Mari marilah maria.... kita usha facilities yang ada di Tunamaya Tioman Island ni !
Tunamaya Beach & Spa Resort is a boutique hotel south of Pulau Tioman, located slightly north of Mukut Village along a secluded beach fringed by lush greenery, with a back view of Tioman Island's famous 'Twin Peaks' mountain in the background. Guests enjoy luxury accommodation in contemporary wooden villas along the beachfront or rainforest surroundings.
An exclusive and isolated retreat good for enjoying the sights and sounds of nature, a jungle trail is also available that leads to Mukut Village for cultural scenery. Accessible by speedboat from the nearest village (usually Genting), the hotel has an infinity swimming pool, dive center, restaurant, bar, spa, games room and Internet service.
Jom usha.
Memula usha resort facility dulu.
Antara facilities yang ada di resort ni termasuk lah..
01. PRIVATE RESORT, PRIVATE BEACH.
Apa guna ke pulau kalau tidak memakai bikini polkadot kan?? eh.. Apa guna ke pulau kalau tidak bersantai di pantai ! Tu yang aku nak cakap sebenarnya.
Nak berenang renang dipantai atau cuma bersantai? Sini ada je port port nya..
Di sini privacy memang terjamin dan kalau tak ramai orang, pantai tu memang menjadi macam kita yang punya. Tapi tak bermakna boleh berbogel sesuka hati jer !
Kalau air pasang elok la nampak pasir tapi kawasan pesisir resort ni lebih banyak batu batu. Jadi awas selalu !
02. LOBBY AREA
Ni area menempatkan reception dan ada restaurant juga. Ada meja pool dan board/indoor games kalau kebosanan serta ada kedai cenderamata dan convenience store. Tapi bersedialah untuk membayar harga Yahudi kalau nak membeli !
Memang ni antara kawasan tumpuan lebih lebih lagi kat area lobby ni je ada reception wifi. Dah lah line phone tak der.. jadi ramai lah bertenggek kat sini siang malam pagi dan petang !
03. DIVE CENTER
Bagi kaki kaki nak beraktiviti macam diving ataupun snorkelling, ada facilities Dive Center dan Sport activities sebelah bangunan lobby je bebetul depan jetty.
Kalau nak snorkelling depan resort pun buleh tapi aku rasa coral macam tak berapa bermaya gak di area tu. Nak diving kena ke area jauh skit which can be arranged by the resort... Berkayak pun buleh tapi ... ulang suara 1.2.3. Expect harga tahap Yahudi di sini.
04. SWIMMING POOL
Yeah. Jangan tak percaya ini resort ada pool deyyy...
Boleh la mandi manda di pool bertaraf infinity ni kalau malas nak mandi laut.
Ada small bar kat tepi pool area.
05. SARANG SPA..
Saranghae bagi kaki kaki sengal dan kebas dan nak ber-massage, ada SPA center juga di resort ni.
Lokasinya macam dalam hutan sikit siap ada deru deru air terjun pelesu. Eh ke anak sungai... aku kurang periksa. Tapi ada lah bunyi bunyi air ketika berSPA di sini.
Dah usha resort facilities, meh tengok dining facilities yang ada di sini. Takkan datang bercuti bersantai pastu nak ikat perut? Ingat boleh kurus? Kang kebulur pulak.
Di Tunamaya Beach & SPA Resort ni ada 2 dining outlets. Pawana Restaurant dengan Ombak Bar. Dua dua terletak kat bangunan lobby tu. Kira area yang sama jer ler.
PAWANA Restaurant menyediakan local dan western cuisine, all day untuk breakfast lunch dan dinner.
Dan view dari restaurant pun cun jugak sambil makan dan menangis hiba mengenangkan harga makanan dia.. Hehehe.. Nak tak nak ni je option yang ada.
Sempat lah kami breakfast 2 kali kat sini. Breakfast dia OK lah not bad. Makanan banyak gak dan since orang tak ramai masa tu boleh la lepak lama lama.
Makan breakfast kenyang kenyang dan skip lunch. Petang order je makanan. Malam baru dinner. Tu pun malam pertama kami tapau beli makanan dekat jetty Mersing siap siap so jimat skit. Harga makanan sini boleh buat poket slim serta merta.
Saja gambar menu blurred sebab takut korang pengsan menengoknya. Hehehe.
Expect to pay lebih kurang RM 100 sekali makan untuk berdua.
Staff restaurant ni macam banyak dari Indo je. Cakap pun masih pekat pekat sana.
Dan selain Pawana Restaurant ni, satu lagi ialah Ombak Bar yang berkonsepkan bar untuk lepak lepak santai sambil minum minam.
Boleh gak layan live band malam malam.
Selain facilities yang ada di Tunamaya ni, ada jugak resort activities disediakan di sini. Maklumat biasanya ada di ruang lobby.
Bagi yang nak jungle treking pun boleh. Ada laluan trekking dari resort sampai ke Nenek Si Mukut atau kira telinga naga.
Tak sure boleh panjat sampai atas ke tidak. Tapi ada area waterfall kat tempat yang sama.
Petang petang staff resort ada game valleyball. Boleh lah join dan turut serta.
Atau boleh terus lepak lepak santai je tak buat apa apa dekat dalam bilik atau sekitar resort area menantikan senja....
bersambung..............
mak ai, butter lurpak
ReplyDeletesesuai la dgn harga bilik kot....
Delete