Bukan dia kucing la bangcik oi, pakcik tau bukan dia(kucing)…tang ni saja dah ramai yang terjun (terbabas)sendiri, tu flyover tu, memang ada benda hat dok tunggu situ” 

dia crita

“dua hari lepaih, ada kereta lagi jauh, dari highway piuuuuuuu(nada bunyi kereta terbang) terjun sawah ni, tapi dia pun selamat, tak cedera apa. Yang dua bulan lepaih pun ada takdak apa jugak… tapi….” 

aku dengar ja la

“tapi apa pakcik,” 

aku saspen dah.

“Semua yang terbabas kat sini selamat, kecuali orang yang mula-mula eksiden kat sini, Sorang cina muda tengah mengandung, mati kat sini jugak ..kat dalam longkang ni, tersepit,” 

dia bagitau aku.

Huh, camtu rupanya. Masa tu aku tengah blur aku dengar ja la crita dia, then ada abang ni bawak aku buat repot polis. Sampai kat balai, abang ni tolong bgtau polis tu.

“eksiden kat mana ni?,” 

tanya polis tu. Aku tak jawab, abang tu tolong jawab 

“kat titi chai(nama area situ), ”.
“ooo…kat situ lagi la nooo malam ni?, ” 

Polis tu kata seolah2 tempat tu mmg slalu eksiden dan dia boring dah kot nak buat repot eksiden kat situ.

Abih repot aku pi spital.. disebabkan takda apa, doktor bagi aku panadol ja…apa daaa....then aku balik umah…trauma seminggu…bukan trauma drive, cuma trauma n takleh trima kereta aku dah takda. Bukak pintu umah aku aku masih berharap toyolta aku aku kat porch, tapi nan ado. sedih

Aku tak pegi tengok pun dia kat bengkel sebab tak sanggup, bapak aku yang pi settle. Dia nak claim total loss. Aku ikut ja la. Tapi aku bersyukur sebab aku masih diberi peluang untuk hidup. Alhamdulilah. Syukur sebab pokok jati tu hentam betul2 blakang tempat duduk aku. 

LEpas eksiden… aku dapat banyak lagi cerita seram pasal tempat tu. Hehe. Sekian. Sori sebab macam panjang ja. Apapun korang doakan aku bebas dari trauma ini.

Moral cerita : Kenali Jalanraya Anda.

Monday, March 28, 2011

Ba Wau Sin Ya Ta

Kat opis aku, setiap kali hari Jumaat lepas semayang tu akan ada kelas mengaji oleh sorang ustaz ni. So mana mana staff yang free, akan pegi la mengaji kat tingkat atas nuh.

Aku?

Jangan tanya lah, aku awal awal lagi dah khatam.

Ni seperti yang di ceritakan oleh staff aku tadi. Dia orang ngaji dalam bilik meeting. Ada la satu staff ni jugak pakcik pakcik sikit. Gigi dia rongak. So tadik giliran Ustaz tu ajar dia mengaji dan mengeja dalam bahasa jawi.

Tengah dia eja eja tu, dia ternampak sorang minah depan dia duduk dengan cara merapatkan kerusi ke meja. Kiranya minah ni duduk tengah tengah dalam keadaan sempit antara kerusi dan meja dan tetek dia, dia pangku atas meja !

Minah ni memang terkenal dengan tetek besar.

Tiba tiba brader ni, dok ngaji ngaji, angkat muka ternampak tetek minah tu.

Dia nak sebut 'Ain' tersebut.

"Oinkkk!!!"

Hahahahaha.

Lawak gila. Heboh cerita ni satu hari orang dok gelak sampai Ustaz tu pun gelak. Last sekali semua lari tak nak mengaji hari ni.

Sewel !

Dan pagi tadi pun best jugak.

Semenjak dua menjak ada kelas ngaji kat opis ni, aku dengan IG suka la BBM pastu eja pakai bahasa jawi tapi tulis secara rumi.

