Friday, October 11, 2019

HUA HIN 09 : Day 02 - SWISS SHEEP Farm | CHA AM Beach

Tak abis lagi !

Lepas pada Morocco. Drive ke depan sikit tetiba sampai swiss !!! Gila kau.





Round the world in beberapa jam jer.

Time ni aku dah give up. Malas nak masuk masuk dah. Buat kecewa jiwa raga je. Aku suruh depa depan tu masuk dia orang pun malas.

Swiss sheep Farm ni macam ala ala kebun ternakan jugak. Penuh dengan bebiri tapi setting agak lawa sebab ada bukit kat belakang.

Sebab malas masuk kami ambik gambar dan merayap di bahagian luar jer.


Kau lagi ! Apa pandang pandang? Aku tak nak masuk !

Aku rasa dah cukup dah bagi aku theme park theme park sebegini. Since dah sampai usha usha kawasan je lah. Kalau korang datang dan berminat aci je masuk. 

Maybe tak sesuai dengan jiwa aku tapi ada je orang suka especially yang datang dengan budak budak.





















Jangan ingat aku tak bagi pegi. Dah sampai kalau ada masa masuk je la... theme park nya banyak cuma kena lebih selective dan pilih mana yang kena dengan jiwa. Pilihan di tangan anda..... dan di poket anda juga....

Pilihan aku.. aku lapar dan nak makan !

Ada 2 warung halal kat area tepi Swiss Sheep Farm ni tapi kami nak terus je ke Cha Am Beach sebab kat area sana pun ada kedai halal. 

Makan la pulak. Jenuh dah berdampingan dengan biri biri. Bau pun dah semacam je ni.

Drive dalam 15 minit dari situ kami sampai di area Cha Am Beach. Di Jalan utama sebelah pasaraya  Makro ada satu kedai halal nama dia Ameena.

Kita berhenti isi perut dulu.









Sedap jugak makanan dia. Yang penting... kenyang ! Harga pun murah. Cuma kena tahan sikit sebab warung tepi jalanan agak kepanasan sikit cuaca time tu.

Perasan ada geng geng cakap Melayu tapi kami tak berapa beramah tamah mana. 

Pulun makan je sampai kenyang !

Dah kenyang. Kami drive ke Cha Am Beach. Tak jauh pun.


















Tengah hari buta pun ramai orang bermandi mandian dan ber rekreasi pantai. 

Gila ke apa dia orang ni panas panas macam ni duduk kat laut. Kami lepak kejap je pun pedih mata

Then kami pun bergerak. 

Macam tak sesuai je time time panas ni pegi pantai. Habis rentung hitam legam kulit. Nanti habis cair hidung mancung bak seludang aku ni karang !

* mati lah hidung plastik.

Chow weh...

Nanti ada masa gi pantai lain lah. Now masa untuk bergerak.

bersambung......................

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...