Monday, October 21, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 08 | 01 : VENICE 01

Masuk hari ke 8 Roadtrip ke Central Eropah.

* mati lah tak abis abis lagi update nih.....

Bersambung dari Day 07.

Hari ni kami akan explore Venice dan akan berangkat balik menuju ke Zurich sebab penerbangan kami esoknya pulang ke tanahair.

Di Venice kami menginap di Jolly Camping in Town di bahagian tanah besar. Itu je penginapan yang available dan yang mampu inap. Biasalah last minit baru gelabah nak cari.

Jolly Camping in Town

Ada pool siap

Front desk office

Nama je camping tapi bilik kami ambik cabin cabin kontena yang di jadikan bilik penginapan. Memang kecik je lah tapi boleh lah nak tidur semalaman. Tu pun sampai semalam aku terus terbongkang. Sampai agak lewat nak check in pun front office dah tutup. Nasib guard belah malam ada membantu.

Yang menariknya, di Jolly ni ada menyediakan service shuttle bas ke pulau Venice jadi kami tak perlu nak pening kepala fikir cemana nak ke sana. Kalau drive kang nak kena cari parking etc. Tambang untuk return cuma 5 Euro seorang.

Pagi tu awal awal aku dah pegi booking slot untuk kami bertiga. Nasib baik ada kosong lagi. So kami siap siap dan ready untuk naik bas pagi jam 9.35 untuk ke pulau Venice.

Ada mini market

Kereta tinggal kat sini je dulu

Jadual shuttle bus ke Venice

Masa booking kita kena bagitau pukul berapa nak pegi dan jam berapa nak balik. Yakin boleh konon kami nak spend kejap je kat Venice tu so by tengahari boleh balik semula ke Jolly untuk meneruskan perjalanan.

Perjalanan dari Jolly menuju ke Pulau Venice naik bas yang agak comfortable jugak. Just relax je dan perjalanan pun tak jauh mana.




Tapi shuttle bus tu pun berhenti di kawasan port je area cruise dan kawasan parking kereta. Lepas tu semua kena turun dan menapak ke area center. Ada la dekat 1 KM lebih gak kena jalan kaki. Berpeluh jugak lah ketiak.

Lagi pening tengok orang ramai gila kat Venice ni.



Kami jalan kaki dari parking area tu sampai melintas Constitution Bridge di bahagian Cannaregio menuju ke bahagian tengah Santa Croce

Constitution Bridge atau Ponte della Costituzione adalah jambatan modern, arched, steel & glass footbridge with minimalist design, yang merentas Grand Canal.

Cuaca panas tok sah cerita lah. Orang punya lah ramai sepanjang panjang kawasan kat Venice ni.








Menapak crossed Scalzi Bridge atau Ponte degli Scalzi, Stone arch bridge, completed in 1934, yang merentasi the Grand Canal dan memisahkan Santa Croce & Cannaregio.









Memasuki kawasan Santa Croce dan San Polo memang banyak la gambaran gambaran ikonik kota Venice yang biasa kita lihat dengan gondola menyusuri laluan sempit di sini. Ada gak la tukang gondola yang bernyanyi menghiburkan penumpang dia. Since ni second time aku sampai di Venice so tak de lah rasa teruja sangat. Cuma kali ni rasa macam jauh gila menapak berbanding masa datang trip dulu.

Naik gondola memang tak lah kan. Memang tak termasuk dalam plan kami sebab tak spare bajet untuk benda benda macam tu.

Kami cuma datang nak melawat kawasan je especially BW dengan IH yang first time kat Venice ni.














Merayap je la ikut laluan kecik kecik celah celah bangunan ni.

Sampai di kawasan Basilica dei Frari, Imposing Gothic-style church completed in 1330s, housing 2 works by Titian along with his tomb. Then lepas tu jumpa pulak kedai kedai souvenir. Apa lagi...... terus naik hantu. Memborong lah pulak.




Masalahnya dah masuk satu kedai, pastu tak menyabar... terus borong. Jalan lagi nampak kedai souvenir jugak pastu harga lagi murah dari kedai kedai tadi.

Sia sia je menawar nawar. Tu la bahana tahap kesabaran senipis kulit bawang.



Masuk dua tiga kedai jugak lah pastu IH dengan BW boleh gi patah balik sebab kedai sebelumnya jual barang yang dia orang nak tu lagi murah.

Aku merayap dulu slow slow tinggalkan dia orang berdua tu.








Aku berjalan dah abis slow dah, tunggu dia orang tak nampak bayang pun. Aku suspect kalau dia orang kat belakang pun mesti ikut laluan yang lain tak sama macam yang aku lalu. 

Tak pe lah... aku jalan je terus sampai la jumpa Grand Canal di kawasan Rialto Bridge.

Ponte di Rialto, Ornate covered 16th-century stone footbridge crossing the Grand Canal, with shops & restaurants merupakan salah satu simbol terkenal di kota Venice ni.

Time kat sini orang makin ramai macam ulat tahik. Aku sendiri tak tau nak tunggu dia orang kat mana. Jadi tunggul kat jambatan tu menunggu depa berdua. Last sekali dengan langkah merentas jambatan batu tu aku terus tinggalkan dia orang nak menuju ke Hard Rock Cafe.

Banyak tempat tak pegi lagi ni, masa dah tak banyak. Lagipun dah book nak balik ke Jolly by pukul 12.30 tengahari. Kalau mereka lambat dan berlengah lengah maka memang tak sempat lah nak cover sampai ke area San Marco pulak nanti. 

Stress pulak aku jadi nya. Dah la cuaca pun panas. Lagi membara dalam dada tunggu mereka tak muncul muncul sudahnya.



Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini engkau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa

Mana janjimu akan setia
Menyayangi ku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama

Kini tiada erti memberi janji
Janji manis mu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan sepi hanya selamanya

Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita

Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada ini



Aku patutnya jadi guide dia orang tapi sekarang dia orang ntah hilang ke mana. Nak contact pun tak boleh sebab wifi tak der. Akhirnya aku jalan je lah dulu. Pepandai lah dia orang. IH ada aku tak risau sangat. 

Moga berjumpa di port tempat tunggu shuttle bas !!!

bersambung................

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...