Konon konon nak mempraktikkan skill.

Aku BBM dia pagi tadi.

'Lu kat opis ke beb?'
'Ha lu kat mana?'
'Rumah lah. Jap lagi gua pegi. Hari ni nak lunch makan apa?'
'Kita mkn kat mesjid lah'
'OK'
'Dah pegi mandi wajib nuh'

Dia BBM aku macam tu then aku balas.

'Bau wau sin ya ta!'

Iaitu.. Busit = Bullshit.

Pastu kami ber BBM lagi.

'Kita makan kat kedai masjid'
'Pedas situ'

Aku balas macam tu.

'Tak pe lah, biar lu cirit'

Separa marah aku balas kat dia.

'Ba ya ba ya kaff'

Aku nak cakap BABIK. Tapi jadi BIBIK !!!

'Hahah bengong. Dah cepat siap'
'Wau ra alif ta'
'Apa tu?'

Aku nak cakap Orait. Hahah Pastu aku tanya dia balik.

'Orait cemana eja?'

Dengan confiden dia balas.

'Alip wah ro ya ta'
'AURIT?'

Bodo. Buat aku gelak guling guling je !


Sunday, March 27, 2011

Kekasih Gelapku

Eh eh eh...

Aku nak gelap ke nak apa ke, kau peduli apa? Perlukah kau hentam hentam mengutuk aku sebab aku rentung dan tak kacak macam selalu?

Ya aku tau aku suka gelap. Walaupun orang tak suka, tapi aku tetap memilih untuk terus gelapkan diri aku. Tapi solekan smokey eyes tetap menjadi keutamaan.

* gaya manusia yang tidak stabil emosi.

Aku bukannya apa, setakat aku jadi gelap pun kau nak kutuk. Adakah kau cemburu dengan perubahan warna yang mendadak?

Bak kata kau, sudah sama tona warna dengan Micheal Jackson dulu dulu. Kau mampu?

Manalah aku nak tahu kau mampu ke tidak sebab aku tak tau kau sapa.

Tapi apa pun, aku harap kau bahagia dengan pilihan kau mahu mengutuk aku sesedap rasa. Bukan apa, kalau kulit terbakar memang nampak di mata, tapi terbakar di hati, siapa yang rasa???

* pose pose ahli bomba.

Aku bergelap ni sebab menyambut Earth Hour.

Kau ado?

Saturday, March 26, 2011

Wangian Tahan Lama


Di mana kau manusyia????

Ada?

Apsal tak nampak? Adakah sedang menyorok di sebalik dinding ketakutan kerana di kecam berbau busuk?

Hah. Meh sini abang nak bagi tips cemana nak pakai perfume supaya anda selalu berbau wangi.

Aku pun tak tau sebenarnya, aku pakai ikut suka aku je, tapi hari hari selalu orang cakap bau aku lasting sampai ke petang. Ada jugak yang mintak tips cemana pakai perfume dengan betul.

So aku rasa memang tak de cara memakai dengan betul. Abik perfume dan sembur sesuka hati. Itu lah yang memadai.

Tapi sebenarnya, ada point point yang kita boleh sembur untuk memastikan kewangian kita terserlah seharian.

Mula mula. Kita mesti ada perfume. Tak de perfume kau nak sembur dengan apa? Ridsect? Shieldtox? Gila ke apa?

Dan perfume tu kalau boleh sekurang kurangnya jenis Eeu De Toilette. Sebab bau dia agak lasting kalau nak di bandingkan dengan cologne ataupun perfume Mawi tu semua. Bukan tak boleh beli, cuma kalau ada duit beli je la Eau de Toilette. Kalau banyak duit beli lah Parfum macam set set Estee, Hermes, Prada, Chloe dan set set yang mahal sikit tu lah.

Now. Cara semburan tu penting. Barang di ingat, aku cakap aku sendiri pun tak tau cara yang betul tapi ni based on yang aku pakai hari hari sampai kalau aku pegi site, ada 2 orang kakak yang hari hari kutip derma kat gate site aku pasti akan cakap.

