Friday, December 13, 2019

TIOMAN 2019 : 04 - Pelayaran Membelah LAUT CHINA SELATAN

Tajuk macam naik ferry cross sampai Pulau Natuna jer.

Perjalanan dari jetty pelancongan Mersing menuju ke Pulau Tioman. Salah satu jetty gateway to Tioman selain dari Tanjung Gemok, Rompin.


Sekarang dah ada nama baru. Mersing Harbour Center. Last aku datang tempat ni belum siap sedia lagi.

Untuk ke Tioman ni, aku dah booking ferry siap siap di laman web Easybook

Senang je, booking ferry dari terminal jetty ( Mersing atau Tanjung Gemok ) dan destinasi di Tioman. Tapi destinasinya tu kena pilih ikut jetty di kampung mana yang kita nak turun. Macam aku pilih turun di Jetty Kampung Genting seperti yang diarahkan oleh pihak resort tempat aku bakal menginap nanti.

Harga tiket ferry dengan Blue Water Express biasanya fixed RM 40.25 per pax/per way campur tax untuk dewasa dan RM 34.50 untuk kanak kanak tapi jadual ferry berbeza mengikut pasang surut air laut di muara sungai Mersing ni.

Air pasang pagi surut pukul 5,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga !

Tapi hari ni air pasang petang.
So nyonya bangun pagi maybe pegi bertaichi je.
Petang duduk membawang, Pokok lupa nak siram !

Dah booking tiket, pick up di kaunter operator ferry di dalam bangunan Mersing Harbour Center tu. Aku tak tau, melilau di kawasan jetty nasib baik ada kakak baik hati bagitau kaunter tiket dah pindah ke situ.




Berjaya collect tiket untuk 2 orang then pegi ke jetty dan berzapin ! Eh.. kita kan di negeri Johor. Kena lah berberseni budaya. 

Silap langkah terterajang tong sampah. Satu hal nak kena kutip pulak.

Oh tiket tu biasa dia bagi siap dengan return sekali, so kena simpan betul betul. Kalau hilang, sila berenang renang sampai ke daratan !

Dah dapat tiket tunggu di jetty penumpang sebelum di panggil masuk.






Suasana dalam ferry agak stuffy dan tak selesa. Ferry penuh dan aircond sendu pulak tu. Aku mintak duduk kat bahagian atas tapi ruangan tu tak di bukak pulak. 

Lama gila rasanya nak sampai ke Tioman. 




Perjalanan ferry dari Mersing ke Tioman sekitar 2 jam lebih. Dah dekat tu baru lah nampak bayang Pulau Tioman. Rasa dah tak sabar nak keluar dari ferry ni dan menghirup udara segar.

* jeling kotak rokok yang terselit celah poket. ya lah. Padahal nak merokok !

Nasib baik laluan ferry akan mula berhenti di Jetty Kg Genting di mana aku akan turun.

"Ke tepi ! Ke tepi ! gergasi nak lalu !!!!!"

Sungguh tak sabar rasanya.









So penumpang penumpang yang nak turun di Kg Genting ni atau yang dah booking untuk menginap di resort resort tertentu boleh turun dulu. Yang lain lain... biar ferry tu bawak pegi jual mereka di negara jiran !

Hahahaha.

Dia orang akan turun di jetty jetty yang lain lah mengikut turutan. 

Kg Genting - Kg Paya - Kg Tekek - Kg Air Batang - Kg Salang.

Dan balik nanti jadulnya pun akan sama bermula dari Kg Salang dan last sekali di Kg Genting ambik penumpang di sini macam aku dan............. di jual di negara jiran?

Berani !

Dari jetty Kg Genting tu, speed boat akan datang pick up kami di situ. Sama macam masa aku ke Japmala sebelum ni, kali ni pihak Tunamaya dah di inform dan aku cuma perlu tunggu untuk di jemput secara VIP.

Banyak lah VIP kalau tak kerana kena bayar extra !

Pihak resort charge additional charges for boat transfer (to & from Kg Genting Jetty - Resort) at RM 50.00 per person for returned trip. Jadi kena kira kos pengangkutan ferry dua kali lah termasuk naik ferry besar tadi !

* sigh

Tapi sebab aku ambik pakej 3 hari 2 malam, ferry dikira complimentary.

* sigh lagi..

Eh mana ntah speed bot yang dijanjikan ni??? Ke sebab complimentary dia datang naik kapal sayur je???

Aku dah panas menunggu feeling feeling VIP. Boat Japamala dah sampai tadi dan dah selamat pergi. Aku tak nak nampak loser menunggu lama lama kat jetty ni !

Tak lama lepas tu nampak speed boat datang menuju ke jetty Kg Genting tu. Kalau lambat skit lagi aku siap nak baling batu dah ni.




Termasuk kami berdua ada jugak beberapa penumpang lain yang sama menunggu. Staff resort ada 3 orang termasuk pemandu speed boat.

Friendly jugak lah mereka menyambut aku dan mohon maaf sebab lewat sikit. Sebagai denda aku suruh pumping 50 kali dan paksa dia bawak speed boat tu laju laju !

Hahahaha. Takde lah.

Tapi memang agak laju speedboat membelah lautan pesisir Pulau Tioman ni menuju ke resort penginapan yang terletak di Kg Mukut.

Ada resort baru dibangunkan di Pulau Tioman ni nama dia Frenz Emperor Resort and SPA, Nampak macam grand gak tapi malangnya pembinaannya terbengkalai. Tak tau lah bila nak siap. Lama lama jadi port hantu laut bermaharajalela nanti.





Sempat melintasi Japamala Resort. 

Terimbau kenangan Trip Romantikus - TIOMAN tahun 2014 dulu.








OR aku pun tak berapa ingat dia dengan aku bercuti kat Japamala Resort tu. Dia memang macam tu, makan semut banyak sangat !

Melepasi kawasan Japamala Resort, lebih kurang 15 minit perjalanan dengan speed boat tadi tu maka kami tiba di jetty Tunamaya Beach & SPA Resort. 



Dan ketibaan kami di nantikan oleh staff staff resort di jetty yang siap menyambut kami dengan nyanyian !

Siap bertepuk sorai. Aku lupa dia suara mereka cemana. Rasanya semua tu penyamar, bukan penyanyi sebenar sebab tak berjaya memukau pendengaran aku. Lagipun pandangan mata aku dah terpaku sebab aku nampak view yang agak asing dari pemandangan biasa...



Welcome to JURASSIC PARK !!.... eh. 

Selamat datang ke TUNAMAYA Beach & SPA Resort.

bersambung..............

2 comments :

  1. huh lawanya.
    xrajin sapa hayat hidup ke tioman ni. darat kan aku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok rajin gi tioman tapi rajin gi jepung...... hahahaa

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...