Thursday, March 31, 2011

Flyover Terakhir



Lewat jam 10 malam, aku dengan sorang member balik dari Penang. Kitaorg pegi PC expo(lebih kurang cam PC fair tapi kecik skit) cari barang-barang desktop sket. Dalam perjalanan balik, aku dah rasa cam tak sedap ati, maybe sebab ujan dan stress sebab tersangkut dalam traffic jam kat Penang bridge sebelum tu. Maka aku pun berenti sembahyang maghrib ngan isya kat Rnr Gurun.

Kitaorg lapar tapi tak berminat nak makan kat situ, sebab destinasi seterusnya adalah Kuala Perlis. Dari Gurun ke K.Perlis adalah dalam sejam lebih. K.Perlis ni sama cam muara Sg Klang tu cuma kat situ takdala kapal-kapal besar lalu lalang. Niat nak makan kerapu 3rasa + sotong tepung. Pemanduan lancar dengan berhemah, kuar exit Changlun masuk ke Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun.

Melepasi Pekan Arau dan dalam perjalanan ke exit Kangar, pengguna highway akan lalu di bawah tiga flyover. Flyover –flyover ni dibina oleh kerajaan negeri Perlis bagi memudahkan penduduk kampung cross highway. Aku dah memang biasa route ni sebab ni la jalan aku pi kerja tiap-tiap hari.

Merentasi highway dengan sawah padi di kiri dan kanan, maka kitaorg bertemu dengan FLYOVER TERAKHIR, maksudnya yang ketiga la. Bagi siapa-siapa yang tahu, betul-betul bawah flyover ni ada macam sikit bump, sebab jalan tak rata. Aku dah slow keta sampai 90-100km/h dan aku pun lepas bump tu macam biasa tanpa rasa melambung.

Lepas flyover tu, aku pun start nak tekan minyak balik, maka di sinilah aku ternampak kelibat seekor makhluk yang aku agak kucing, macam nak melintas tapi mata dia pandang ke arah kereta. Oleh sebab banyak ruang lagi sebelah kiri, aku mengelak dan berjaya untuk melepasi dia. Tapi malang, aku lost control ke sebelah kiri, then aku lawan balik ke arah kanan, trus Nampak divider…lagi la takut. Bila aku aku steer kiri balik, kereta toyolta aku dah berpusing dan terbabas ke kiri jalan yang berderet dengan anak pokok jati dan longkang besar.

Masa tengah terseret tu, aku pegang ja stereng kuat2. Tak sure sebab apa aku rasa tenang, then aku rasa BAMMM! Terhentak then stop. Aku cuba bukak mata tapi kepala pening sebab berpusing. Pastu Aku tengok keluar, keta aku dah cross longkang besar tepi jalan tu tak jauh nak masuk sawah padi. Masa bila terbang aku pun tak sure. Aku rileks sat, member aku bukak lampu, cari spek dia. Spek aku pun ilang. Aku capai wallet ngan henset. Tapi takleh keluar, sangkut dahan pokok. Time ni aku sedar yang aku ngan member selamat. Ada pakcik ni mai tolong bukak then aku kluar sendiri.

Alhamdulilah, masih boleh berdiri, cuma tak Nampak apa sebab takdak spek. Aku call bapak aku ngan kawan2.

Masa tengah tunggu tow truck, ada sorang pakcik ni, dipercayai penduduk kampung situ.

Datang kat aku, trus dia tanya aku

“hang nampak apa?”.

Aku pun heran camna dia bleh tau aku nampak ‘kucing’ tu.

“kucing rasanya,” 

aku jawab

“Bukan dia kucing la bangcik oi, pakcik tau bukan dia(kucing)…tang ni saja dah ramai yang terjun (terbabas)sendiri, tu flyover tu, memang ada benda hat dok tunggu situ” 

dia crita

“dua hari lepaih, ada kereta lagi jauh, dari highway piuuuuuuu(nada bunyi kereta terbang) terjun sawah ni, tapi dia pun selamat, tak cedera apa. Yang dua bulan lepaih pun ada takdak apa jugak… tapi….” 

aku dengar ja la

“tapi apa pakcik,” 

aku saspen dah.

“Semua yang terbabas kat sini selamat, kecuali orang yang mula-mula eksiden kat sini, Sorang cina muda tengah mengandung, mati kat sini jugak ..kat dalam longkang ni, tersepit,” 

dia bagitau aku.

Huh, camtu rupanya. Masa tu aku tengah blur aku dengar ja la crita dia, then ada abang ni bawak aku buat repot polis. Sampai kat balai, abang ni tolong bgtau polis tu.

“eksiden kat mana ni?,” 

tanya polis tu. Aku tak jawab, abang tu tolong jawab 

“kat titi chai(nama area situ), ”.
“ooo…kat situ lagi la nooo malam ni?, ” 

Polis tu kata seolah2 tempat tu mmg slalu eksiden dan dia boring dah kot nak buat repot eksiden kat situ.

Abih repot aku pi spital.. disebabkan takda apa, doktor bagi aku panadol ja…apa daaa....then aku balik umah…trauma seminggu…bukan trauma drive, cuma trauma n takleh trima kereta aku dah takda. Bukak pintu umah aku aku masih berharap toyolta aku aku kat porch, tapi nan ado. sedih

Aku tak pegi tengok pun dia kat bengkel sebab tak sanggup, bapak aku yang pi settle. Dia nak claim total loss. Aku ikut ja la. Tapi aku bersyukur sebab aku masih diberi peluang untuk hidup. Alhamdulilah. Syukur sebab pokok jati tu hentam betul2 blakang tempat duduk aku. 

LEpas eksiden… aku dapat banyak lagi cerita seram pasal tempat tu. Hehe. Sekian. Sori sebab macam panjang ja. Apapun korang doakan aku bebas dari trauma ini.

Moral cerita : Kenali Jalanraya Anda.

2 comments :

  1. sape xcident ni meng..
    syukur tkde buruk2 jd..
    al-hamdulillah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...