"Assalamualaikum. Wanginya bauuuuuu. Sampai ke petang"

Hah. Padahal dia tak tahu aku turun tangga naik tangga. Merokok !

Rule seterusnya pakai perfume ni, jangan kedekut. Ya lah. Memang la mahal. Tapi kalau setakat sreet sekali je kat leher pastu konon konon nak simpan biar bertahun, mana nak jalan.

So point untuk semburan.

1. Mula mula berdiri depan cermin dengan hanya memakai seluar dalam. Pose pose jelita dan kacak walaupun kita sebenarnya nan ado jelitanya.

2. Ambik perfume. Sembur di leher kanan. Leher kiri. Dan belakang leher ! Ini 3 point penting. Jangan sesekali sembur dalam mulut. Kalau gila nak keracunan?

3. Sembur kat dada. Yes. Ini juga penting, ada jantung situ kan berdegup kenchang.

4. Perut !

5. Selak seluar dalam dan sembur kat bulu ari ari. Serious nih !! Bau dia akan wangi. Memang la tak de orang nak cium kat situ, tapi bau kat situ yang kekal agak lama nak keluar dari pakaian kita. Kalau pompuan sembur je kat dalam coli. Ia pasti kekal wangi.

6. Lepas tu ambik pergelangan tangan. Gosok di bahagian leher sebelum gosok dada dan rapatkan kedua dua pergelangan tersebut dan gesel sesama mereka.

Begitu la, kita akan wangi seharian.......

Selamat mencuba. Kalau orang kata kau orang busuk jugak, jangan salahkan aku. Memakai deodorant juga adalah wajib !

Ketiak kepam adalah associates dengan bau badan yang kekal berpanjangan hingga boleh membunuh walaupun menyembur sebotol perfume setiap hari !

Selamat berwangi. Cara nak beli perfume tu, ........................kena la pegi kedai.

Perfume yang baik tak di jual di pasar malam okeh ! Jangan mudah tertipu...............

Friday, March 25, 2011

Alpa, Beta Dan Gamma

Bangkit ! Bangkit !

Kebakaran............................!

Korang pernah mengalami peristiwa kebakaran dalam hidup?

Rumah terbakar ke? Jamban rentung ke? Atau mungkin kau orang pose pose bakar sampah secara terbuka?

Dulu aku suka bakar sampah. Asal petang je, konon konon rajin lepas bermain main di luar rumah pastu buat buat rajin.

"Mak, bakar sampah ni eh"

Aku jerit kat mak aku. Biar asap berkepul pastu pose pose macam Sudirman dengan Noorkumalasari nyanyi atas stage keluar asap.

Dulu dulu pembakaran terbuka tak de lah haram mana. Suka suki berdiri je nak bakar dan tengok asap berkepul kepul. Maklum la abang ni kan orang kampung.....

Tapi hari tu, aku nyaris nyaris terbakar.

* dup dap dup dap

Bunyi jantung tu tanda berdebar.

Aku bangkit. Tapi rasanya macam awal. Mengantuk lagi, so aku ala ala nyalakan rokok dan pose pose berbaring sambil ambik ashtray letak kat tepi. Masih duduk berselimut atas katil ni.

OR bangkit dah masuk toilet.

Pastu pose pose nyalakan rokok then aku tak sedar apa.

Tiba tiba.

"Sayang !!!!!!!!!"

Aku terjaga bila OR menjerit.

"Apa?"
"Terbakar nih !!"

Selimut aku terbakar uols. Habis berlobang. Aku ada dalam selimut tu lagi. Nasib baik la cepat sedar, kalau tak abis la abang dengan Param dah tak dapat sesiapa bezakan.

* curah seluruh tubuh dengan clorox bleach.

Kadang kadang kita ni alpa, beta dan gamma kan?


