Saturday, September 7, 2019

PutaQ-PutaQ AloQ-StaQ : 02 | GUNUNG KERIANG

Aku ke Alor Setar dengan member opis bertiga. Kami dijemput untuk sesi dialog di belah malamnya di sini.

Tapi aku je naik dari Subang sebab dekat dengan telinga. Eh.. dekat dengan rumah. Dia orang naik Air Asia. Dia orang sampai dulu dan kena tunggu aku. Maklum lah aku kan artis.

Dah set sesampai di airport kami akan ke Gunung Keriang. 

Gunung Keriang dari kejauhan

Ke Gunung Keriang naik basikal. Aci?

Tak perlu. Sebab kami dah sewa kereta untuk memudahkan pergerakan kami di Alor Setar ni.

Touch down je tak sempat nak bermesra dengan peminat, terus kena culik dan di bawa ke gunung. Mula mula aku bantah sebab mesti ke aku sebagai artis antarabangsa sampai sampai terus nak kena panjat gunung? Mental ke apa dia orang ni?

Rupanya tak panjat pun. Pegi menyemak jer tepi semak. Atas sebab tu aku setuju !

Sawah padi

Bukan musim ni

Gunung Keriang yang terletak di Kota Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah, di Gunung Keriang.

Gua Gunung Keriang merupakan formasi batu kapur yang menarik untuk dikunjungi oleh pelawat. Ia terdiri daripada beberapa gua menarik antaranya seperti Gua Terus, Gua Pelamin, Gua Seribu Bayur.

Gua Gunung Keriang terletak sekitar 8 km dari Alor Setar.

Jalan menuju ke sana

Gunung ke? Macam tak tinggi pun

Tapi kalau suruh aku panjat memang aku suruh ambulan standby siap siap

Ikut laluan kampung

Bendang padi

Nak tau sejarah pasal Gunung Keriang ni?

Jap aku hello sorang mamat ni yang lebih tau

Nanti belanja ayaq nyioq satu

Gunung Ke­riang yang terletak di pinggir bandar Alor Setar bukan sahaja menjadikan ia mercu tanda yang cukup mudah dikenali dan tersergam indah malah cukup masyhur de­ngan nilai khazanahnya.

Gunung Keriang merupakan satu peninggalan pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya. Tersergam indah serta dikelilingi oleh pemandangan sawah padi di Kampung Gunung Hulu iaitu lebih kurang 8 kilometer daripada pusat bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah. Walaupun mempunyai ketinggian sekitar 217.92 meter daripada paras laut tetapi ianya tetap digelar sebagai gunung. 

Gunung Keriang juga dikenali sebagai ‘Mount Caves’ ataupun dengan nama Bukit Gajah dikalangan masyarakat Cina.

Kawasan rekreasi bagi pe­minat aktiviti lasak seperti men­daki itu cukup sinonim kepada masyarakat setempat memandangkan gua-gua kecil turut menyediakan baja guano (tahi kelawar) kepada petani yang mengusahakan penanaman padi di negeri ini suatu ketika dahulu.









"Rasa macam dah sampai ni. Abis tu kita nak mengelabah ke cemana? Nak buat apa ni?  
"Macam spooky jugak tempat nih"

Spooky? Kalau spooky mesti ada cerita cerita misteri di sebalik tempat ni.

Jap tanya mamat tadi...

Menurut mitos, Gunung Keriang ini berasal daripada sebuah kapal yang membawa Pengantin DiRaja iaitu seorang puteri yang telah disumpah oleh Sang Gedembai menjadi batu disebabkan puteri tersebut enggan berkahwin dengannya. Bukti yang menunjukkan Gunung Keriang berasal daripada sebuah kapal adalah berdasarkan dengan penemuan tali panjang sebesar lengan yang dipercayai tali sebuah kapal. Tali ini bersambung pada sauhnya yang turut terkena sumpahan Sang Gedembai tersebut. Gunung Keriang juga mempunyai gua di dalamnya yang dipercayai terdapat peninggalan serpihan-serpihan pinggan yang amat banyak kepunyaan tuan puteri. Terdapat juga batu yang berbentuk serombong kapal yang berlubang atau berongga di tengahnya. Ada juga batu yang menyerupai manusia, kelihatan berpakaian seperti pengantin Cina bersanggul lintang yang dipercayai ianya adalah tuan puteri yang terkena sumpahan.

Tapi siapakah Sang Gedembai?… Sebenarnya Sang Gedembai ataupun Sang Kelembai ini merupakan makhluk mistik yang disifatkan memiliki tubuh yang tinggi dan besar serta menghuni di beberapa hutan tertentu di Malaysia. Mahkluk ini mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sehingga kini, terdapat pelbagai mitos mengenai Sang Gedembai di beberapa negeri terutamanya di negeri Perak, Kedah dan Pahang. Tiada siapa yang mengetahui kisah hidup Sang Gedembai atau kemungkinan ianya hanyalah sekadar cerita dongeng rakyat untuk diceritakan kepada kanak-kanak.

Mungkinkah Sang Gedembai dan Medusa (mitos greek) berasal daripada pecahan mitos yang sama?!!!..sebabnya, kedua-dua makhluk ini boleh menukarkan sesiapa sahaja menjadi batu…hahahahahaha…. 😀 Ada juga pendapat yang mengatakan Sang Gedembai merupakan seorang perempuan tetapi biarlah ianya menjadi misteri…hihihihihi.. 😀

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa gunung ini berasal daripada sebuah pulau yang mengandungi banyak pokok keriang serta disitulah munculnya nama ‘Gunung Keriang’. Terdapat juga tanda-tanda yang menunjukkan gunung ini berasal daripada sebuah pulau berdasarkan penemuan kulit-kulit kerang dan kepah di sekitar gunung ini.

Rajin kan aku? Cut paste je dari cerita orang.


TQ bro ! Nak cerita lanjut boleh baca kat blog dia.

Gunung Keriang ni boleh di daki. Tapi sebab hiking is not my middle name, aku gambarkan je dengan lukisan pemandangan dari puncak dan dari kawasan sekitar Gunung Keriang ni...







Cantik bukan? 

* lap lap peluh di dahi sambil basuh basuh brush

Tapi pun bukan aku yang lukis gambar gambar tu sebenarnya.... See? Kan aku kata aku pemalas.

Dan kalau korang pun nak bermalas malasan di Gunung Keriang ni. Tak de nak hiking ke masuk gua ke apa... boleh istirehat saja di Keriang Hill Resort.








Boleh feeling feeling rasa macam balik kampung.

Kerianghill.com.my

Tapi kalau tak nak, ayuh kita balik ke bandaq......................




Pi Aloq Staq je lah.... bandaq skit.

bersambung................

6 comments :

  1. Teringin la nak hiking gunung keriang. Nmpk mcm tak tinggi sgt. Nasib tuan blog tak suka hiking. bru nak jmput dtg hiking gunung semanggol hehe org kedah panggil loqstaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput je la... pegi buleh.. tengok dari jauh je laaa hahahha

      Delete
  2. Pastu sapa yg lukis tu bam Meng?

    ReplyDelete
  3. Baja guano? Guano demo? Kawe bereh jah boh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha ada kena putaq dgn kesatria baja hitam ni karang

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...