Monday, March 14, 2011

Trip Medan - Part 4

Sejam kemudian ferry berlabuh di Parapat semula. Kali ni ferry tak penuh macam semalam. Mungkin ramai masih di Samosir untuk habiskan cuti cuti sebegini.



Turun dari ferry aku terpinga pinga. Mana nak tuju ni?

"Pak. Mahu ke mana Pak?"
"Bisa dapat angkutan ke Brastagi?"
"Ya loh. Pagi aja tu ada Pak"
"Oh"

Aku kecewa. Aku plan dari Parapat aku mahu terus ke Brastagi. Singgah di Si Piso Piso sambil menikmati keindahan Danau Toba dari sebelah utara sana. Tapi gagal.

Tak de option lain. Lagipun dah hampir pukul 1 petang. Perut aku pun lapar.

Nak makan kat situ aku tak berani. Tak de tulis kedai makan Islam pun. Tengok kang ada babi la apa lah. So aku tahan je la perut. Minum air je la berbotol botol. Pastu sibuk nak kencing.

Lama jugak aku terdiam kat situ tak tau nak buat apa. Plan aku gagal nampaknya. Tak de pilihan selain dari pulang ke Medan. Aku fikir esok je la aku ke Brastagi dari Medan. Kalau kat sana mungkin lebih senang dapat transport.

Aku ke kaunter Raja Taxi. Beli tiket dengan harga Rp65,000. Lebih murah dari perjalanan dari Medan ke Parapat. Tak pe lah. Beli dan tunggu.

"Jam berapa kita ke Medan Pak?"
"Jam 2"


Aku tengok jam. Masih ada setengah jam lagi.

"Saya yang ke berapa Pak?"
"Pertama"

Aduh ! Aku kena tunggu lagi 6 orang. Sampai bila macam ni?

Tak de pilihan. Tunggu je lah. Duduk dan hisap rokok. Patut aku bawak buku dan waktu macam ni la aku nak didik diri aku rajin membaca.

Argh. Tak rajin mana pun nya.

Tunggu punya tunggu. Memang tak de orang lain.

"Ayuh Pak. Kita gerak sekarang"

Aku rasa lega.

"Cuma saya seorang?"
"Nanti ada yang nunggu di Siantar"

Ah. Lega.

Aku naik van tu. Kali ni dapat duduk depan. Selesa sikit.

Belum sempat keluar dari pekan Parapat, Supir tu dapat panggilan ada sorang lagi. Jadi tunggu ada orang hantar dia kat tempat kami menunggu dan terus kami bergerak meninggalkan pekan Parapat.

Selamat Tinggal Parapat dan Danau Toba yang indah !









Perjalanan ke Pematang Siantar lebih ngeri. Supir aku hari ni lagi haru bawak van. Dia cilok selamba je. Aku lak duduk depan lagi la ngeri berkali kali. Nightmare gila jadinya.

Dia potong kereta lain walaupun kat depan ada lori ke apa. Then cepat cepat cilok masuk.

Aku lak sibuk nak brake sama. Aduh ! Bisa mati macam ni.

Aku cuba cuba nak lelapkan mata pun gagal. Dia bawak laju, kejap kejap kepala aku terhantuk. Sudahnya, jaga je la sambil berdoa dalam hati. Cepat cepat la aku sampai.

Sampai di Pematang Siantar van berhenti.

Kami terpaksa tukar van. Supir pun tukar. Dari Siantar van cukup 7 orang dan kami bergerak lepas aku menunggu hampir setengah jam jugak di situ.

Kami menyambung perjalanan ke Medan.

Supir kali ni lebih berhati hati sikit. Sikit je lah. Aku duduk depan so rasa lega sikit. Kat belakang pun macam bersesak sesak jugak. Van singgah di tempat makan yang sama. Tak lalu aku nak makan dah. Aku cuma beli biskut je dan air.

Layan Teh Markissa pun inzal. Macam di Bali hari tu.


Akhirnya lewat jam 7 malam kami sampai di Medan. Jem lagi. Kena hantar penumpang yang ke Bandara dulu. Pastu hantar sorang student di Universiti Sumatera. Hantar yang lain lain, last sekali baru hantar aku ke hotel penginapan.

Hotel ni aku dah book dengan airasia go masa ada promosi hari tu. Harga dia RM36 satu malam. Aku tak tau macamana nak expect bilik dengan harga serendah itu. Tapi cukup la nak tidur malam tu.

Lepas check in, terus ke bilik 914.

Tengok tengok.

Wah............ inzal uols ...... !!!






Tidur dengan inzal.

Keletihan aku terus terlena.

Bangkit sejam kemudian rasa fresh sikit. Lega. Mandi dan rehat rehat. Kat hotel boleh online okeh! Apa lagi, tu yang abang update sedikit gambar tu.

Berehat di kamar bilik pastu aku rasa nak mencari sesuatu.

Aku nak cari tukang urut !

Memang di Medan tak sebagus di Bali mahupun di Thailand. Tapi mesti la ada kan? Lagipun mana lagi nak urut murah murah kalau tak di Indonesia.

Aku riki riki di internet tapi tak de. Yang ada mahal macam di JW Marriot dan sebagainya. Aku nak tanya kat hotel macam segan pulak. Last sekali aku turun keluar hotel.

Kat luar tu banyak je supir supir yang boleh bawak kita ke mana mana. Aku cuba cuba beranikan diri.

"Pak. Bisa nanya di mana bisa picitin di sini?"
"Oh. Bapak mahu picitin. Mahu yang kayak SPA gitu? Ada masker dan urut"
"Bisa"
"Ya.. saya bisa bawakan bapak"

Apa lagi.

Aku teruskan je lah. Sengal sengal badan naik van tu masih belum hilang.

Bapak Supir aku ni rupanya lebih berpengalaman.

"Mahu yang extra Pak?"
"Extra gimana?"
"Ya udah. Biasa kalau di picitin, langsung ada yang extra gitu"

Dia ketawa.

"Bapak seorang saja?"
"Ya"
"Ya. Yang ini bagus Pak. Kalau tamu saya datang dari mana mana, saya bawa ke tempat ini. Ada tu namanya Kelly. Kalau bapak mahu. Orangnya penyabar Pak. Bapak tau kan, nanti di mandikan Bapak. Di gosok gosok tubuh, orangnya lembut. Ngga ada bantahan"

Aku dengar dengan teliti.

"Harganya berapa?"
"Harga picitin sama mask untuk 2 jam Rp165 ribu Pak. Kalau yang extra, bapak bisa negotiate aja, kalau bapak mahu saya nelpon Kelly"

Aku tak cakap apa apa pun. Terus je dia ambik hp dia dan call pusat urut tu. Dia bercakap sendiri dengan Kelly dan book Kelly untuk aku.

Wah !

"Kalau ada tamu lain, kamu bilang udah ada yang nunggu ya malam ni?"
"Iya"

Jawab Kelly. Suaranya lembut dan manja.

Argh. Bikin aku merinding jadinya.

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...