Wednesday, March 23, 2011

Kek Kek Kek

Hari tu mood mengada aku sampai. So aku ceme-eh dengan Orang Rumah dan mintak dia belikan aku cake.

Bila dia balik. Hah, ini dia belikan.

Aku terus koma berbuih mulut sambil nyanyi lagu Happy Birthday pada diri sendiri.







Melampau banyaknya.

Aku feeling feeling jadi Firaun la makan orang suap. Tapi banyak sangat sampai aku jadi muak. Nak muntah.

Ada cheese cake, terramisu dan sebagainya. Sedap jugak sebenarnya tapi kalau dah banyak sangat masuk tekak.. Ayooyo...Nanti muka aku macam kena baking powder.

So bagi menjaga kelangsingan tubuh tanpa perlu pegi London Weight Management aku stop makan cake ni.

Sapa nak sila datang rumah aku dah rogol peti sejuk aku tu secara bergilir gilir !

Tuesday, March 22, 2011

Jalan Jalan Cari Makan

Heyy..

Korang lapar?

Nah. Hari ni abang nak membawa kau orang pegi makan. Sila kosongkan perut sekarang dan kita tengok di mana tempat tempat yang makanannya agak lazat dan inzal.

Kita mulakan sekarang.

1. Kuey Tiew Doli Taiping.

No... Abang tak pegi Taiping, tapi pegi dengan cawangan dia kat Taman Tun Dr Ismail, KL tu saja. Apa yang menarik? Dia ada dua set kuey tiaw ni. Ada yang biasa dan ada yang special. Apa yang special? Udang udangan dia la uols. Tengok ni !!

Harga kuey tiaw special adalah RM10.50.

Aku cuma habiskan udang saja. Kuey tiaw dia bagi aku rasanya biasa biasa saja.



2. Secret Recipe

Semua biasa pegi kan? Ya. Hari tu aku pegi sebab kelaparan satu hari. Menu? Aku ambik chicken Parmagiano dan member ambik Chicken Cordon Blue.

Makanan dia biasa biasa je. Aku pernah makan chicken Parmagiano ni dekat Pizza Uno dan di situ lagi sedap sebenarnya.

Dua orang makan harga dalam RM60. Minum Iced Blended Mocha.

Verdict. Sekali sekala boleh try. Selalu selalu, tak best juga.






3. Muara Klang.

Yes. Ini sangat inzal kalau pergi tapi agak jauh la sana nuh.

Menu aku tempoh hari. Udang goreng tepung, Nasik lemak, Ketam masak 3 rasa dan juga Sotong bakar.

Sotong bakar adalah inzal hingga menjilat kepala sotong. Tambah bila makan dengan kuah asam dia tu.

Ketam adalah masin. Tambah pulak kalau mood malas nak kopak kulit dia dengan gigi.

Udang goreng tepung dia memang inzal. Tiada tandingan. Lebih enak bila makan di sisi laut sambil lihat kapal kapal lalu lalang.

Harga untuk 2 orang makan. RM70.




4. Maritime Putrajaya.

Tempat ni menjadi persinggahan kala rasa mewah sikit.

Konon aku kenyang. Tapi bila tengok menu macam inzal. Makanan kat sini memang inzal lah.

Aku order mushroom soup. Pastu makan lagi club sandwich ni.

Banyak makanan yang inzal inzal di sini. Paling best adalah Mocha Iced Blended dia.

3 orang makan dalam RM70.



5. Penang Village.

Sedih bila ingatkan makan di sini.

Aku makan 2 orang tapi harga dia RM70 !

Keji. Menu kami adalah. Chicken Pandan yang mana chicken dia besar ibu jari saja. Double keji. Pastu Kailan ikan masin. Telur dadar. Kerabu mangga. Air laici dan air mixed fruit serta cendol durian.

Mahal okeh kedai ni.

Makanan dia sedap tapi rasa tak berbaloi baloi.

Sudah, jangan pegi Penang Village tu lagi !







