Thursday, September 12, 2019

PutaQ-PutaQ AloQ-StaQ : 05 | RUMAH KELAHIRAN MAHATHIR MOHAMAD

Ada masa sementara menunggu timing untuk check in hotel, kami singgah untuk melawat Rumah Mahathir Mohamad di Alor Setar ni.




Rumah Kelahiran Mahathir, memberi kita peluang melihat sejarah hidup Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan juga Perdana Menteri yang ke lapan, dari zaman persekolahan beliau sehingga berjaya menjadi menjadi seorang doktor.

Lokasinya di tengah tengah bandaraya Alor Setar memudahkan pencarian. 

Yang payahnya adalah nak masuk ke kawasan perkarangan sebab laluan yang tak berapa jelas kelihatan. 

Nasib baik parking senang.







Lokasinya di No. 18 Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai. 

Asalnya adalah sebuah rumah papan biasa dengan bumbung yang dibuat daripada daun nipah, rumah satu bilik ini telah diisytiharkan sebagai bangunan bersejarah dan telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun 1992. 

Kini rumah tersebut dikelilingi dengan kompleks yang mengandungi beberapa bangunan lain yang membentuk sebuah kompleks muzium.





Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan disebuah rumah kayu beratap nipah yang dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. 

Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan.

Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir.

Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.

Ruang pameran terdapat di bahagian luar dan juga dalam rumah. So let's kita masuk dalam dulu.....





Ops.....

Masa kat pintu ada guard kata...

"Tak leh ambik gambar kat dalam Bang"

Owh. Aku kecewa..

So tak leh nak share apa yang ada dalam rumah ni. Maybe dia suruh korang datang dan tengok sendiri.

Tapi basically ada ruang tamu, bilik dan dapur serta barangan kepunyaan keluarga Tun yang di simpan dengan setting ala ala maybe zaman tersebut yang boleh dilihat.

Boleh la usha usha sejarah dan kehidupan Tun M sewaktu beliau kecil dan dibesarkan sehingga menjadi Perdana Menteri Malaysia.

So sebab tak leh ambik gambar di dalam, kita usha di bahagian luar di perkarangan rumah jer...







Sampai ke jamban !!!

Ada jugak beca yang pernah digunakan oleh ayahanda Tun semasa menghantar beliau ke sekolah satu ketika dulu.








Ok lah.. Ada usaha untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.

Aku suka kawasan persekitaran sebab redup dan banyak pokok mangga. 

Kalau berkesempatan boleh datang singgah.... !

Masuk adalah PERCUMA.

RUMAH KELAHIRAN MAHATHIR MOHAMAD
No. 18, Lorong Kilang Ais,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
No. Tel :04-7722319

Waktu Lawatan
Selasa hingga Ahad 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat 9.00 pagi - 12.00 tgh 3.00 petang - 5.00 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) Tutup

bersambung..............

2 comments :

  1. Tenangnya nmpk kawasan rumah tu, depa nak preserve brg2 dlm rumah tu la kot. Kan org kata kalau byk kali kena flash camera boleh rosakkan sesuatu brg lama2. kalau tak salah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan elok terjaga.... bagus lah.
      kalau nak preserve bgtau je la jgn pakai flash. aci je ambik gambar kan? dah kurang modal gambar nak letak dlm blog.
      huhuhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...