Friday, March 18, 2011

Hikayat Serong Setiawangsa

Semalam aku tengok wayang Hikayat Merong Mahawangsa.

Cerita yang di gembar gemburkan seantero negara.


Jalan Cerita

Bagi aku ceritanya menarik. Ada story dalam perjalanan movie ni dan agak menarik juga. Kisah cinta, kisah perang, kisah pertarungan dan sebagainya. Tapi jalan cerita di ceritakan kadang kadang laju gila.

Tak sempat nak feel. Sedar sedar dah abis.

Kisah Putera Rome yang belayar untuk bertemu dengan Puteri China. Menarik. Ada unsur kelakar especially Mak Inang puteri tu. Tapi kisah Merong dengan Embok macam tergantung. Cepat gila. Kejap dia luka, pastu terus jatuh cinta tanpa dia cerita apa apa pun, pastu dah abis. Berpisah sebab Merong nak pegi perang. Last pun tak de kisah pasal ni kecuali narration dari Raja yang kata, mereka kawin dan ada anak.

Pastu ada part yang aku tak faham. Tengah bergaduh gaduh pastu semua mati !

Macam kena cabut battery. Tak tahu sapa bunuh pun. Dan tetiba Merong terselamat.

Bab cinta pun tak rasa. Lagu Anuar Zain pun aku tak tahu nak assosiatekan dengan cinta siapa. Macam lagu tu lebih sadis dari cerita sebenar ! Nak kata part sedih pun tak de. Nak kata part mari lah kita sehidup semati pun, macam tak rasa.

Bab Pertarungan.

Yang ni yang banyak guna CGI rasanya. Ada part part pertarungan memang best juga. Ada keris, tombak dan macam macam lah. Tapi adengan pertarungan kadang kadang nampak lawak. Bila dia terbang dan landing, sebijik macam Cicakman. Tak kemas CGI dia. Kalau nak berguling guling, siap pelakon tambahan berhenti kejap untuk Merong berguling atas badan dia. Pastu ada part, anak panah punya lah banyak jatuh dari langit. Bila jatuh, cuma kena pasir. Langsung tak kena khemah ! Pastu bila tunjuk memula banyak. Bila bertarung, panah tu dah jadi sikit.

Good moves for CGI technology dalam cerita ni, cuma tak kemas.

Part last masa raja tu bercerita, ada gambar kapal kapal at the background. Fuh.. nampak macam kapal kertas !

Pelakon.

Hmmm. Steven Rahman tu pelat. Kadang kadang dia cakap Melayu OK. Pastu serang (se-mua) jadi 'serang' (se-nget). Awal awal cerita tu macam kaku je dia tu. Pastu pelakon lain memang tak menyerlah. Jehan miskin macam pak pacak je. Langsung tak de dialog. Umi Aida keluar dengan 2 lines je. Langsung tak mencabar. Umi Nazeera lagi lah. Memula dialog dia kaku gila. Pastu macam ntah hapa hapa je. Marah marah tetiba senyap dan menanti di cumbui.

Keji !

Yang bagus dalam cerita ni si penjahat tu. Khir Rahman dan juga Rahim Razali dan Wan Hanafi Su.

Umi Nazeera dalam cerita ni tak lawa. May be sebab cerita tu shooting masa dia baru belajar nak berlakon. Kalau Tiz Zaqiah ok kot. Hehehe.

Skrip.

Skrip dia ada part part yang best. Memang bercakap ikut rhymes lah.

Tapi ada jugak part part yang ntah hapa hapa. English dia broken especially masa kat Goa. Pastu dialog Umi Nazeera pun macam tak complete. Skrip Merong pun pelik. Kejap dia tak tahu dia di mana dan apa apa. Pastu tetiba dia tahu dia kat kampung dia. Tiba tiba dia boleh ingat semua. Tak tahu siapa ayah dia yang bawak dia lari belayar. Dan takkan dia dalam umur 5 tahun tak ingat apa yang berlaku kat kampung dia?

Macam macam lah.

Tapi secara overall, puji jugak la cerita ni. Cuma masih ada kelemahan perlu di perbaiki. Dan kelemahan tu sebenarnya bagi aku banyak !!!

Nak hantar ke Oscar??

Mintak maaf lah. Malu pulak rasanya. Kalau orang tengok mesti kena gelak je.

Kalau nak compare, personally, aku rasa Puteri Gunung Ledang much much way better than this movie lah. Dan kalau nak compare jugak, filem Langkasuka tu lebih baik dari cerita Merong ni.

Tapi sebagai seorang yang patriotik, YES. Sekalung tahniah untuk team movie ni atas effort dia.

Cuma aku agak kecewa jugak la. May be expectation aku tinggi sebab macam gebang pasal cerita ni hebat sangat. Tengok trailer pun macam best tapi hasilnya, agak sedih.

Lebih sedih lagi sebab aku tengok show pukul 11 malam. Sanggup bersengkang mata tapi akhirnya agak hampa. Patut aku tengok Invade jer.

Cerita epik sepatutnya di garap lebih details. Lebih panjang. Ini tak sampai pun 2 jam.

Dah lah. Malas aku nak cakap dah.

Pegi je la tengok sendiri. Hikayat Merong Mahawangsa mungkin boleh menghiburkan tapi tak cukup untuk memberi kepuasan !

Hahaha.

Ini semua cuma pendapat peribadi dan jangan marah aku kalau aku dah bunuh dan pandang serong pada Merong. 

Aku bagi 7/10.

Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kamu berdua
Bila dua jasad bersatu
Hidup mati jadi bersama

Dan aku rasa lagu ni lebih sesuai untuk cerita ni..................


Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...
Anuar Zain - Mungkin

1 comment :

  1. PATUT YUSRI BACA REVIEW NI....KURENG2 DIA BLEH PERBAIKI UTK NEXT MOVIE DIA KAN? HIKS

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...