Monday, March 21, 2011

Majlis Kahwin

Aku dah lama tak pegi majlis orang kahwin.

Aku ada sedikit rasa truma dan malas sebenarnya. Tapi atas dasar jemputan dari orang yang aku kenal rapat, aku gagahkan diri ni jua.

Dan pegi majlis orang kawin ni tak lah seburuk yang aku sangka.

Yang penting perut kenyang. Cuma aku aku tak suka kalau aku pegi majlis kawin dan aku jumpa orang yang aku kenal sebab aku phobiarama jumpa orang..

Mungkin aku kena lari duduk dekat gunung dan orang tak boleh hantar kad jemputan.











Sunday, March 20, 2011

Tiduran Dengan Riang Ria

Nah. Aku share tip tip waktu tidur paling baik. Macam biasalah, ada cakap Indon lah.


Tidur merupakan kebutuhan utama dalam hidup manusia. Bukan hanya untuk menghilangkan rasa lelah, namun juga berfungsi sebagai penyegar dan pembuang zat-zat beracun yang dilakukan saat tidur. Untuk itu perlu dikenali saat-saat dimana tubuh kita melakukan proses pembuangan racun dalam tubuh.

Sebagaimana waktu tidur yang benar, bisa semakin membantu dalam proses berikut:

Pukul 21.00 – 23.00

Malam hari adalah waktu pembuangan zat-zat yang tidak berguna/beracun (detoxin) di bagian sistem antibodi (kelenjar getah bening). Selama durasi waktu ini, kita harus dalam suasana tenang atau mendengarkan musik. jangan sibuk bekerja di waktu-waktu ini.

Pukul 23.00 – 01.00

Dinihari merupakan terjadinya proses detoxin dibagian hati yang berlangsung dalam kondisi tidur pulas.

Pukul 01.00 – 03.00

Dinihari proses detoxin dibagian empedu, juga berlangsung dalam kondisi tidur.

Pukul 03.00 – 05.00

Dini hari terjadi detoxin dibagian paru-paru, sebab itu akan terjadi batuk selama durasi waktu ini. karena proses pembersihan (detoxin) telah mencapai saluran pernafasan, maka tak perlu minum obat batuk agar tidak merintangi proses pembuangan kotoran.

Pukul 05.00 – 07.00

Detoxin dibagian usus besar, disarankan untuk buang air.

Pukul 07.00 – 09.00

Pagi dimana merupakan waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil, disaranakn untuk sarapan pada durasi ini.

Bagi yang sedang sakit sebaiknya makan lebih pagi yaitu sebelum pukul 06.30. Makan pagi sebelum pukul 07.30 sangat baik untuk kesehatan.

Saturday, March 19, 2011

Bukit Gambang

Anyway, aku just nak share ni hah gambar gambar dari Bukit Gambang.















Hah. Gambar gambar tu aku tak berapa rajin nak update.

Gambar pun tak banyak sebab banyak gambar orang orangan. So gambar gambar berstatuskan panorama adalah kurang.

Tapi tak pe lah. Cukup la tu untuk memberi gambaran macamana tempat bernama Bukit Gambang Resort tu.

Secara overall. Bukit Gambang Waterpark adalah sesuai untuk lokasi bersantai dan ber riang ria bersama keluarga dan anak anak. Tapi nak stay situ tak perlu lah. Service hotel tak berapa best sangat. Makanan kat hotel pun so so.

Aku sugesi sapa nak pegi, sewa je hotel kat Kuantan sebab dari Kuantan cuma 30 minit je pun.

Tapi kalau nak stay pun, boleh jugak. Mudah juga bagi yang tak puas mandi dan nak mandi berkali kali.

Rides rides dia aku rasa banyak dan agak mencabar juga especially yang belah atas, tapi aku tak de masa nak explore sangat. Ada yang longest in South East Asia la apa lah, so benda benda macam ni boleh di cuba baik mereka mereka yang gemarkan challenge dan sesuatu yang mendebarkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...