Tuesday, October 22, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 08 | 02 : VENICE 02

Dari kawasan Realto Bridge tu aku jalan je terus. Memang aim aku nak gi Hard Rock Cafe dan ke area San Marco sebab kat situ lah banyak tarikan tempat tempat menarik di Venice ni.







Lepas pada area bridge tu aku perasan ada Rock Shop Hard Rock Cafe. Aku pun tak pernah tau sebab setau aku Hard Rock Cafe Venice jauh lagi dari situ. 

Aku assume kalau IH dengan BW nak cari aku dia mesti tau aku pegi Hard Rock Cafe. Mesti kalau dia orang jumpa Rock Shop ni dia orang ingat kat situ je lah. 

Sebab gigih nak berjalan lagi aku terus je melilau di area San Marco. 

Memang masa tu aku pasrah kalau dia orang balik ke Jolly dan tinggalkan aku.

Singgah Rock Shop tu sekejap then aku melangkah ikut kaki celah celah lorong yang ada nak pegi ke Hard Rock Cafe Venice yang sebenar.

Ntah ke mana mana aku jalan sudahnya aku rasa aku sendiri sesat !!!














Serious aku sesat !!!

Sedar sedar aku muncul kat kawasan Saint Mark's Basilica, Iconic cathedral with a cavernous gilded interior, myriad mosaics & an on-site museum.

Nasib baik lah aku masih ingat lagi tempat ni memang dekat dah dengan Hard Rock Cafe tu. Usha usha kawasan ni kejap then area Saint Mark and Saint Theodore Column, waterfront columns topped with unique bronze & marble statues honouring the city's patron saints then aku patah balik menuju ke Hard Rock Cafe.

















Sampai kat Hard Rock aku mintak password wifi dan try connect ke internet. 

Alangkah leganya mendapat berita yang mereka berdua. Dia orang sesat jugak tapi dia orang sampai kat Hard Rock Cafe tu awal pada aku !!!

Dan dia orang tunggu aku kat area Piazza San Marco tak jauh dari situ !

Oh syukur...... Kami dipertemukan semula dengan jayanya. Maka tiada tangis lagi dah.......



Engkau jadi kenangan
Dalam hati
Terlalu lama engkau pergi

Langit masih begitu
Anggun dan biru
Memayungi taman rindu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Danau tenang selalu
Seolah tidak tahu
Gelora di hatiku

Selama hayat ini
Kusimpan rahsia hati
Di sini kuberdiri
Tiada tangis lagi

Kurenung masa nan lalu
Terasa pilu
Kemana harus kumengadu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Danau tenang selalu
Seolah tidak tahu
Gelora di hatiku

Selama hayat ini
Kusimpan rahsia hati
Di sini kuberdiri
Tiada tangis lagi

Tiada tangis lagi


"Maafkan aku tinggalkan korang. Last last aku pun sesat"

Menangis hiba sambil berpelukan.

Hahaha. Drama lebih. Syukurlah kami dipertemukan semula.

Sama macam aku, dia orang pun dah pasrah tak sempat nak balik kejar shuttle bus pukul 12.30 balik je Jolly !

Tawakal je la nanti balik dan naik next available shuttle yang ada. So alang alang masih kat area Piazza San Marco aku ajak dia orang usha kawasan tu since dia orang lama gak tunggu aku dan belum sempat explore area sekitar.

Maka terjah kawasan yang aku dah pegi tadi tu sekali lagi....








Over kau minah !

Tak pe. Yang penting kami kembali bertiga.

Dah abis tu baru la pusing semula dan pegi Hard Rock Cafe semula sebab tadi aku tak sempat nak usha pun. Excited dapat berita dia orang ada kat situ, lupa dah tujuan asal aku.







Sempat jugak kami masuk kedai kedai dan bershoppingan.

Pastu masing masing kelaparan. Masuk Coop beli pisang. Makan pisang je lah yang mampu sebelum crossed balik Realto Bridge tu nak balik semula ke tempat bas.

Memang jauh nak menapak tu. Makan masa !









Nak balik semula tu kami ikut laluan lain. Rezeki kami jumpa kedai pizza halal. Terus beli. Makan kat situ jugak. Sungguh nikmat rasa pizza tu time kelaparan macam tu. Hahaha...

Boleh lah alas perut untuk setengah hari ni. 

Tambah sikit la tenaga nak menapak.












Pastu BW boleh buat drama tragedi kat atas jambatan.

Dia nak ambik gambar cemana ntah dengan IH pastu sun glasses dia terjatuh dalam air ! Tenggelam terus. Hilang.

Meraung lah si BW di tengah tengah kota Venice ni !

Pastu sepanjang jalan dia meratap hiba sun glasses dia hilang. Lantak. Aku dengan IH malas nak melayan.












Balik ikut laluan yang sama dari area Cannaregio tu dan cross semula bridge kaca dan kami akhirnya berjaya kembali ke tempat bas. Dengan harapan dapat naik shuttle bas yang seterusnya iaitu jam 3.30 petang. Pakcik tu bagi naik jer.

Ada lagi drama terjadi. Return ticket aku hilang !!! 

Alamak. Sudah la... cemana nak naik bas nanti. Nasib baik lah pakcik bas tu bagi naik.




Sampai di Jolly memang dah lari dari plan kami sebab dah petang pun.

Plan kami nak gerak dari Venice ni nanti ke Milan. Harap sampai di Milan hari masih siang. Tapi on the way ke Milan tu tetiba datang kemaruk nak singgah kat Verona....

"On tak on?"

Aku tanya dia orang berdua.

Dia orang pasrah jer.................... Tapi fikir fikir, ntah pukul berapa nak sampai Milan ni nanti !

bersambung.............

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...