Thursday, December 12, 2019

TIOMAN 2019 : 03 - Masjid Jamek Kg Melayu, KLUANG

Perut dah kenyang, pemanduan jadi terganggu dek kerana mata yang layu cuba cuba nak lena.

Singgah solat dulu. Kali ni di Masjid Jamek Kg Melayu, bandar Kluang. Kalau sebelum ni aku pernah singgah kat Masjid Jamek Bandar Kluang tapi yang ni dekat Kg Melayu, selepas bandar Kluang menuju ke Mersing.

Dari jauh dah boleh nampak binaan masjid dengan kubah dan mineret berwarna kuning.



Maka di situ lah tempat nak kami tuju.




Depan masjid ada kawasan padang dan ada sekolah kebangsaan juga berdekatan. Khabarnya ada jugak homestay untuk di sewa di masjid ni bagi yang mencari penginapan serta dewan untuk majlis dan acara perayaan serta keagamaan.

Tak banyak info aku jumpa dalam internet pasal masjid ni, so layan gambar je lah.







Perkarangan masjid agak bersih dan dijaga dengan baik. Ada parking space tapi agak limited untuk menampung jemaah kalau ramai. 

Ada pondok untuk istirehat.





Kemudahan ruang wuduk dan tandas.






Koridor dan laluan ke dewan solat utama.



Dewan solat utama Masjid Jamek Kg Melayu ni..

Terdapat paras atas untuk menampung jemaah dan sudut tepi di khususkan untuk muslimah.














Redup dan tenang je dalam ruang solat utama. Dengan warna karpet yang lembut buat rasa selesa dan ruang menjadi lebih luas.

Tingkap yang banyak membantu pencahayaan dan tak rasa stuffy. Rasa lebih selesa di masjid ni kalau nak compared dengan Masjid Jamek Bandar.

Bahagian kubah dari dalam dewan solat utama masjid agak kecil dan hampir tidak berupa gambaran kubah masjid masjid yang biasa tapi di hiasi dengan lampu lampu dan kipas angin di pasang di tiang tiang.

Hampir pasti setiap hari terdapat banyak aktiviti dan kegiatan keagamaan di masjid ni memandangkan lokasinya di tengah tengah kawasan perumahan penduduk Kg Melayu ni dan saiz masjid yang agak besar memang sesuai untuk macam macam aktiviti ibadah dan imarah.


 

Selesai menyinggah dan melaksanakan tanggungjawab.

Mata pun dah segar bugar sikit. Boleh lah meneruskan perjalanan ke destinasi yang nak di tuju....

Masjid Jamek Kg Melayu
Jalan Penghulu Kassim, Kampung Melayu,
86000 Kluang,
Johor


bersambung................

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...