Wednesday, December 18, 2019

TIOMAN 2019 : 08 - TUNAMAYA Beach & SPA Resort | View

Jom kita berpegangan tangan melihat sekitar kawasan !


Memula kita usha kawasan sekitar resort Tunamaya ni dulu....




















Kat kawasan ni, nama dia Pantai Sarang Burung, terdapat 2 resorts. Both are private resort tapi kira sebelah sebelah so kira berjiranan lah.

Kalau dari Tunamaya Beach & SPA Resort ni boleh nampak ada lagi satu jetty di sebelah satu lagi iaitu jetty Bagus Place Retreat, Tioman.




Resort dia tak besar mana cuma ada 10 chalets je tapi agak mahal dan consider mewah jugak lah.

Berbeza dengan Tunamaya ni, Bagus Place Resort ni adalah all inclusive resort yang mana harga penginapan termasuk siap makan etc. Min price to pay adalah RM 500++ per adult/per nite !

Patut ke nak gi duduk situ sorang sorang? Sure berdua atau berfamily kan? Jadi double dan triple je la kiraan untuk nak stay kat resort ni.

Penginapan dia lebih kepada chalet chalet kayu yang di designed khas untuk yang gemarkan penginapan ala ala naturals environment. Lebih kurang macam Japamala Resort jugak. Tapi kat sini lagi hardcore konsep chalet dia macam tree house, boat house pastu adalah family chalet constructed atas batu batu tepi laut dengan tujuan untuk offer dan buat orang rasa lebih closer to mother nature .. Mat salleh suka la benda benda back to nature macam ni kot. Datang ke pulau tapi duduk dalam hutan !

Resort dia tak besar mana tapi lengkap dengan facilities, ada library, restaurant, SPA dan setiap chalet di facilitate dengan amenities yang modern; ada aircond, fridge dan sebagainya !

Dah alang alang kita berjiran, aku kena la pegi mencemar duli melawat kawasan. Mana tau ada benda benda perlu diambik tau dan dibawa ke Dewan Rakyat untuk di bawangkan ! Kan?

Jom.... kita terjah !

















Considering tempat ni private property dan orang menginap pun sure tak ramai, mesti dia orang boleh kenal by name tetamu tetamu resort di sini, so aku tak de lah nak explore lelebih kawasan ni takut kena tembak atau kena baling telur. 

Usha sipi sipi jer ler.



Pada pengamatan aku yang rabun ni, jetty Bagus Retreat Resort ni lagi cun untuk photog dan kalau nak layan sunset compared dari jetty Tunamaya tapi resort area dan facilities, Japamala Resort much much better dari both resort ni.

Tapi ni antara resort resort yang boleh menjadi option lah kalau nak mencari kedamaian serta privacy di Pulau Tioman ni.







Okey, dah ! 

Balik ke resort sendiri. Buat apa nak menyibuk di tempat orang? Tunamaya ni pun tak kurang hebatnya. 

Layan habiskan view view di sekitar Tunamaya resort area.




















Sehingga sampai waktu untuk mengucapkan selamat tinggal.









"...between heaven & earth..."

TUNAMAYA Beach & SPA Resort
Lot 20 & 21, Sarang Burung,
Kg. Mukut, Pulau Tioman,
26800, Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur
Tel : 07-766 8888.

TUNAMAYA Tioman Island
Facebook : TunamayaTiomanIsland/

bersambung..............

2 comments :

  1. fefeeling semacam bila puncak jurrasic park tu diselaputi awan... ke kabus?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...